Iklan ini

Saturday, May 18, 2013

Butang LIKE di Facebook

Assalamualaikum.

Actually, dah lama dah aku nak taip entry tentang topik ini. 

Butang LIKE ni subjektif. maksud aku, lain orang, lain tafsirannya dan lain fungsinya. ini cuma pendapat aku. pendapat orang lain,aku tak tau la. lantak uolss lah. heeee

Tekan butang LIKE untuk sebab-sebab berikut:
  1. SUKA  post yang tertera
  2. SOKONG atau SETUJU post yang tertera
  3. TINDAKAN PERTAMA sebelum comment pada sesuatu post
  4. sebab dah BOSAN tak tau nak buat apa,asyik2 bukak HOME.jadi... LIKE je lah mana2 post
  5. TAK TAU NAK COMMENT apa pada wallpost orang bagi kat kita atau post yang orang tag kita.jadi, langkah penyelamat, LIKE jer lah.
  6. dah memang HOBI kot suka LIKE post orang.asyik2 nama dia je keluar kat notification.cisss.
  7. sebab kita SUKA KAT ORANG yang post tu.hahahaha :p
  8. ni lebih kurang sebab yang nombor 7, sebab nak PERHATIAN orang yang post tu

okey dokey, ulang sekali lagi, ini cuma pendapat aku berdasarkan pemerhatian dan kajian aku pada pengeLIKE yang ada kat Facebook aku. 

okey,sekian saja. siang besok ada kenduri doa selamat kat istana kasih sayang ayahbonda aku. jadi, nak kena tidur awal malam ini..

:)

Sunday, May 12, 2013

Tuhan itu Mengetahui

Assalamualaikum.

sesiapa yang ada nampak post aku 3 jam yang lepas, ya, memang sebak rasa.
semua orang akan mati. tidak ketinggalan dia; mantan guru sekolah rendahku sejak 20 tahun lepas.
sesungguhnya pemergiannya ke rahmatullah begitu mengejutkan aku, kami dan mereka-mereka.
arwah memang tidak pernah mengajarku di kelas, namun, di luar waktu p&p, arwah lah guru kelab, guru persatuan, guru nasyid, guru tarian kami.
moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

kesian, tak sempat meraikan HARI GURU tahun ini yang tinggal hanya 4 hari.
namun, nama arwah akan tetap meniti di bibir-bibir orang yang ditinggalnya.
aku dan rakan-rakan yang lain, selaku mantan anak didik akan titipkan doa buat arwah..

AL - FATIHAH buat Cikgu Hajjah Jamilah binti Kassim yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.


berbalik pada topik sambutan Hari Guru, ya, Hari Guru. sempena sambutan itu, aku telah menjadikannya sebagai tema untuk Bicara Berirama yang bakal dipertandingkan Selasa ini (14 Mei 2013). minit2 terakhir (hamboiii,macam perlawanan bola giteww), aku menerima tanggungjawab ini dari BOS. ok,SYMP. tq buat sahabat baikku Cindy Lairie yang bagi idea untuk pilih tema tentang guru sebab malam itu aku sudah mati akal dan idea untuk mereka skrip. Bos sudah berkali-kali tanya "bagaimana", "ok kah"?? jadi, dengan deretan soalan sebegitu, mawuuu tak nyerrr sesak fikiran dibuatnyer.

untuk sambutan hari guru, macam-macam kena buat. dan minggu ini aku tiada hari rehat. hari-hari aku bekerja. semoga kesihatan ini menyokong ketidakrehatan tubuh badan ini.

ok,bai.

Mak,Ma,Ibu,Indai,Umi.

Assalamualaikum.
Saya panggil dia MAK.
Air nescafe yang saya buat tak dapat lawan kesedapan nescafe yang dia buat.
Dia memang ratu hati saya.
Dialah guru,sahabat,ketua saya.
Saya kadang-kadang buat dia terguris hati *mungkin. tapi dia tak tunjuk.cuma hati kecil saya dapat rasakannya. betapa aliran darahnya begitu kuat mengalir dalam tubuh saya.
Sesungguhnya, dia wanita kuat yang membawa saya bersamanya setiap waktu tak kira ke tempat kerja,ke bilik tidur,ke dapur, ke tandas selama hampir 9 bulan.
Betapa besar pengorbanan dia untuk saya.

DIALAH MAK SAYA,
Puan Timah Saerah.

Sekarang,saya begitu menyokong kuat keinginan mak untuk bersara awal kerana saya dah tak sanggup lihat mak sering sakit kepala dan penat buat kerja-kerja yang hampir tiap malam dibawa balik ke rumah.
Biar mak berehat dan bersantai :)






Selamat Hari Ibu khasnya buat mak saya, dan umumnya buat semua wanita di luar sana yang bergelar ibu
:)

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt