Iklan ini

Monday, April 9, 2012

Checklist

Assalamualaikum. rasanyer ini la entri pertama untuk april 2012.ternyata saya memang tak punya masa untuk melepak di blog.apatah lagi untuk menjelajah blog org lain.

ahh malasss ah nak pot pet pot pett bgtau sal keja dalam entri kali ni.kita pegi ke FU (Fokus Utama) p&p kita hari ini iaitu " senarai semak" atau dlm bhs omputihnya "checklist". nak tau checklist ape? hahh,meh ikot saya!!

actually,saja je nak wat checklist untuk kaum kerabat yang nak membina masjid taun ini. tahun 2012 manyak baguss woooo kalau kawin..hahahaha...bukannya apa, checklist ni bg kemudahan untuk saya plan tarikh untuk saya sendiri.bukan untuk membina masjid,tapi untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk membina masjid. (apo kono anak daro ni meroyan tengahtengah malammm)

takde ah, saya TIPU.checklist ni memudahkan saya untuk merancang tarikh-tarikh untuk melancong bersama kengkawannn lorr.zaman bujang kita spend elok-elok g tempat orang.tahun ni plan nak ke seberang laut china selatan.tarikh belum kompom lagiiii.ok,ok.saya dah puas mencarut.jum buat senarai semak:-

27 Mei 2012: bestfriend kawen.
June 2012 : mungkin kazen kawen.
Sep 2012: kazen jugak kawen
Nov 2012: Classmate sklh rendah kawen.
Dec 2012 : classmate kat mktab kawen.

they olsss ni memang pilih tarikh yang mmg agak sesuaiii untuk saya melencong.ehh SALAH. melanconggggg. mintak-mintak ah tarikh yang they ols pilih tak berselisih dengan tarikh pengembaraan saya.

oklah,nak sambung lipat kain.esok maseh cuti.YEAYYYYYYY :)


*kalau boleh,nak ke sini lagi.oh BAYUUUU.


Saturday, March 24, 2012

mak jemah nak bercuti sat.


minggu ini rasa macam minggu ketat. muka asek ketat tiap pagi sebab tido lewat.nak makan pun tak menyempat. apatah lagi nak melompat-lompat. ehhh!

semalam memang ohsemmmmm.tengah hari berkayuh ke sibu untuk urusan rasmi.kemudian balik ke rumah lagi untuk amek pakaian kemudian berkejar lagi ke sibu.ko mampuu?

ok,jom lupakan psal kerja untuk 48jam. nak berpeleseran puas-puas hari ini. meh laa join mak jemah :p


harapan balik dari sibu,muka tak ketat lagi.lau muka tegang tak per.awet muda u olssss!


Monday, March 19, 2012

bintang bercahaya menyuluh setiap jiwa

assalamualaikum..
hye all! pertama-tama-tama-tamaa kalinya kiter nak mintak maap sebab tajok entri jauh panggang dari daun pisang dengan isi entri ini. kiter pun tak tau nape kiter letak tajok entri camtu. ahhh, kiter tak kisah kalau korang nak marah kiter sebab kita REDHA. kiter PASRAH. ehh, macam OMBAK RINDU pulak.

kiter sebenanya just nak luah perasaan kiter yang tak beraper nak tenteram kat sini.biarlah korang nak geram ke haper ke nak menyampah ke baca entri ni.kiter tak kisah ponnn.janji kiter puas.

minggu ni azam kiter nak tidor awal. AWAL means before 12tgh mlm sebab kiter salu jer tido kol 1 pagi.kiter pun tak tau naper kiter leh terlajak sampai 1 pagi.sape kater kerja cikgu senang??meh sini, dok elok-elok depan kiter sambil cakap "Kerja Cikgu Senang,Setengah Hari Jer.Cuti Pun Banyak..Gaji Cikgu Pun Dah Makin Naik Sekarang.BAJET 2012 Pun Banyak Kasi Untung Kat Cikgu". meh laa sini. kiter soh dia jadi cikgu untuk SEHARI jer. aper korang ingat RAJA jer yang SEHARI?? guru pun ader tau.. "GURU SEHARI" namernyer...

kiter bukannyer aper.bukan nak mengeluh dengaan beban dan tugas cikgu,tapi kiter just nak make it clear especially kat mulut-mulut "indah" kat luar sana yang hanya nampak kekurangan cikgu bila adanya kesilapan berlaku dalam kalangan anak murid atau cikgu itu sendiri.kiter terasaaa tauuu biler ader makcik-makcik yang cakap "cikgu la yang makin kaya sekarang sebab gaji banyak naik". senanya kann,gaji naik sesuai la dengan tugas dan beban cikgu yang dah melonjak-lonjakk sekarang mengalahkan saham international.

cikgu sekarang bukan takat ngaja jer tau,dia wat banyakkk menda.nak urus data,fail,sistem on9 yang pelbagai,nak wat soklan2 ujian,key in markah masok sistem...uruskan aset kerajaan. haa??? lagi?? kiter bukannya aper,kiter cakap dari pengalaman kiter sendiri. biler 1 masa tu kan,banyak menda nak kena buat dan dateline nyer pada tarikh yang lebih kurang sama (ingat orang keje opis jer ade dateline??cikgu pun ader tau), kiter kesian kat anak murid sebab diorang terabai.kiter nak mengajar dengan pung pang pung pang memang takleh sebab banyak keje lain nak kena uat,so, bagi je latihan dengan sedikit penerangan.pastu diorang explore sendirik.lau budak yang advance,okla buat camtu.bagi yang lemah,siann pulak diorang tak tau nak wat per...

hurm...rasenyer cukup dulu ah luahan ini untuk tika ini.ok.back to NORMAL. segala yang aku tulis dalam entri ini bukan bertujuan yang negatif,aku cuma luah.keamanan teras kebahagiaan yerrr u olssssssssss...
eheheehe

:))

Saturday, March 10, 2012

cepat dan ringkas.

*entri ini nak cepat dan dibuat dengan ringkas,maaf gambar tak bkaitan dgn entri :p


assalamualaikum..
hye hye hyee..
its been long tyme i didn't update dis.uhh.sebok2..lalala.malas.
harap encek belog tak majok eh.lau majok,bagi PENAMPAR kang!
ehhh, ganass tetiba.

ermm,walau cuti baru nak mula ari ni tadi kan...(kite kan budak sekolah,ade cuti seminggu. ko ader??) ngeeeeeee.. dah dahh.. sambung balik citer. walau sedang cuti,kiter pun ade homework yang kna uat.mencii! malam ni kena beruasaha dengan gigih siapkan homework sebab esok nak g seberang laut! hoooo yeahhh.

well,Mak Jemah kan suka travel.lame dah tak outstation ni haaa.mentang2 dah jadi IBUU TIRI kepada 13 org anak.ko mampooo??sekarang mase cuti,anak2 tiri suma balik kpd ibu kandung masing2.. jadi, ini masa kita berpeleserannnnn..



oklah, nak sambung wat homework! babaiiii

Wednesday, February 15, 2012

Rabu yang berkata-kata.


pinjamkan hatimu agar dapat ku tunjukkan cintaku.
tapi jangan pinjam hati aku kerna aku risau kau tak mampu menjaganya.

wahhh!

Monday, February 13, 2012

GERAMM GILAA


penah tak u ols rasa geram yang melampau-lampau? baiklah,sekarang aku sedang mengalaminya.tapi,aku belum sempat nak melampiaskan GERAM aku kat mana-mana melainkan dalam blog ni haaa.

yeayyy! aku geram sebab jerawat dah mula tumbuh balik kat wajah.mak datokk,yang paling ku heran,jerawat takla tumbuh merata,cuma kat sekitar mulut. dahla sekarang ni ada ulser dalam mulut! alahaiii, padahal tiap hari cuci,letak toner,letak gel. berpantang makan benda-benda berminyak. makan tak makan,hasil=SAMA JAK!.

bila pikir balik,mungkin sebab terlalu banyak berjaga sampai lewat malam sambil nyanyi "bila laruut malam". baiklah,lepas inimcuba kurangkan berjaga malam.so,apa dok tercongak-congak depan laptop...?? pi la tidooo.



gambaq ada butir jerawat

assalamualaikum.

Sunday, February 12, 2012

Isnin.


ISNIN bakal menjelma dengan penuh kemeriahan di lokasi kerjaya.
Ya,aku pasti yang itu.
aku pasti tak mampu melawan kehendak kehidupan yang dambakan kesenangan masa depan.
dengan komitmen yang bertambah sekarang; kerjaya sebenar di sekolah,kerjaya sampingan sebagai peniaga menuntut aku untuk menghargai masa dengan sepenuh hati.

kelak,aku cerita lagi.
assalamualaikum.

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt