Iklan ini

Tuesday, December 14, 2010

Apa kata mereka??

assalamualaikum..halllu..
2 3 ari ni ada status berantaii kt my fb n others especialy my juniors.
so,aku pun sebok jugak la join menda tu.
ekceli,syok juak menda tu.leh tau wat others think 'bout us.

okey,mula2 they ols letaak menda d bwh kt status:
Like this status and I'll tell you,
1) How we met
2) My first impression of you
3) What I like about you.........
4) Favourite memory with you......
5) A song that reminds me of you...
6. I dare you to put this as your status…


then,yg lain2 akn like tmasok aku.after dat,org tu akn jwb la soklan2 tsebut n post kt wall kengkawan yg like status tu td.
so,aku syok je like status tu sbb nk tau jwpn2 mereka...
then,aku dh dptt feedback yg segera dr mereka...
nah,aku share smua kt sini,ok.
tadaaa....

‎1) Kak nor add kmk..ehehe
2) Super super duper senior tok
3) kak nor pndai nyanyi.hehe
4) Bgmbr sama ngn kak nor yg dinobatkan sebgai ratu mkn mlm 2010
5) Lagu sama2 mengejar mimpi..hehe

‎1. thru fb..:)
2. bait. =)
3. suka bik advice,friendly. :D
4. mmm..apa o..memory memory..beloya lam fb jak. ^_^
5. sing song.haha :p

kak lisa selanie~~~
1) How we met…
:: jmpa ktk kat fb jak. kkya kt mktb da jwak. p, xpnah tego. hek2. xbanie~ :)

2) My first impression of you…
:: kakak senior yg bgaya. wink! ;)

3) What I like about you…...
:: bait, pandey bgaya..

4) Favourite memory with you...
:: blm ada gk nk kak.. :)

5) A song that reminds me of you…
:: lagu bolywood.


‎1) Annual Dinner 2008 (waktu saya duduk semeja dengan senior BM)
2) Gadis Melayu Terakhir
3) "Queen of the Night" Annual Dinner 2010
4) IPBL...
5) Kami Guru Malaysia..sebab tahun depan dah mula nyanyi..hee~~

‎1)through fb...pasya,d cfe,klas n taza IPGKBL...hihihi
2)akak ni msti baik... :)
3)pndey blagu...lalalaa~
4)ambik gmbr ngn ktk...nang fevret cz ktk dpt gelaran ratu mlm ya...hihih~
5)kekanda adinda...hohhoho~

‎1) Rasanya.. dolok mak kmk salu mbak pg rumah lamak ktk time raya.. time ya mek gik kecik. ha3.
2) Macam pendiam.. ha2. Tapi pande bercoloteh juak dalam diam. ha2
3) Kulit putih da jak.. i like~
4) Nangga ktk menari bollywood atas pentas 4Points hotel.
5) Lagu Kanda Dinda ya nak??

1) Kat maktab…
2) Sweet n bait jak…
3) U're strong and like to smile…
4) Kmk suka time kelas tak org nyanyi time annual dinner rami2 n time malam muzikal...
5) Lagu apa ya??nak part Daus blagu "sama2" jak ya..time mlm muzikal.

1. d fb tok la..hehee....
2. kakak yg baik...suka tetak..hehe
3. suka share crita..=]
4. blm ad...tp suma bnda dah distory ngn nya..hehe
5. xtauk wak..lagu pa ow??hehe...lak karok sama2..hehe

‎1.snior di iPBL
2.gorgeus~ fashionable :)
3.kacak. kakak senior yg pande bgya~
4.lom da gk. p bez tga takorg perfom tyme dinner.hihi.sweet!
5.lagu kkanda adinda.hehe

‎1- ipbl la..hehe
2- yoh vogue na senior tok!
3- bait. x sombong. peramah. XD
4- menang futsal! BM junior senior sapu abis! [ingat cikgu bm xtauk men bola ka?haha]
5- lagu IPBL, lagu 'sama-sama' haha n lagu kanda dinda


so,begitulah antara jawapan2 yg dberik.ahaha..nice!!
suka sukaaa!! gojess n bgaya ke?adoii..malunya aku..pduhal sidak nangga aku kt mktb lmk tok bgaya.tp ku rasa sik.biasa jak upa aku.sikla mcm mok jln kt kapet merah nk??apa pun,thnxx la sbb mdh aku pndey bgaya.ada cann x mok jadi datin klak??ahaha..da klasmet ku sorg gilaa,nya mdh aku cm ada rupank jd datin.ko adaaa..gilaaaa..then kt jwpn tu jugak ada yg kata aku strong.cecehh..mcm pnh nmpak aku pnjat bangunan jak.ngeee...

n'way,tq la bg jawapan2 yg lucu.ikhlas tk jawapan tu??uink uinnkk...ehehehe
ok,aku pun wat menda sama kt they ols.masa aku post status tu,hmpir 17 org yg like.

ekceli,kebanyakan yg jwp soklan tu juniors kt mktb.alahai...miss them!!huhuh...
IPG KAMPUS BATU LINTANG...lot of memory there...

ok,sad mode.mau nangis sbb teringat perbuatan kejam n gila d mktb.

Tips dan Petua Jerawat

amboi amboi amboii..
kemainn lagi tajok entri.
JERAWATT.
motiff entri??
tgh geram dgn jerawat yg menempel-nempel kt muka.
rujuk gbr di atas.
di pipi n kt dagu,beberapa butir jrawat sedang bersuka ria berhimpun.


bersempena dgn dgn kegeraman itu,maka terhasillah entri ini.
utk readers yg bmasalah spt ai,blh rujuk entri ini.ceh,mcm la muka akuuu licin gilak.

Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut. Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri (mmg aku kurang yakin bila jerawat menggilaaaa)


Punca jerawat.

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an (ohh ya,aku masih awl 20-an,that's la byk jrawat.ccehh,prasan muda)
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan (mak aku tkda jrawat pun.)
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 (aku tk mkn pil perancang)
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit (pakaian ketat?woww,cmanaa bleh bkaitan tu.x phm aku)
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah (mcm aku selalu)
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap (tiap ari buat)
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain (aku alah pd belacan..huhu..dats y jarand da mkn sambal blacan)
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih (skrg mana da tertekan lagi,dh hbs blaja kan....letih pun tak)
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak(ohh,mungkin yg ini antara penyebab jadi kt aku)
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka (ini tiada kaitan,kt umah pun aku main ikat jak rambut,klu tk pon aku siap letak klip byk2 tk bg rmbut depan jatuh)
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic" (yg ni aku nk carik)
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam (salu dibuat)
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum (so,jgn on lampu.biar bergelap demi wajah berseri tanpa jerawat!!ahaha)
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut (tp klu dah geram,aku buat jugakkkk)


aku paling bencik jerawat kt tepi mata n area2 situ.rasa ku nk korek n buang terus!

alahaiii...jerawattt...!!

*entri kali ini berunsur kesihatan.part time jadi pakar kesihatan dulu ya.sementara tggu kerja.lgpun skrg tgh mengalami kegatalan d muka akibat jerawat gilaa.so,pura2 jadi pakar kesihatan utk m'gembirakan ati.padahalll HAMPEEHHH.by da way,tido lewat juak punca jerawat.but da prob is lates ni aku mslh gilak nk tdo awal.gilaa.ok,sekian terimak kaseh kerna membaca.

Kawen Banyak-banyak

kawen byk byk..
mcm gatal jak bunyi ayat di atas kan?
bukan soh kawen byk,tp majlis kawen yg byk.
ok,ahad lpas pegi knduri kawen lagik.jiran depan umah kawen kt dewan skolah.
mls nk crita byk.
tgk jak la gambar,k??

wah,masa jln kt red carpet,adik2 kecil tabur bunga.kalah artis,ok.model pun kalah.
artis klu jln kt red carpet mna da pminat tabur bunga.
tabur air liur ada laa...sbb dok jerit2 tepekik telolong pggil nama artis.

tema wana merah.HOTT.

tk smpat nk bgambar dgn pengantin.so amek dr jaoh jak.

da flower'girls.ekceli,4 org senanye,tp sorg dh blik.

tudung itam pon flower girl jugak.flower girl utk encek remy ishak. auuww..rindu kt remy ishak.

diorg dgr ckp aku soh buat PEACE.


okey,itu saja cerita kawen jiran bernama AMY HAMIZAH, & encek suami aku dh lupa nama dia.n'way,slmt berbahgiaa dgn yg tersayang...

Sunday, December 12, 2010

Cerita LELAKI EGO

ia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah

. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”

pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


*tesentuh juak aku baca crita ni.hmm...kpd yg telah mempunyai dan dipunyai,beringatlah selalu..

gbr tuan belog.
D

Soalan Exam Mingguan

tkdak keja,nahh..ini kerja!!
jawab soklan2 berikut dgn jwpn yg betul dari mata turun ke hati.
ntah apa2 jak!!
^_^

1. What is your full name?
DYG NURMALISA

2. When is your birthday?
31081986 (ari ni suma org cuti umum.tp kat msiaa je la,ok.SO,DONT FGET KPD SAPA2 NK BLANJA AI =D)

3. What is your father's name?
ABG MOHD SELANIE

4. What is your mother's name?
TIMAH SAERAH

5. How many siblings do you have?
I'M THE ONLY ONE..sadis x??

6. Where do you live?
TMN SENTOSA,BINTANGOR,SARAWAK.

7. What is your favourite colours?
GREEN.. dat'sy byk ijau dln blo
g ini :p

8. Still studying?
JUST FINISHED MY DEGREE YEA!!

9. Do you have bestfriend?
OP KOZZ....MISS THEM RITE NOW :(

10. Do you love them?
OH YEAH!!LOVE THEM VERY MUCHHH...XOXO.

11. Jazz or pop?
POP

12. Chicken or beef?
BEEF

13. Coke or 100plus?
100+..MINUM COLA TK ELOK UTK KESIHATAN :P

14. What brand is your purse?
LUPA DAH...

15. How much do you have in your wallet now?
SECRETO DE AMORR

16. High heels or flat?
I LOVEEE WEDGES!

17. Skirts or jeans?
JEANS

18. Shirt or blouse?
SHIRT

19. Watch or bracelet?
WATCH KALER PUTIH

20. Favourite watch's brand?
TK KESAH,ASAL KALER PUTIH.

21. Do you have a girlfriend?
MORE THAN 1

22. Do you have a boyfriend?
JWPN SPT SOALAN DI ATAS.

23. Do you love him/her??
TOT TOT TOT

24. Did you ever kiss him?
NO YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN

25. Facebook or myspace?
FACEBOOK!

26. What is your dream?
NK BUKAK CARWASH

wokey....wat kja lain gik.

Saturday, December 11, 2010

Kawen Lagi

kawen lagik??ndak hbs2 kawen?sabtu ahad penuh jak shechdule kan??
dlm sehari sampai 3 jemputan kawen sekali dapat.skrg mmg musim org kawen.
aku pun join skali.bukan join kawen,join mkn free jak bah...
^_^

plan nk pegi kenduri ari ini last minit dibuat.tgh mlm baru plan nk pegi.ahaha..

apa sbb lewat buat kptusan??sbb mls mau bgn awal.ko ada??sik ko ada kan.tp ari ini gigihkan jua nk bangun awal.my mom tkejut tgk aku muncul di meja mkn awl2 pagi.syukur,,bgn2 terus nmpak puan ibu sedang menggoreng nasi.yeay yeayy..bfast nasi goreng!!

cik kazen a.k.a dedeq. bliau tidak sedar gbr ini diambil.soryla,kualiti gbr kurengg..hp cabokk jak bah.

wah wah...ini part plg best.hurm,nampak tembam pipiku di situ.so,skrg kena diet! menu ndak ada nasik minyak,nasik putih jak ada ^_^

tgh mkn,sempat jeling2 encek & puan pengantin di pelamin sana.hurm,ari ni baju aku sedondon dgn tema pengantin.. BLUEE...
by da way, SELAMAT PENGANTIN BARU buat abg jeman & kak suraya...
smoga berbahgia hingga ke aher hayat.....


balik kenduri,terus teman cik kazen memandikan si persona itam :)
aku mcm plan nk bukak bisnes car wash juakk la..
mcm best!! dolok masa kt kch,salu2 jak pegi basoh keta kt kedai,time itu plan gila ini muncul.
tggulaah,dah ada duit byk,baruk blh pikir next step!
wish me yaa korang...ehehehe...
who knows,if it really happen,aku bg separuh harga kt followerss blog aku yg nk basoh keta kt kedai aku wehhh!!

ok ok..si persona itam sudah bersih dan berkilat.
jd,skrg boleh balik....

babaii...tata......
tggu kemunculan car wash aku 3 taun lagi ok??
^_^

Friday, December 10, 2010

menu hari ini

hallu...
rasa hepi sikit sbb puan ibu suda balik dr kursus.tidakla saya keseorangan hingga lewat mlm sbb encek bapak jenis yg tido awal.
selama puan ibu pegi bkursus,sy jd segalanya di rumah ini.
ahaha..bajet anak dara,biasala nak??
mun sik aku yg buat,sapa gik??

ok ok..ari ini menu lunch ialah kangkung grg blacan & kacang pjg grg kicap.
wuhuuuu,ni first time ai masok menu kangkong okey.
main hentam jak la.asal siap masak.

kangkung blacan...nk masak bkn main payah n lama sbb proses nk mematah2 daun kangkung itu,tp dh digoreng,alahaii..simple n sikit jak jd nya.telebih air sayur saya tdik.
kacang pjg grg kicap.actualy sayur ini sudah lama dlm ice box,dats y nampak layu-lemayu.ahaha..kata ganda baru!!

pa motif show menda2 ini??sekda motif pun.saja jak.belog saya bah kan??
naseeb laa nk?
okey,rasa nk beradu,tp mata mcm blum ngantok.

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt