Iklan ini

Sunday, May 12, 2013

Tuhan itu Mengetahui

Assalamualaikum.

sesiapa yang ada nampak post aku 3 jam yang lepas, ya, memang sebak rasa.
semua orang akan mati. tidak ketinggalan dia; mantan guru sekolah rendahku sejak 20 tahun lepas.
sesungguhnya pemergiannya ke rahmatullah begitu mengejutkan aku, kami dan mereka-mereka.
arwah memang tidak pernah mengajarku di kelas, namun, di luar waktu p&p, arwah lah guru kelab, guru persatuan, guru nasyid, guru tarian kami.
moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

kesian, tak sempat meraikan HARI GURU tahun ini yang tinggal hanya 4 hari.
namun, nama arwah akan tetap meniti di bibir-bibir orang yang ditinggalnya.
aku dan rakan-rakan yang lain, selaku mantan anak didik akan titipkan doa buat arwah..

AL - FATIHAH buat Cikgu Hajjah Jamilah binti Kassim yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.


berbalik pada topik sambutan Hari Guru, ya, Hari Guru. sempena sambutan itu, aku telah menjadikannya sebagai tema untuk Bicara Berirama yang bakal dipertandingkan Selasa ini (14 Mei 2013). minit2 terakhir (hamboiii,macam perlawanan bola giteww), aku menerima tanggungjawab ini dari BOS. ok,SYMP. tq buat sahabat baikku Cindy Lairie yang bagi idea untuk pilih tema tentang guru sebab malam itu aku sudah mati akal dan idea untuk mereka skrip. Bos sudah berkali-kali tanya "bagaimana", "ok kah"?? jadi, dengan deretan soalan sebegitu, mawuuu tak nyerrr sesak fikiran dibuatnyer.

untuk sambutan hari guru, macam-macam kena buat. dan minggu ini aku tiada hari rehat. hari-hari aku bekerja. semoga kesihatan ini menyokong ketidakrehatan tubuh badan ini.

ok,bai.

No comments:

Post a Comment

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt