Iklan ini

Monday, April 23, 2012

suatu sudut

mata kasar yang melihat banyak menipu sebenarnya. siapa tak setuju pendapat aku meh sini aku belanja ais krim.hohohoh.

dalam menjalani kehidupan seharian yang gelombang dan arus yang bermacam,pelbagai jenis manusia yang dijumpa. dalam kepelbagaian itu, apa kita melihat mereka dengan pandangan mata kasar? begitu juga mereka,apa mereka melihat kita dengan pandangan mata kasar? dengan pancaindera yang Tuhan bagi adakalanya manusia begitu angkuh dalam memanfaatkannya.

apa guna MATA jika kita tak mampu menggunakannya sebaik mungkin.melihat dengan pandangan luaran tak sama dengan mendalami apa yang tersirat. 

kadang-kadang aku tertewas dengan PERASAAN GERAM dan KECEWA yang tiba-tiba terbit di sudut kecil naluri aku sendiri. dengan patah-patah kata yang terlontar yang mungkin pada mereka tiada apa-apa konotasi negatif NAMUN pada aku,konotasinya cukup berbeda. terlalu murah perasaan SEDIH dalam diri ini kerna mampu kubeli kerap kali perasaan geram dan kecewa berkunjung. 

apa yang dipandang dengan mata kasar harus difikikan semula sebelum melontarkan kata-kata "pujangga" yang punya semantik! 

sebagai refleksi aku sendiri,kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki kini.ada lagi berpuluh juta manusia di dunia yang tidak menikmati apa saja yang kita nikmati hari ini.kita punya keamanan,kita punya wang walau tak berjuta seperti SI KAYA,TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA ADA,BUKAN??????

cukup dulu tinta aku buat petang ini. assalamualaikum.

Sunday, April 22, 2012

Angan-angan bukan Mat Jenin

assalamualaikum.
mula-mula rasa agak janggal dengan layout untuk blogger ni.macam nak taip emel.
maseh belum biasa.mungkin pembaharuan ni dah uat lama.cuma saya baru post entri malam ini.sebab tu agak sakai!!

ahh,intro dah mula keluar tajuk.bila into jer,pasti merapu. jom balik pada tajok entri!

malam ni nak story-mory pasal angan-angan.ehemmm,saya memang kuat berangan.hahaha! AGAK KANTOI di situ. TAPIIIIIIIII,tunggu dulu! jangan gelakkk.tarik balik gelak awak tu. itu TABIAT dahulu kala. tabiat ini selalunya saya buat b4 tido malam. dari zaman sekolah sampai zaman maktab dan awal dunia kerjaya. apa yang dok diangan-angan tu macam-macam ah. antaranya:
1) menyanyi  lagu kegemaran di pentas sebab b4 tidor dengar MP3.
2) memandu sport car dengan laju sambil berlumba dengan laki hensem yang bawak sport car jugak.HOHOHOHOO.
3) memandu sendirian untuk long journey.
4) melancong ke tempat-tempat best.
5) solat di Masjidil Haram :)

okey,banyak lagi senanye.takyalah mention banyak-banyak.cukup lah 5 tu kan? :)

as i said, tabiat ni mase dulu-dulu.sekarang dah tak buat lagi dah.bukan TAKNAK buat,tapi TAK MAMPU nak buat. sebab ape? sebabb malam-malam, tido lewat.memang tak sempat dah nak berangan-angan bagai dah. terjun katil,baca doa,tarik selimut,peluk bushukk.terus PENGSAN! esok pagi bangun memang rushing nak mengejar masa buat itu ini.naseb baik belom ada laki dan anak-anak untuk diuruskan awl pagi.hohohoho!

okey,dah puas berangan???jom TIDO :)

Wednesday, April 11, 2012

Rabu yang berkata-kata sikit

macam lupak pulak hari ini hari RABU.mentang-mentang cuti umum kan.rasa macam AHAD pulak. biasa kalau entri hari rabu, tajuk nya WORDLESS WEDNESDAY. tapi aku nak melanggar hujum tajok (eh,ada ka hukum tajok??) sikit, biorla tajok ada lain pulak kan?

mlm ni aku nak story pasal mengawal amarah mengikut cara aku. kawan aku penah cakap, aku jenis jarang marah . yaa,aku memang tak suka nak marah.kalau aku marah,aaku jenis PENDAM.bahaya kan? aku ni ala-ala gunung berapi gitu. ko hado? aku salu ingat pesanan orang tua-tua, "kalau marah cepat tua". hahaha!! oleh sebab tanak TUA cepat,so aku pendam jak la marah aku.

tapi,sejak dua menjak ini,nafsu amarah makin menjadi-jadi.kadang-kadang,tak boleh nak pendam sebab boleh nampak dari riak muka yang berkerut-kerut menahan nak marah.paling BAHAYA bila cara nak lepaskan marah ialah memandu laju! OMG, tabiat ini sungguh buruk dan tak comel.aku harap tabiat ini dapat dihapuskan dengan segera.

lagi satu,bila aku pendam marah,aku DIAM.malas nak cakap.tapi dalam-dalam diam,siap ketap gigi rapat-rapat.naseb hari-hari aku amek kalsium untuk menguatkan gigi.kaalau tauk,habis patah berterabur gigi asyik kena ketap selalu.

cara lain pulak,aku pasang lagu kuat-kuat kat earfon.bior tak dengar bunyi-bunyi asing selain muzik.masa tu,memang PUAS sangat lah.

baru-baru ini,aku baru jumpa 1 cara nak redakan amarah iaitu dengan melayan karenah-karenah comel 13 0rang anak aku. bila melihat keletah dan berbual dengan mereka,terasa aku kembali ke zaman kanak-kanak.OHHH,INI SUNGGUH OHSEM! walau aku tak secomel mereka,tapi aku rasa perbualan kitorang pasal haiwan,kereta,ANGRY BIRD sungguh comel. teringat lagi awal minggu ini,aku memendam rasa amarah kat somebody yang SENGAL, masok kelas buat muka ketat.tapi bila tengok jak muka si 13 orang itu dengan laporan-laporan comel oleh mereka, terasaaaa hilanggg segala amarah. oh,terapi ini sungguh HEBAT! terasa macam betol-betol ada anak. hohohohohoh..

TAPI,yang paling penting sebenarnya dan yang paling afdal ialah istighfar banyak.buang semua setan-setan yang dok berkhemah kat dalam badan tu ha...

oklah,cukup dulu merapu.till then.
assalamualaikum.

Monday, April 9, 2012

Membina Masa Hadapan.


zaman-zaman sekolah rendah dulu,bila cikgu baru masok kelas atau cikgu praktikum baru nak berkenalan, pasti soalan-soalan seperti NAMA PENUH,NAMA PANGGILAN,HOBI dan CITA-CITA akan ditanya. standard la soklan-soklan cenggitu. yang pasti, aku akan bingung untuk menjawab soalan terakkhir sebab masa kecik,mak aku salu cakap, "dah besar nanti,jadi peguam yerrr".

aku pun tak tau ape lah menatang nama PEGUAM tu.yang aku tau; keje salu bawak fail ke sana ke mari. macam BEST dan SENANG sangat keja tu kan?

so,memang dah set lam kepala hotak untuk tulis PEGUAM kat bahagian cita-cita pada rekod peribadi.lau aku tak silap ingat, kat ruang cita-cita tu ada 3 pilihan cita-cita. pilihan pertama, PEGUAM of coz. yg kedua letak JURUHEBAH RADIO. hurmm,juruhebah la sangat kan?? sebabb masa tu suka dengar radio mak pasang pagi-pagi.selalu imagine yang dirik sendirik sedang bercakap di radio sambil main lagu-lagu kegemaran.tabiat pelik tu maseh terbawa-bawa hingga sekarang bila amek alih tugas belakang tabir jadi juruteknik semasa majlis2 rasmi.angan-angan nak jadi juruhebah radio belum punah lagi hokayyy. pilihan yang ketiga pulak nak jadi AHLI ASTRONOMI. aku minat menda2 angkasa lepas ni.sebab tu dulu masa kelas fizik,sedaya upaya aku belajar dengan gigih untuk menambah ilmu di dada.namun,harapan ku musnah sebab result SPM aku untuk Fizik tak berapa nak comel la.

bila ku tengok-tengok dan ku kenang-kenang balik senarai cita-cita masa kecik, gah semacam jak.tapi DOKTOR dan JURURAWAT tak penah masok list sebab geli ah kat hospital atau klinik. macam ade alergik pulak.that's why bila da sakit yang tak larat sangat-sangat,baru aku melawat klinik.

hurmm, sekarang, CITA-CITA dah jadi CINTA.ko hado?? bukan cinta sayang cintun bagai tu haaaa, CINTA kepada kerjaya sekarang yang tak pernah terpikir dek akal aku. aku harus menyemai CINTA dalam2 kpd KERJAYA aku sekarang walau pada asalnya bukan pilihan. alaaa,senang cerita, macam KAWEN PAKSA gitu..

bila lama-lama dah berkcimpung dalam kerjaya ini, perasaan suka dan sayang tu mula menjalar dan merebak sedikit demi sedikit. buaang kata TIDAK dalam diri aku. huhh, muhasabah diri itu penting.

okey,saya dah puas mencarut. sekarang, masa hadapan baru dirasai dengan sebelah kaki. sebelah kaki lagi, perlahan-lahan kita langkah bersama walau banyak duri ranjau.

babai,esok kerja! jumpa anak-anakk yang 13 orang itu!
assalamualaikum..

Checklist

Assalamualaikum. rasanyer ini la entri pertama untuk april 2012.ternyata saya memang tak punya masa untuk melepak di blog.apatah lagi untuk menjelajah blog org lain.

ahh malasss ah nak pot pet pot pett bgtau sal keja dalam entri kali ni.kita pegi ke FU (Fokus Utama) p&p kita hari ini iaitu " senarai semak" atau dlm bhs omputihnya "checklist". nak tau checklist ape? hahh,meh ikot saya!!

actually,saja je nak wat checklist untuk kaum kerabat yang nak membina masjid taun ini. tahun 2012 manyak baguss woooo kalau kawin..hahahaha...bukannya apa, checklist ni bg kemudahan untuk saya plan tarikh untuk saya sendiri.bukan untuk membina masjid,tapi untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk membina masjid. (apo kono anak daro ni meroyan tengahtengah malammm)

takde ah, saya TIPU.checklist ni memudahkan saya untuk merancang tarikh-tarikh untuk melancong bersama kengkawannn lorr.zaman bujang kita spend elok-elok g tempat orang.tahun ni plan nak ke seberang laut china selatan.tarikh belum kompom lagiiii.ok,ok.saya dah puas mencarut.jum buat senarai semak:-

27 Mei 2012: bestfriend kawen.
June 2012 : mungkin kazen kawen.
Sep 2012: kazen jugak kawen
Nov 2012: Classmate sklh rendah kawen.
Dec 2012 : classmate kat mktab kawen.

they olsss ni memang pilih tarikh yang mmg agak sesuaiii untuk saya melencong.ehh SALAH. melanconggggg. mintak-mintak ah tarikh yang they ols pilih tak berselisih dengan tarikh pengembaraan saya.

oklah,nak sambung lipat kain.esok maseh cuti.YEAYYYYYYY :)


*kalau boleh,nak ke sini lagi.oh BAYUUUU.


eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt