Assalamualaikum.
hari ini memang sungguh aku tidak bisa melupakan. eh! tatabahasa dah tunggang terbalik.
panik punya pasal terbawak-bawak sampai ke malam.
Siang tadi pegi Sibu amik puan ibu yang berkursus start jumaat lepas. kebetulan pulak hujan.perasaan waktu pagi masa nak bangun tido memang liat sebab seronok main-main sembunyi dalam selimut.haha!
dipendekkan cerita . masa balik dari sibu,kereta memang banyak.so,aku bawak slow sebab jalan licin lepas hujan. lagipun bawak keta puan ibu, paling laju aku mampu bawak ialah 100km/j.oleh sebab kereta itu besar,dan kami hanya berdua,jadi sememangnya agak kurang best bawak kereta besar dengan speed yang tinggi. tambahan pulak cuaca tak mengizinkan.
selepas beberapa minit lalu simpang nak ke lokasi kerjaya aku, tiba-tiba kereta-kereta (aku rasa ada dalam 3 buah kereta) depan aku stop tetiba.nasib jarak aku dengan kereta depan agak jauh.jadi aku panic bila keta depan stop dan aku buat emergency brake. puan ibu memang dah bising jerit-jerit nama akuuu sebab masa aku tekak pedal brek,kereta kami memang dah rasa ke kiri ke kenan sebab jalan licin. dalam otak aku sempat berfikir "aduhhh.habesss habesssssss dahhh kali ni!!!". dan bila kereta berhenti,aku sempat tengok keta belakang aku (aku tak pasti keta apa,yang pasti HONDA) yang sememangnya ikut rapat di belakang aku sejak lepas tol sibu hampir nak langgar keta kami. fuhhhh.naseb dia sempat elakkk ke kanan dan tetiba keta belakang dia (SAGA) langgar dari belakang! papppppp. hah sudahhhh! aku yang memang dah stop (kereta aku dah kat tengah-tengah jalan), PANICCC! tak tau aku nak buat apa.puan ibu terus keluar tengok keta kami camana.syukur memang langsung tak ada apa-apa..
tapi dua buah kereta kat belakang memang berlanggarlah.keta HONDA ke belah kanan hampir masuk parit.bahagian belakangnya teruk dan plat nombor pecah. pemandunya pulak ada luka sikit di kepala.kesian dia! huhuhu.. tapi dia cool. dia siap tanya aku n mak aku ok kah tak. rupanya dia polis dan orang sabah yang bertugas di ipd sibu! oh emmm. dia kata cedera tu mungkin sebab kena hentak kuat dari belakangg.
yang pemandu saga pulak laki cina.dia macam salahkan aku pulak sebab
buat emergency brek.mana aku tak buat emergency brake, lau tak...keta
aku langgar 3 buah keta kat depan.teruk ah depan keta SAGA tu. tengok gambar kat bawah. keta HONDA aku tak senmpat nak amek dari jarak dekat sebab panic.
keta-keta depan aku tetiba stop sebab ada HILUX parking kat tepi jalan.pemandunya beli durian.aduhhhhh.dah la kat situ selekoh tajamm!
masa tunggu polis sampai,aku memang panic gila! nasib aku bukan seorang diri.lau tak,aku pun tak tau nak buat apa dah.boleh nangis dibuatnya sebab aku rasa bersalah buat emergency brake yang menyebabkan kereta2 kat belakang berlanggar!! hmm,tapi kereta HONDA tu memang berjarak dekat dengan aku senanya.nasibb dia boleh elak dari langgar keta aku. bila polis sampai,mintak lesen aku, apa lagi makin nebes. syukurlah polis kata aku tak bersalah sebab aku di depan n keta aku tak apa2. dia suruh aku balik. masa balik,aku tanak drive. puan ibu pulak yang drive.
fuhhh.memang pengalaman jugak lah kejadian itu.boleh jadi pengajaran agar tak ikut terlalu rapat kereta di hadapan.
oklah,esok nak sekolah.jum tido.babaiii.