zaman-zaman sekolah rendah dulu,bila cikgu baru masok kelas atau cikgu praktikum baru nak berkenalan, pasti soalan-soalan seperti NAMA PENUH,NAMA PANGGILAN,HOBI dan CITA-CITA akan ditanya. standard la soklan-soklan cenggitu. yang pasti, aku akan bingung untuk menjawab soalan terakkhir sebab masa kecik,mak aku salu cakap, "dah besar nanti,jadi peguam yerrr".
aku pun tak tau ape lah menatang nama PEGUAM tu.yang aku tau; keje salu bawak fail ke sana ke mari. macam BEST dan SENANG sangat keja tu kan?
so,memang dah set lam kepala hotak untuk tulis PEGUAM kat bahagian cita-cita pada rekod peribadi.lau aku tak silap ingat, kat ruang cita-cita tu ada 3 pilihan cita-cita. pilihan pertama, PEGUAM of coz. yg kedua letak JURUHEBAH RADIO. hurmm,juruhebah la sangat kan?? sebabb masa tu suka dengar radio mak pasang pagi-pagi.selalu imagine yang dirik sendirik sedang bercakap di radio sambil main lagu-lagu kegemaran.tabiat pelik tu maseh terbawa-bawa hingga sekarang bila amek alih tugas belakang tabir jadi juruteknik semasa majlis2 rasmi.angan-angan nak jadi juruhebah radio belum punah lagi hokayyy. pilihan yang ketiga pulak nak jadi AHLI ASTRONOMI. aku minat menda2 angkasa lepas ni.sebab tu dulu masa kelas fizik,sedaya upaya aku belajar dengan gigih untuk menambah ilmu di dada.namun,harapan ku musnah sebab result SPM aku untuk Fizik tak berapa nak comel la.
bila ku tengok-tengok dan ku kenang-kenang balik senarai cita-cita masa kecik, gah semacam jak.tapi DOKTOR dan JURURAWAT tak penah masok list sebab geli ah kat hospital atau klinik. macam ade alergik pulak.that's why bila da sakit yang tak larat sangat-sangat,baru aku melawat klinik.
hurmm, sekarang, CITA-CITA dah jadi CINTA.ko hado?? bukan cinta sayang cintun bagai tu haaaa, CINTA kepada kerjaya sekarang yang tak pernah terpikir dek akal aku. aku harus menyemai CINTA dalam2 kpd KERJAYA aku sekarang walau pada asalnya bukan pilihan. alaaa,senang cerita, macam KAWEN PAKSA gitu..
bila lama-lama dah berkcimpung dalam kerjaya ini, perasaan suka dan sayang tu mula menjalar dan merebak sedikit demi sedikit. buaang kata TIDAK dalam diri aku. huhh, muhasabah diri itu penting.
okey,saya dah puas mencarut. sekarang, masa hadapan baru dirasai dengan sebelah kaki. sebelah kaki lagi, perlahan-lahan kita langkah bersama walau banyak duri ranjau.
babai,esok kerja! jumpa anak-anakk yang 13 orang itu!
assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment