Iklan ini

Thursday, February 9, 2012

itu lelakiii!


zarah-zarah kegembiraan menular dengan aktif dalam tubuh badan hari ini kerna perangai anak-anak aku yang agak comel. padahal perasaan memang GERAM sebab mereka buat bising melampau-lampau sambil hentak-hentak kaki..tapi,bila perangai comel ni MUNCUL,terus hilang rasa marah.betapa mudahnya hati Cikgu Nur dicuit oleh kanak-kanak 7 tahun.
:)

ok,perangai comel yang pertama terjadi bila aku suruh diorang duduk kat lantai.so,aku siap-siap bawak pembaris panjang konon2 senjata HOT aku untuk menakutkan kanak-kanak rebina ni. tetiba tengok sorang kanak-kanak ni JUGAK bawak pembaris kemetot dia tu dan terus duduk di lantai. SEE!! pembelajaran melalui pemerhatian terjadi yang mana dia pun bawak pembaris sebab tengok cikgu dia bawak pembaris.padahal tak suruh pun. alahaiiiii.....

tarik nafas panjang-panjang......

ok sambung cerita perangai comel kedua.hari ni kami belajar didik hibur.so, hari ni jugak first time aku guna laptop untuk ajar bebudak rebina ni haaa.boleh menyanyi diiringi muzik sambil buat pergerakaan.lagi betambah-tambah seronok kan they olssss temasok cikgu nya sekali...ngeeee. masa tengah kuarkan laptop dari beg,terdengar ayat ni kuar dari mulut-mulut comel tu:-
kanak2: wahhhhhhh,cantikkkkk!
aku: apa yang cantik??
kanal2: laptoppppp...
aku: ohhh.kalau cantikkk,mesti best menyanyi nanti kan??
kanak: besttt cikguuu.
aku: ok,kalau nak nyanyi,dok senyap2 dulu.tunggu cikgu pasang muzik.

so,aku dengan gigihnya cepat2 pasang muzik sebab tanak they ols ni tunggu lama.budak2 ni kalau lambat sikit,mula lah jadi pasar malam.saat aku tarik monitor laptop ke atas...terdengarrr ayat2 ini pulak:-

kanak2: eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... laki!!
aku: hahhhhh..laki???apa yang lakiii??
kanak2: tuuuuuuuuuuuuuuuuu...(mulut muncung ke arah laptop)
aku: manaaaa??
kanak2: belakang laptop cikguuu.kulitt tu...
aku: (terus tengok belakang monitor) ohhhhhhhhhhhh,yang ni??? knapa awak kata laki??
kanak2: sebabbb laki yang pakaiii ituuu. abg saya ada baju ituuu.

nak tau apaa yang dimaksudkan??? hahahah!!! tunggu next entri.

layan dulu gambor dengan salah seorang kanak2 comel.tapi minggu ni dia tak hadir.huhuhuh...



assalamualaikum.

Tuesday, February 7, 2012

Seperti sesumpah boleh berubah-ubah

kadang-kadang,kita perlu bertindak seperti sesumpah yang boleh berubah-ubah warna ikut keadaan. eh,betol ke? erm..cikgu sains.sorrylah kalau pernyataan ai silap :p


bebalik pada pepatah sesumpah tadi, teringat dengan situasi diri sendiri yang perlu kan gambar ukuran passport untuk paparan di notis board, hurmmm, ai memang kurang masa untuk berpeleseran di kedai gambar.bukannya apa, MALAS satu.LECEH dua.MALASSLAHH tiga.hahahaha...

oleh itu,terhasillah gambar-gambar di bawah





macam TIGA beradik tak??
ok,simpan jawapan.kalau dah da jawapan,sila PM saya.
ok,dah ngantok.jum tido.

TAPI


tak terlambat nak ucap SELAMAT ULANGTAHUN yang pertama kepada diri sendiri dan jugak kengkawan sebatch PISMP 2007.

Monday, February 6, 2012

ulang tahun.

30 minit lagi (ikut jam entri ini ditaip), genap setahun lahh aku bergelar "cikgu". cececehhh... pengakuan ekslusif ni!! SAJE nak wat entry in advance takut-takut esok malam takda masa nak menempel di blog.al maklumlah,bila hari bekerja dah bermula,memang tak menyempat nak berpeleseran di laman web yang tak rasmi.

tak sangka,rasa macam, baru bulan lepas jak tamat pengajian.rupa-rupanya dah setahun jagung. jagung pun tak membesar cam gini.hahaha! dulu masa belajar,tak sabaq-sabaq nak kerja,nak ada duit sendiri KONON.pastu nak melancong ke sana ke mari. sekarang bila betol-betol dah kerja, nahhh,RASAKAN! melancong lah puas-puas perpustakaan awam ye cik kak.

apa-apa pun,aku nak ucap selamat ulangtahun yang pertama untuk kengkawan satu batch PISMP 2007.semoga kita semua tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan untuk mendidik permata-permata negara yang berharga (ayat skemaa macam nak buat esei!! sila PENGSAN))

baiklah,layan dulu foto hari pertama bekerja 7 Februari 2011. masa tu, jadi penumpang kereta orang :)


Sunday, February 5, 2012

tak ku sangka,tak ku duga



*gambar tak berkaitan dengan tajuk.sila harap maklum.


hasrat hari ini tanak berpeleseran ke mana-mana pun sebab nak jadi ANAK DARA YANG BAIK dan RAJIN menyiapkan kerja-kerja menimbun bak gunung kinabalu.haishh,rasa macam loser sebab kalah pada keinginan diri sendiri :(

dah baik-baik punya plan nak wat keja banyak,ntah tetiba pulak kena jadi supir pas ni.kadang-kadangaku merasakan faktor jerawat yang tumbuh di sekitar tepi pipi adalah disebabkan terlalu banyak berada di luar rumah! eh,apa aku merepek ni. huhhh. senanyerrrr aku tengah GERAM.

tapi,bebalik kepada qada' dan qadar Tuhan, kita hanya merancang,DIA yang menentukan.
sekian.terima kaseh sebab baca bebelan ntah hape-haperrr.

akhirnya rasa RINGAN

selama proses kerjaya 2012 bermula, masa-masa untuk bergembira dengan gelak ketawa sampai perut tak pecah agak kurang.SEBABnya, masa banyak dihabiskan untuk urusan rasmi dan jugak kerjaya sampingan yang makin menebal dalam kehidupan.

tak sangka pulak dah masok bulan februari.rasa macam semalam jer bulan disember kan kan kan? rasa macam semalam je berlari-lari di pantai manukan.rasa macam semalam jak naik pentas kat PICC utk amek scroll. perghhh.MELALUT.cepat kembali ke pangkal jalan!

puas hari ini sebab banyak impian telah menjadi realiti.pagi tadi melunaskan urusan mende-co-rate kelass anak-anak comel aku tu.walau belum 100% siap,tapi puas la jugak.ada penambahan dari hari ke hari. lepas tu gi saloon wat urusan masalah rambut yang mengerbang. hmmmm. ingatkan lama, tapi tak sampai setengah jam ponnnn dah .blah dari saloon,tengok jam maseh awal lagi nak balik rumah,tetiba teringat kat saluran darah yang tak bape nak elok sebab mlm tadik memang MIGRAIN gilerrr.tak larat nak wat pe2.huuhuhu..so,terus gi wat massage kat pusat refleksiologi.kali ni,amoi yang massage tu bagus lah.memang elok je rasa lepas massage tu.len kali,boleh pegi lagi.dah berapa kali asyik tangguh.

dah dah dahhh.macam buat esei UPSR pulak.jom sambung kerja.urusan kerjaya sekarang semua nak online.geram betol.sebab internet kadang-kadang elok,kadang tak.huh!!

sebelum stop,nak ucap SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua.

babai....

Monday, January 30, 2012

Hembusan Perasaan

assalamualaikum.

di kala sedang ditimbus oleh tugas-tugas rasmi, ai maseh mampu untuk menaip entri ini. sekadar untuk melepaskan kepenatan dan kestressan menghadapi kesibukan.

semenjak menjelajah ke dunia tahun 1,MEMANG setiap malam WAJIB membina bahan bantu mengajar. ohh emm! sorry to say la, ai memang kurang kretip dlm hal membina item yang menarik, tapi ai berusaha sedaya upaya agar bahan itu membantu anak-anak ai belajar.

kadang-kadang dalam 1 hari tu,memang tak sedar masa berlalu dengan cepat. masa untuk berpeleseran pun dah kurang.apatah lagi masa untuk BERIADAH (sila muntah.hahaha!) terasa macam zaman berpraktikum dulu kala sebab tiap malam buat bhn bantu mengajar.tapi sempat pulak nak berpeleseran sampai tgh mlm.haishhh! situasi dah berbeda walau rasanya maseh SAMA.

ok,sebelum nak ending entry ni,layan dulu wajah-wajah comel teman bergaduh setiap isnin hingga jumaat. hurm,sorry,dinding di belakang maseh belum ceria :(

so,comey takk anak-anak ai?? ngeeeeee.. bila geram,rasa nak cubit-cubit dan gigit-gigit jak bebudak ni.boleh tak? ehehe..

ok.babai.nak sambung kerja buat topeng haiwan.


Monday, January 23, 2012

Edisi Pertama 2012.


assalamualaikum...
its been long time i din update dis belog.sebok memanjanggg.nama jer CUTI PANJANG. BLOG still
construction n no update has been done.malas tol...

dis is my first entry for year 2012.OH YEAH!!! almost one month tak update. asik tiap hari jadi supir.pastu berniaga pulak tak habis2. dh sampai umah,KEPENATAN,KELETIHAN,tak mampu nak geledah belog. DAN sekarang dah mula kerja balik,betambah-tambah la kurang masa nak update blog.on9 pun sebab urusan kerja.kalau nak on FB pulak lewat2 mlm,takut tak terbuat kerja bila dah on FB.

TAPI, mlm ni,mak jemahhh curik masa jugak nak update belog ni haaaa.berkobar-kobarrr,berdentam-dentum jak perasaan nk update blog mcm bunyi mercun kat luar sana.ALAHAI!

senanyerr,manyak nak story-mory kat sini.tapi kena susun satu2 dulu ah.oh yaa!! mak jemah hanya dpt cuti UMUM jer.cuti PERISTIWA dan cuti GANTI tak lulus.so,jangan harap la mak jemah nak berjimba dan berpeleseran memanjang yer u olssss.

tahun ni mak jemah kena kerja keras sebab mak jemah dah jadi MUMMY kpd 13 org anak.tahun lepas tak bpengalaman jadi MUMMY.so,bila dh jadi MUMMY,kena rajin nak update itu ini di kelas.tambah2 lagi kelas baru pas kena repair n cat baru,so everything clear n nk kena tampal menda sana sini.setiap malam bekerja hampir keras dan memang dah keras pun tulang ni haaa dok buat bahan bantu mengajar untuk penuhkan sudut2 pmbelajaran di kelas. anak2 pun masih kecil. masih "warna putih" KONON sbb baru msok skolah rendah (7 tahun). so,3 minggu transisi dah blalu,sesi2 nak jadi MUMMY PENYAYANG dah tamat.sekarang jadi mak tiri.ko mampooo??

oklah,cukuplah merepek.ayuh beradu.esok nak jadi supir lagi untuk melawat ke rumah kengkawan yang menyambut TAHUN BARU CINA ni ha...
slmt mlm...

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt