Iklan ini

Saturday, July 13, 2013

Kisah Kentut Tahun 1

Salam alaik'.

Lama giler tak update kat sini. Gelombang kerjaya mengganas sangat menyebabkan aku umpama pondok usang di tepi pantai terus rebah dan hanyut dibawa arus gelombang itu.
hamboiii, berbunga-bunga bisa ayat kau noks.

okey, hari ini dah masuk hari ketiga berpuasa.amacam? ada perubahankah yang anda rasa? well, bulan Ramadhan bulan yang kita dok tunggu-tunggu. jadi, hargailah ketibaannya :)

senanya, banyak story dah simpan dalam pekasam Cik Lisa yerrrr. tapi tunggu ada kelapangan masa yang melampau-lampau baru post kat ini yerrrr. untuk malam ni, ambo story kisah pagi tadi di sekolah.

Situasi: Kelas BM Tahun 1
Masa: selepas rehat

Isi cerita: 
setelah habis pung pang pung panggg di depan, tiba masa budak buat latihan. sambil2 budak buat latihan, ambo dengan GEMBIRANYA menjalankan PBS yang MUDAH dan SENANG itu untuk kemahiran membaca. well, budak2 memang seronok membaca. dan tak sabar2 nak membaca depan cikgunya. nak tunjuk dia panndai baca. baru seround baca, dah yakin sangat boleh lepas standard yang ambo tetapkan. sedang PBS kusyuk dijalankan,tetiba ada bau pelik dan kurang menyenangkan. 

"Cikgu.....ada bau kentutttt....." --.>budak

"Eh,sapa yang kentut ni???? cepattt ngaku!!!" -->ambo

"bukan saya" "bukan sayaa" "bukan saya" "saya tidak"

tetiba,ada sorang budak tanya, "ada bau telur kan cikgu????"

"arghhhh,tak kisahla,bau telur ke,bau hape ke,yang penting KENTUT!!! cepatttt ngaku,kalau awak tak ngaku, nanti masa balik, ada tahi keluar dari bontot awakkkk masa awak berjalan.haaa, awak nak macam tu??" tanya aku geram.

"tak mau cikgu....."  "saya takda kentut".... "bukan saya"

aku terus menerus ugut, "cepattt ngaku. kalau tak,tak balik awak lepas niii sebab tahi awak tu haaa..."

tiba-tiba...

"hehehe,sayaaaaa kentut,cikgu. tadi,makan telurrrr" rupanya yang tanya ada bau telurrrrrr itulah tuan punya kentut. patutla sebok tanyaaaa..

Kesimpulan:
oleh sebab mereka tahun 1, mereka masih kira jujur jugaklahhhh.. kalau tahun 4, kompom tak berani nak ngaku!!!

begitulahhh ceritanyaaaaa....okey,nak tito luuuu.
babaiiii.... jangan lupa sahur nanti :)

Saturday, May 18, 2013

Butang LIKE di Facebook

Assalamualaikum.

Actually, dah lama dah aku nak taip entry tentang topik ini. 

Butang LIKE ni subjektif. maksud aku, lain orang, lain tafsirannya dan lain fungsinya. ini cuma pendapat aku. pendapat orang lain,aku tak tau la. lantak uolss lah. heeee

Tekan butang LIKE untuk sebab-sebab berikut:
  1. SUKA  post yang tertera
  2. SOKONG atau SETUJU post yang tertera
  3. TINDAKAN PERTAMA sebelum comment pada sesuatu post
  4. sebab dah BOSAN tak tau nak buat apa,asyik2 bukak HOME.jadi... LIKE je lah mana2 post
  5. TAK TAU NAK COMMENT apa pada wallpost orang bagi kat kita atau post yang orang tag kita.jadi, langkah penyelamat, LIKE jer lah.
  6. dah memang HOBI kot suka LIKE post orang.asyik2 nama dia je keluar kat notification.cisss.
  7. sebab kita SUKA KAT ORANG yang post tu.hahahaha :p
  8. ni lebih kurang sebab yang nombor 7, sebab nak PERHATIAN orang yang post tu

okey dokey, ulang sekali lagi, ini cuma pendapat aku berdasarkan pemerhatian dan kajian aku pada pengeLIKE yang ada kat Facebook aku. 

okey,sekian saja. siang besok ada kenduri doa selamat kat istana kasih sayang ayahbonda aku. jadi, nak kena tidur awal malam ini..

:)

Sunday, May 12, 2013

Tuhan itu Mengetahui

Assalamualaikum.

sesiapa yang ada nampak post aku 3 jam yang lepas, ya, memang sebak rasa.
semua orang akan mati. tidak ketinggalan dia; mantan guru sekolah rendahku sejak 20 tahun lepas.
sesungguhnya pemergiannya ke rahmatullah begitu mengejutkan aku, kami dan mereka-mereka.
arwah memang tidak pernah mengajarku di kelas, namun, di luar waktu p&p, arwah lah guru kelab, guru persatuan, guru nasyid, guru tarian kami.
moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

kesian, tak sempat meraikan HARI GURU tahun ini yang tinggal hanya 4 hari.
namun, nama arwah akan tetap meniti di bibir-bibir orang yang ditinggalnya.
aku dan rakan-rakan yang lain, selaku mantan anak didik akan titipkan doa buat arwah..

AL - FATIHAH buat Cikgu Hajjah Jamilah binti Kassim yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.


berbalik pada topik sambutan Hari Guru, ya, Hari Guru. sempena sambutan itu, aku telah menjadikannya sebagai tema untuk Bicara Berirama yang bakal dipertandingkan Selasa ini (14 Mei 2013). minit2 terakhir (hamboiii,macam perlawanan bola giteww), aku menerima tanggungjawab ini dari BOS. ok,SYMP. tq buat sahabat baikku Cindy Lairie yang bagi idea untuk pilih tema tentang guru sebab malam itu aku sudah mati akal dan idea untuk mereka skrip. Bos sudah berkali-kali tanya "bagaimana", "ok kah"?? jadi, dengan deretan soalan sebegitu, mawuuu tak nyerrr sesak fikiran dibuatnyer.

untuk sambutan hari guru, macam-macam kena buat. dan minggu ini aku tiada hari rehat. hari-hari aku bekerja. semoga kesihatan ini menyokong ketidakrehatan tubuh badan ini.

ok,bai.

Mak,Ma,Ibu,Indai,Umi.

Assalamualaikum.
Saya panggil dia MAK.
Air nescafe yang saya buat tak dapat lawan kesedapan nescafe yang dia buat.
Dia memang ratu hati saya.
Dialah guru,sahabat,ketua saya.
Saya kadang-kadang buat dia terguris hati *mungkin. tapi dia tak tunjuk.cuma hati kecil saya dapat rasakannya. betapa aliran darahnya begitu kuat mengalir dalam tubuh saya.
Sesungguhnya, dia wanita kuat yang membawa saya bersamanya setiap waktu tak kira ke tempat kerja,ke bilik tidur,ke dapur, ke tandas selama hampir 9 bulan.
Betapa besar pengorbanan dia untuk saya.

DIALAH MAK SAYA,
Puan Timah Saerah.

Sekarang,saya begitu menyokong kuat keinginan mak untuk bersara awal kerana saya dah tak sanggup lihat mak sering sakit kepala dan penat buat kerja-kerja yang hampir tiap malam dibawa balik ke rumah.
Biar mak berehat dan bersantai :)






Selamat Hari Ibu khasnya buat mak saya, dan umumnya buat semua wanita di luar sana yang bergelar ibu
:)

Tuesday, April 30, 2013

Aku bukan Gadis Semasa

Assalamualaikum

giler lama tak jengok & update kat sini.
dan tak sangka besok dah 1st MAY 2013!! homaiiiii, gigih sangat kah aku bekerja tahun ini??
macam pelik dot com tapi ini kenyataan sebab memang boleh dikira berapa kali sahaja sejak januari hingga hari ini 30 April yang aku sempat tidur petang dengan senang lenang. yang lain-lain tu, yang terkira tu means aku berada di luar rumah selepas waktu bekerja! 

nampak??? nampak tak permainan di situ?

ehemmm, bukan di luar rumah untuk berpeleseran hokay.BUKANN. kerja-kerja rasmi selepas waktu bekerja hokay. well, awal-awal tahun begini memang banyak pertandingan yang perlu dikerjainnnn. hurmm, berlumba-lumba nak join pertandingan itu,join pertandingan iniiii.... banyak dongggg. pesertanya orang yang sama! gila kawww nokssss nak menjaga hati dan perasaan jurulatih-jurulatih acara yang lain tuuu untuk kasi chance they olssss latih budak. aku yang BAIK HATI LEMAH LEMBUT BICARA HATI ini (silalah mata uolsss ke atasss dan tangan di perut untuk tahan muntah baca statement gila nilai murni itu) beri laluan lah untuk they ols. sabar nokss.

Naib Johan bercerita BM Tahap 1


okey, yang sekarang, sedang training untuk bicara berirama bertanding 14 Mei 2013. ok dua hari sebelum HARI GURU. nampak???? nampak tak permainan di situ??? maka dengan ini aku umumkan bahawa semasa hari guru, jangan kau mimpi persembahan meriah di hari raya sebab hari-hari berlalu banyak fokus untuk training bicara hati berirama. eh silap. bicara beriramaaa. heeee :p

apa lagi aku buat pada petang-petang ku yang berlalu tanpa tidur petang dan mimpi remy ishak???? okey, berniaga!! yerrr, berniagaa. bukan berniaga cucur pisang ke mi goreng ke haper. sekarang memang selalu ulang alik ke Sibu untuk ambil barang2 niaga. kadang-kadang,tak sempat balik rumah pon tengah hari, terus gerak dari lokasi kerjaya sebab nak amik barang2 pelanggan sambil2 lepak kejap. hahahaha :p
tak sangka, dah setahun lebih buat biz SATINNI. alhamdulillah, memberangsangkan.
awal tahun ni, tambah 1 lagi biz; product CATALYST. produknya yang paling laris ialah Minyak Kelapa Daranya yang sudah tentu banyak khasiat. antara khasiat yang paling ketara berlaku pada aku ialah melancarkan pendarahan tiap2 bulan. ok,untuk cerita pasal product CATALYST, nanti aku buat 1 entri khas hokay??


besok cuti kan? tapi petang tadi aku dah siap tapau kerja bawak balik. ko hada? entah mampu ke siap besok sebab malam ni satu hapa keja pun belum sentuh sebab seronok berehat sambil dengar-dengar lagu sedap.  moga besok ada sinar kerajinan untuk diri ini.hohohohohoh...


ok,mesin baju dah berbunyi-bunyi. dah siap lah tewwww. kiterrrr chao lu yerrrr. ada masa,kiterrr wat sambung lagiii... kiterrrr tak saborr tunggu MEI nak datang. ruperrnyerr besok dah 1 MEI! ehemmmm..

Pintu gerbang perkahwinan!

 With love
-cicer lisa-



Thursday, April 11, 2013

makan dalam.

Sudah lama bisul ini berdenyut-denyut bro, hari dan malam ini ia akan pecah!





besok Jumaat.







hasrat hendak bersosial hujung minggu ini terhalang. geram kan?







kalau asek terhalang, bila lah nak cari teman pengganti ni?
LOL.



ok,sambung kerja.

Sunday, April 7, 2013

TABIAT/PERASAAN mengikut hari.

Assalamualaikum.
malam ini malam minggu. jadi,kita cuba tidur lewat. fuhhhhhh.. CUBAAAA. word cuba tu macam peliks sebab manusia macam aku mana kenal reti tido lebih awl dari jam 12a.m pada hari cuti. hari2 bekerjaa WAJIB tido awal untuk menjana tenaga bagi hari2 esoknya.

ni yang malaiiahh buat mukadimah.kompom panjang dan melalut n selalu out of topic. ohhhhhhh Malisa, please kembali ke pangkal jalan. 
OKEYYYY!!

malam ini,tetiba rasa macam bosan sebab takde keja (padahal BANYAK,tapi semua itu poyooooo), pegi stalk FB dan blog orang. dan tetiba pulak rasa nak update blog. dan tetiba idea datang macam peluru masok otak. nak story pasal TABIAT. bila sebut pasal tabiat ini, orang selalu kaitkan dengan TABIAT PELIK. tapi, yang aku nak story malam ini, ntah TABIAT PELIK KE IDAK, yang penting. uolsss dah n sedang baca sekarang kan???? hhahahahaaha... 

okey, mari kita mula.
TABIAT/PERASAAN DI HARI ISNIN:
- seawal pagi rasa macam tak pernah mendapat tidur yang nyenyakkkk sebab kenak bangun awal n tak boleh tidur balik.kena tunggu malam baru tidur. padahal baru jerkk lepas 2 hari cuti. ringtone alarm dirasakan sangat membingitkan dan menyakitkan ati sebab ISNIN. hahaha, kesian ISNIN.
- hari isnin rasa jam berlalu sangat lambattt. yerrrr, ade gerko pulak petangnya. memang lah terasa lamaaaa di lokasi kerjaya.
- balik rumah rasa macam nak terus tido, taknak mandi,taknak makan n buat apa2 lagi. itu RASA jerrr, bukan buat betoll ponnn.
- siapkan refleksi RPH yg semingguuuu tertangguh. menci tawwwww.

SELASA:
- ok,dah mula rasa macam okey sebab hari dah nak masuk ke tengah minggu. dan rasa best sebab period di class cantek..... kol 11 suku tamat sesi pung pang pung panggg di kelas. boleh rest n sambung keja lain.
- malam b4 nak tido akan rasa begini "alaaa,besok rabuuu laaa. habis class 1.45pm mengalahkan kuliahh kolej! panasss tawwww..."

RABU:
- hari perhimpunan! kena datang awal sehhhh. pakaian kemasss sebab nak berhimpun konon2 mcm VVIP gitewww depan rakyat2 kecil. vocal kena mantap sebab nak nyanyi..
- sedihhhh sebab ari ini banyak waktuuuuu di class. boleh pening kadang2 sebab dinasour pelbagai spesies kat dlm kelas.hahaha.
- malam pulak, besttttt sebab ada movie HINDI. yeayyyyyyyy. 

KHAMIS:
- wahhhhhhh,it's thursday everyone! i like sebab besok dah nak jumaat.lepas jumaat,hari sabtuuuu.yeayyyy. kerja di hari khamis memang semangat uolssssss.
- malamnya feeling more free sebab kerja dah siap2 dilunaskan di lokasi kerjaya. entahhh,aku pun pelik,kenapa ari khamis aku begitu rajin siapkan kerjaaa awal2 n taknak take away kerja ke umah. konon2 aku nak rilex goyang kaki jak malam klak.
- malam b4 tido "alahaiii,sik sabarnya tunggu besok"

JUMAAT: 
-yeayyyyy, dah jumaat............ hari untuk fly ke sana......jumpa lakiiiii yeayyyy.tak pun si laki fly ke siniii... yeayy yeayyyy. konon. gilaa. okey,sorry.. saya maseh bujang. jumaat hari free daripada sebarang kerja rasmi. maksud aku,malam nya memang aku tak sentuh pun buku2 bkaitan dengan kerja. biasanya akan layan movie.
- kadang2 akan berpeleseran ke Sibu untuk  hal2 sampingan. rasa seronokkkkk bila dah hari jumaat. 

SABTU:
- okeyyy, hari ini kadang2 tiada perasaan menarik sebab kalau tidak ke mana2, memang kompom akan jadi bibik di rumah. n merasakan 24hours itu tidak mencukupi. dengan nak bangun lewatnya, dengan nak cuci n sidai bajunya, dengan nak sapu n kemas biliknya, dengan kemas rumahnya, dengan layan muvinya, dengan nak buat kerja2 rasmi sikit. mmg tak cukupppppp. macam HARI INI. kerja rasmi tak sempat sentuh pon! tak best betollll.
-malamnya sebok dah berkira2 nk iron baju. nak pilih baju pun satu hallll. kaler apa, nak jenis yang renyuk ke idak. nak match dengan shawl. alahaiiiii. makannn jam jugak nak pilih baju. kalau jadi nurse kan senang.1 jenis baju jak (ok,laki sekarang ramai suka nurse sebabb nurse baik,bersifat keibuan,lemah lembutt,berani..... :p ) dah tu, cikgu tak baik ke??? tkde sifat keibuan,yang ada sifat kesingaan kah? heee, TETIBAA SENTAP JEMAH. ok,apa2 pun,aku salute nurse sebab mereka memang benar2 beraniiiiii. aku mmg tak mampu.

AHAD:
-paginya mmg dah set nak final touch untuk kemas2 rumah untuk bekalan 5 hari sampai sabtu depan. baju2 kerja dah siap kena iron malam tadi n dah mulaa dah rasa tak best tu datang.
- tengah hari masa untuk siap2kan kerja2 rasmi. alahaiiii. rasa tak best kian menular.
- petangnya.... utk mengubat rasa tak best,pergi berpeleseran di kampung sebelah untuk lepak2 dengan makcik2 okey. yessss, i lepak dengan makcik,tapi i diammm sambil layan internetttt.hahahha.
- malam!!! harusss tido awal sebab besokkk ISNINNNNNNNN. arghhhh.

oklahhh, terima kasih uolssss sebab sanggup baca menda entah apa2 ni. nak tido x? jom...
selamat malam
:)

with love:
cicer lisa :)




Monday, April 1, 2013

Pendam.Diam.

Assalamualaikum.

fuhhhhh,dah bulan APRIL rupanya. tak sangka, tak sangkaaaa. rasa macam baru semalam tahun 2013.
rindu tak? hamboiii,retisss sangat kan.

ari ni ari pertama kerja lepas 9 hari cuti. mood pun macam maseh bercuti SANGAT. budak2 apatah lagi. khayalan sentiasa.

lately,banyak benda berlaku. baik buruk semua ada. rojak. baik pendam. tapi jangan sampai dendam kan kan kan?? tak baik tawwww dendam-dendam....


haishhh, boleh jadi GILAKKK dengan perasaan yang macam-macam begini. ok. pikir positif jak. 

selamat malam.

Monday, February 11, 2013

Biarkan

Sedang aku membelek-belek folder gambar, aku terjumpa 1 folder gambar tahun lepas.
ok,aku BIARKAN gambar berbicara.







 sesungguhnya, perasaan ini sungguh rindu untuk menjadi salah seorang tetamu Allah yang berjuta-juta dari seluruh dunia itu sekali lagi.
Moga keinginan ini akan termakbul inshaAllah.
Tiada tempat lain di dunia ini seindah dan sedamai Masjid Nabawi & Masjidil Haram :)

Thursday, February 7, 2013

Cinta Tak Berapa Nak Gegar

assalamualaikum sayang.

heeee,seram lak baca intro kan? tetiba ada "sayang". yelah, nak amek mood segmen CINTA GEGAR ni. kena jiwang sikit.

dah cukup merapu. berbalik ke pangkal jalan. hari ni 7 Februari 2013.
2 tahun lepas, aku cuma seorang sifu yang maseh terpinga-pinga di tempat baharu (wahhh,konon terpinga-pinga). ayat tak tahan betol. 

dan sekarang, hari ini; selepas 370 hari dari tarikh 7 Februari 2011, aku tidak lagi terpinga-terpinga. tapi dah menyinga-nyinga, ermm, pahe dok?? dah dapat gelaran "mak tiri" pun. u have?? mak tiri pun mak tiri lah, asalkan anak-anak murid jadi manusia berguna kelak. tak buta huruf. tak mudah kena tipu.tak mudah kena buli. tak mudah jatuh cinta. haeppp. 

senanyaaa entri ni nak cerita pasal aku dah 2 tahun jadi cicer. alolololo... omelnye bile anak murid panggil cicer kan kan kan??? walaupun sebutan tak betul, tapi cukup bermakna buat aku yang bergelar mak tiri ini.

di kesempatan ini, aku nak wat ucapan seket buat kengkawan yang seangkatan dengan aku PISMP 2007:
"Selamat ulangtahun yang kedua menjadi guru.semoga kita semakin bersemangat dan proaktif dalam membentuk modal insan yang cemerlang".
waaaaaaaaaaaa,skemaa tak???

jom jenjalan. petang besok dah boleh berpeleseran yeayyyyy! untunglah jadi cikgu :p

Sunday, February 3, 2013

Februari,tak sangka.

Assalamualaikum.

tak sangka kan?? 
hari ini dah hari ketiga bulan FEBRUARI

tak sangka kan??
tahun ini dah masuk tahun ketiga punya gaji sendiri.

tak sangka kan??
tahun ini masuk tahun ketiga ada harta sendiri walau masih berhutang.

tak sangka kan??
hubungan kita dah makin jauh.

tak sangka kan??
saya makin punya kurang masa untuk awak.

tak sangka kan??
saya dah semakin matang. LOL

tak sangka kan??tak sangka kannnn??? tak sangkaaaaaaa dah uolss sanggup baca hasil merapu ai sekarang ini??

heeeeee, okey, hubungan ai dengan blog dah makin jauh. ai jugak dah kurang masa untuk blog. OMG.. di mana kamu MASA?? asik diguna untuk berpeleseran bagai.actually, banyak benda nak diletak dalam blog. tapi asek tertangguh-tangguh. hahaha... ok dah tanak janji bila nak sambung update. uols tunggu jer lah next entri wokay sayangs?

nak sambung buat lirik untuk besok.

"Your knife at my back. My gun on your head"

Selamat malam 

with love: LISA

Wednesday, January 16, 2013

keSALAHan

Assalamualaikum.
entri kedua untuk tahun 2013. 

haiaah,rajin pulak nak update entri malam ini.macam rileks jak kan? padahal banyak lagi checklist yang belum dilangsai.takper-takper,kita rilekskan minda dulu.

hurmmm, within these 3 weeks, aku merasa sesuatu perasaan. RASA yang tak berapa nak best nak dirasa. haiahhh, menci lah bila datang rasa begitu. kacau rasa-rasa manis yang lain,tawww dak??? RASA BERSALAH. aku tak tau nak rasa bersalah pada siapa,tapi RASA itulah yang dok main-main dalam jiwa aku sekarang.

sakit hati betul dengan rasa begitu. can't u imagine, u tetiba RASA bersalah kepada sesiapa sahaja. wat i mean is u rasa u ada buat salah kepada sesiapa!!! pelik tak rasa begitu? YESS, bila RASA BERSALAH itu muncul, aku pulak rasa aku dah buat something yang tak bagi puas hati orang. paham dak? hurmmm, bila balik keja sedang memanduuuuuu tapi fikiran ntah dok pikir tentang RASA itu.

bila RASA bersalah itu tadi dah keluar --> RASA dah buat orang tak puas hati --> RASA banyak gila buat salah --> RASA down --> and kadang-kadang RASA USELESS. 

OMG!


nak tidolah.petang besok balik kerja nak pegi kebun cikgu kat sekolah. harap dapat boleh lupakan RASA gila ni.
-Selamat malam-

Salam sayang; Lisa Selanie.

hye 2013

assalamualaikum. hai hai..jangan bye dulu. 

congrate to me sebab berjaya jugok update entri pertama tahun 2013. fuyoooo. lamaa gila tak update. rasanya dah sebulan! ya, memang sebulan. 15.12.12 entry terakhir tahun lepas kan? amboiii, lame benorr bunyinya padahal baru beberapa minggu lepas. heeee.

memang diakui,bulan disember lepas memang banyak outstation. hampir seluruh pelosok bumi kenyalang mau dijelajah. banyak gilaaa acara yang perlu ambo pegi.

ok PAUSE dulu cerita tahun lepas. ada masa free lebih, ambo cerita. tahun ni dah tahun ketiga bekerja. makin betambah-tambah-tambahhh (tambah haperr?) hahahahahaha.

ok lah, nak tido. petang besok ada meeting. harus kumpul tenaga malam ini.
bye!

Friday, December 14, 2012

Marathon punya story

Assalamualaikum.....
I know it's been quite awhile since my last update.terlalu banyak perkara berlaku within these two weeks. rasa itu memang ada nak menaip entri,tapi khayalan yang banyak. eh??? merapuuuuuu.

okey, okey.rasanya ini first entry untuk december 2012 aite?? tak sangka dohhhh,dah bulan 12 ghupernyerr.ingatkan baru masuk bulan 11 and ada sebulan lagi cutiiii panjangggggggggggggggggggggggggggggg. 
sudahh cukup cukup sudahhhhh lah kau Lisa Selanie. usah bermimpi di tengah hari yang panas retak ini. cuti panjang tinggal 2 minggu lagi! be ready dengan mental fizikal dan EMOSI yang kuat untuk berperang..eh silap. berjuanggggg dengan tentera-tentera kecikkk yang bakal ucap "Selamat Sejahteraaaaaaaaa cicerrrr".

okey,nak tau sebab ape tak update blog? haaa,meh sini aku bagitau. entri lepas aku dah story kan yang aku akan bercuti di luar bumi kenyalang. yeahh.memang betul-betul outstationnn mak kaww. 1 minggu straight! balik dari seberang laut china selatan,busy pulak dengan acara kawen-kawen. da tu pulak, encek demam menyerangggg. 4 harii okayy.. 4 hariiiii.dan hari inii pulaakkkk, tetiba lak tergerak hati nak upddate.

aku tau,takde orang rindu aku kann? kann kan???? hahahah.lantak uols lah.tak luak pun gaji aku kalau uols x rindu i.. :p 
ok,besokkkk ke outstation lagi sebab acara kawen lagiii.minggu depan pun nak ngadap acara yang sama... hurmmm, bulan disember ni kan, akku dah rasa macam atlet yang lari berganti-ganti untuk acara kawen marathon. ko hader???

ok lah, sebelum aku nak p kemas-kemas beg, nah...layan dulu gamborrrrr cuti-cuti cinta pelangi senja versi 2012.hahahaha..

hari dan malam pertama di melaka. hurmm,ini dah kali ketiga ke melaka.

 artis artissss...

 aku suka gambor ni.macam ada sentimental value pulokkkks. iklan permainan tradisional gitewww.

 yang ini iklan Safi Balqis Perfect 10 untuk Safee Sali. okey,weols bersiar-siar dengan bintang bola sepak hokayyy.percayaaalahhhhhhhhhhhhhhhh.

penat dah seharian bersiar-siar dengan bintang-bintang.
ok.tengok papan tanda,dah boleh agak kan ai kat mana... :)

 cinta teh strawberry.auwww.


ok,dah cukup.nanti2 kita cerita lagi okey :)

ok,baiiiii uols.

Saturday, November 24, 2012

Kerja Keras,Cuti Puas.Hati Karas.

Assalamualaikum.

entri ini bukan sambungan entri lepas. sebab ini entri nak cepat,ringkas dan pantas..

hari ini berakhir tugas berjaga-jaga di sekolah. bila tugas berjaga-jaga di sekolah tamat, makaaaaaa honeymoon pun bermulaa lah. la la la laaaa... 

aku rasa minggu ini,kehidupan aku memang berada di jalanan. asik berada di atas jalan jak.di samping tugas utama,tugas sampingan aku sebok jugak nak rembat. well,sapa tak mau duit kan. rembat jak selagi termampu.

besok pagi sudah ke luar kawasan. hometown keduak! miaw miawww miaw.. 
lusa pagi sudah ke luar bumi kenyalang. arghhh! ndak sabarrr rasanya. mau bebaskan diri dari cerita kerjaaa buat seketika, sebab sepanjang 2 minggu cuti,rasanya aku maseh berlegar-legar lagi di lokasi kerjaya untuk selesaikan mana yang lobang sana-sini. ermm,setakat hari ini, alhamdulillah... moga-moga yang berkenaan puas hati.

kejap tadi baru lepas balik dari kenduri cukur jambul n doa selamat anak sedara berkhatan. kenyaangg gilakkkk.kalau diikut mata ini,mau saja pejam dan terus terdampar depan laptop ini.tak senonoh betul ghuperrr anak dara ini.

okey-okey,memandangkan kiter da nak bercuti,kasi uols tengok gambar berpakaian kerja dulu ya!


ok baiiiiiiiiiiii....

Tuesday, November 20, 2012

Malas la kot.

Assalamualaikum.

Hai hai hai bonzaii.

malas betul nak update entry.tapi entah nape tertaip pulak entry INI. hahahaha. 

layan gambar dulu okey.



ini kira warm-up lah. lain kali,sambung cerita pasal gambar-gambar ini.

nak tido awal.pagi esok harus bergerak ke sibu untuk ambik barang customersss dan kemudian berpeleseran kejap dengan clasmates yang sedang bercuti dan kemudiann kembali ke sekolahh pada tengah harinya. besok shift petang.

ok baiiiii.

Friday, November 16, 2012

No POINT

Salam alaik'

Salam 2 Muharam....

jika BAIK, akan mudah dibuli
jika KEJAM, akan dibenci
jika MALAS, akan dicaci
jika SIMPATI, akan ditindas.
jika RAJIN, akan didengki.

jadi,mana kau mau?


ya, aku pendamkan saja yang aku rasa sekarang. walaupun sedih,perit,geram,parahhh rasa di lulu hati.
biar Tuhan saja yang tahu. Rindu teman rapat itu untuk meluah segala yang terbuku di segenap ruang jiwa.

BAIK KEJAM MALAS SIMPATI RAJIN.

Ya Tuhan, terima kasih atas DINDING KESABARAN yang tinggi ini Kau kurniakan buat aku.

thank you for reading.
Assalamualaikum... tak jawab dosa.kalau jawab;SAYANG.. :)


Cerita Pagi Jumaat Yang Indah Permai (tangan di bahu,mata ke atas)

Assalamualaikum.

panjangnya tajuk entri kan. hoooo yeah! aku di mana di mana di mana di mana??? sepatutnya berada di sekolah untuk BERJAGA . sekarang masih di rumah lagii adoiiinyerr pon.

pagi-pagi semangattt (KONON) bangun lepas tidur balik awal pagii. (ayat apakah ini??) lepas bagi makan kat Chicky, siap tukar-tukar tempat berak dia, then aku breakfast berat pagi ini konon untuk tenaga sepanjang hari di sekolah. 

aku siap dah prepare bekal nasik goreng+ikan masin+telur masin+sambal belacan+rambutann untuk ke sekolah. wahhhhh! meriahh gitu. nak BERJAGA ke nak BERKELAHH?? tapi boleh jer kalau nak BERKELAHHH sambil MEMANCING kat sungai tepi sekolah. ok ok...dah mula melalut. terus ke cerita sebenar!

sedang aku bersemangat kira anak tangga untuk ke bilik konon nak mandi,tetiba hapek ku berbunyik. tengok nama kuar kat skrin, "GB". opsss.. cepat tukar suaraaaa macam orang dah ready nak keluar.hahahaha!

aku:     Helo gb.
gb:       helo nur.kitak jaga ari tok?
aku:     aok gb.
gb:       kitak jaga petang ok.kamek jaga pagi.boleh?kitak ada program waktu petang kah?
aku:     ada gb.kamek nak dating.lamak xtemu dengan buah hati kamek (hahaha..berani ko cakap camni?  
            padahal dalam hati jerkkkkkk. yang sebenarnya aku jawab "ok gb.kol berapa petang kelak?)
gb:       pkul 2 gia lah.
aku:     ok bos.berita paham.roger n out!! (hahahahaha,,boleh??)

separuh perasaan rasa gembira sebab BERJAGA separuh hari.separuh perasaan rasa geram n kecewa sebab dah semangat prepare nasik goreng untuk bawak bekal.hohohohoh...

takpe takperlahhh..tak kesah ponnnnn. pagi ke petang,sama jak. yang penting bukan MALAM!

oklah,nak sambung MANDI! ehhhh?? hahahahaha.. nak merayau kejap ke Sibu.

tataaaatiiitiiiitutuuuuuu..
 



Thursday, November 15, 2012

KELIRU

Assalamualaikum

Salam 1 Muharam 1434H

hari ini hari keempat cuti tak termasuk sabtu ahad hokay. tapi baru 2 hari merasakan nikmat cuti itu kerna bersonang-lenang di rumah sambil makan-makan,baca-baca,main-main,masak-masak.. eh, banyaknya kat ganda??

hari ini tamat untuk nikmat cuti itu untuk sementara sebab besok dah BERJAGA di sekolah. untuk ganti jak. ganti-ganti pun kena buat betul-betul jugak aite? hohhhh. harap besok adalah hari indah!! minggu depan memang turn aku untuk BERJAGA jadi JAGA di sekolah. ko hado?? takdo kan?

ahhh tanak ah citer pasal minggu depan yang HANGAT! minggu depan depan lagi HANGATT sebab nak ke seberang. weeeeee. tak sabor tak sabor tak saborrrrr. cite pasal HANGAT HANGAT ni, minggu depan depan nak pergi ke tempat SEJUK. hahaha!

nak pi bercuti dengan kengkawan kat tempat SEJUK.YEAYYY! sekarang sedang ligat mencari hotel/resort yang sesuai kat Cameron.hihihihih...dah 3 hari dok belek-belek tenet untuk survey lokasi mana nak duduk. dok Tanah Rata ke dok Brinchang? 

*anyone yang penah ke cameron leh suggest takk mane yang more better? hohohoh.... risauuuu ni hotel tak book lagi.tarikh vacation dah nak dekat! 

tq for reading.
HEART! :)

Monday, November 5, 2012

KEJADIAN TAK DIDUGA

Assalamualaikum.

hari ini memang sungguh aku tidak bisa melupakan. eh! tatabahasa dah tunggang terbalik.
panik punya pasal terbawak-bawak sampai ke malam.

Siang tadi pegi Sibu amik puan ibu yang berkursus start jumaat lepas. kebetulan pulak hujan.perasaan waktu pagi masa nak bangun tido memang liat sebab seronok main-main sembunyi dalam selimut.haha!

dipendekkan cerita . masa balik dari sibu,kereta memang banyak.so,aku bawak slow sebab jalan licin lepas hujan. lagipun bawak keta puan ibu, paling laju aku mampu bawak ialah 100km/j.oleh sebab kereta itu besar,dan kami hanya berdua,jadi sememangnya agak kurang best bawak kereta besar dengan speed yang tinggi. tambahan pulak cuaca tak mengizinkan.

selepas beberapa minit lalu simpang nak ke lokasi kerjaya aku, tiba-tiba kereta-kereta (aku rasa ada dalam 3 buah kereta) depan aku stop tetiba.nasib jarak aku dengan kereta depan agak jauh.jadi aku panic bila keta depan stop dan aku buat emergency brake. puan ibu memang dah bising jerit-jerit nama akuuu sebab masa aku tekak pedal brek,kereta kami memang dah rasa ke kiri ke kenan sebab jalan licin. dalam otak aku sempat berfikir "aduhhh.habesss habesssssss dahhh kali ni!!!". dan bila kereta berhenti,aku sempat tengok keta belakang aku (aku tak pasti keta apa,yang pasti HONDA) yang sememangnya ikut rapat di belakang aku sejak lepas tol sibu hampir nak langgar keta kami. fuhhhh.naseb dia sempat elakkk ke kanan dan tetiba keta belakang dia (SAGA) langgar dari belakang! papppppp. hah sudahhhh! aku yang memang dah stop (kereta aku dah kat tengah-tengah jalan), PANICCC! tak tau aku nak buat apa.puan ibu terus keluar tengok keta kami camana.syukur memang langsung tak ada apa-apa..

tapi dua buah kereta kat belakang memang berlanggarlah.keta HONDA ke belah kanan hampir masuk parit.bahagian belakangnya teruk dan plat nombor pecah. pemandunya pulak ada luka sikit di kepala.kesian dia! huhuhu.. tapi dia cool. dia siap tanya aku n mak aku ok kah tak. rupanya dia polis dan orang sabah yang bertugas di ipd sibu! oh emmm. dia kata cedera tu mungkin sebab kena hentak kuat dari belakangg.

yang pemandu saga pulak laki cina.dia macam salahkan aku pulak sebab buat emergency brek.mana aku tak buat emergency brake, lau tak...keta aku langgar 3 buah keta kat depan.teruk ah depan keta SAGA tu. tengok gambar kat bawah. keta HONDA aku tak senmpat nak amek dari jarak dekat sebab panic.

keta-keta depan aku tetiba stop sebab ada HILUX parking kat tepi jalan.pemandunya beli durian.aduhhhhh.dah la kat situ selekoh tajamm! 

masa tunggu polis sampai,aku memang panic gila! nasib aku bukan seorang diri.lau tak,aku pun tak tau nak buat apa dah.boleh nangis dibuatnya sebab aku rasa bersalah buat emergency brake yang menyebabkan kereta2 kat belakang berlanggar!! hmm,tapi kereta HONDA tu memang berjarak dekat dengan aku senanya.nasibb dia boleh elak dari langgar keta aku. bila polis sampai,mintak lesen aku, apa lagi makin nebes. syukurlah polis kata aku tak bersalah sebab aku di depan n keta aku tak apa2. dia suruh aku balik. masa balik,aku tanak drive. puan ibu pulak yang drive.

fuhhh.memang pengalaman jugak lah kejadian itu.boleh jadi pengajaran agar tak ikut terlalu rapat kereta di hadapan.

oklah,esok nak sekolah.jum tido.babaiii.

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt