Iklan ini

Monday, July 9, 2012

godaan syaitan

assalamualaikum..
masok 2 mggu dah tak update sini.hohohoh..terasa memang ketinggalan masa sudah.
dikejar-kejar pun,memang takkan dapat capai pun masa. even ko cakap ko ON-TIME!

 fuhh,dah mula lah merepek.ari ini,aku jadi macam motivator kepada 6 makhuk kecil. bukannya apa.ini bermula dari satu situasi di mana sorang drpd mereka menguap tak tutup mulut. dengan keadaan hari yang ujan,sejukk,awal pagi pulak tu,dok dengar aku pot pet pot pett pasal KARANGAN (yeahh,tajuk baru hari ini), tetiba pulak dia ni menguap. apa lagi,SOUND terus.

"haippp,apa sal menguap tak tutup mulut?? syaitan senang nak masuk"

haaah,sudahh.aku mula berkuliah.mula2 cerita pasal syaitan suka goda manusia,pastu masok cerita kat mana syaitan suka duduk..alahai...6 makhluk kecil teruja nampak!! 

"syaitan tu jahat kan.jadi,awak suka tak jadi kalah dengan orang jahat??mesti taknak kan?kalau boleh awak nak tembak-tembak syaitan tu kan?"

fuhh,,budak2 siap buat aksi tumbuk-menumbuk bila dengar deretan kata itu keluar dari mulut aku. 

semasa bercakap tentang syaitan,secara tak langsung,aku mula membuat refleksi tentang goadaan-godaan syaitan yang pernah dihadap! sesungguhnya,aku masih lemah dan perlukan bimbingan yang mantap untuk menghadapi dan melawan godaan syaitan! perasaan malas nak bergerak ke jarak yang dekat pun dikira kena hasut dengan syaitan! apatah lagi nak melakukan kejahatan yang memang dah ketara SALAH n DOSANYA. 
Nauzubillah...

cukup dulu malam ini.
assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt