Iklan ini

Tuesday, August 14, 2012

Yeayy DAPAT DUIT RAYA

sekarang dah masok fasa-fasa terakhir Ramadhan.
SERIUS,aku rasa masih belum cukup sempurna dengan amalan-amalan sepanjang bulan ini.
semoga amalan-amalan ku diterima.


Ya Allah,semoga kami berpeluang untuk ditemukan dengan Ramadhan yang akan datang.
JADI,maka jadilah ia, insyaAllah..

hari ini,DUA perkara telah berlaku terhadap 2 teman aku. DUA perkara berbeda; yang baik dan yang kurang baik.
YANG BAIK,isteri teman sekerja selamat melahirkan bayi kedua mereka mlm ini tadi.alhamdulillah,bertambah seorang lagi umat Adam di dunia ini.kesian tengok si teman ni tergesa-gesa nak balik ke semenanjung bila isteri dah admit hospital. dan malam ni tadi,syukur terima berita yang isteri dah selamat bersalin cahaya mata yg kedua, HERO lagi.... ehehehehe

YANG KURANG BAIK, teman sekerja kemalangan siang td dlm pjalanan untuk menziarah family yg meninggal. kesian....sekeluarga admit hospital. aku terima berita sedih ni pun dalam keadaan mamai.tak sempat nak tanya banyak. semoga mereka baik-baik saja.

ermmm..ada SATU lagi perkara baik! caya tak caya takkkk...aku terima duit raya hari ni! hohohoh..
best kannn?dalam sebok-sebok aku pi tukaq duit kat bank ari ni untuk kasi duit raya,petang td rezeki lah kan dapat duit raya. ko hado??
boleh tahan nilai dio...


oklah,nanti2 update lagi yer.
nak masuk duit lam sampul duit raya!
assalamualaikum.


Monday, August 13, 2012

Ahad yang berbeda.

YA,aku tau.jam ini dah masok hari yang seterusnya iaitu ISNIN.
tapi yang mau aku ceritakan ini ialah hari semalam iaitu AHAD...
AHAD yang berbeda.

kernaaa...

AHAD ini tidak berperasaan yang macam-macam. cuma ada  1 perasaan saja. RILEKS.
AHAD ini tidak membina LP yang gedebakk gedebukk sebab mggu ini budak2 exam.
AHAD ini tidak perlu fikir-fikir banyak tentang apa yg mau diajar mggu ini.
AHAD ini tidak perlu marathon menyiapkan kerja untuk dikemaskini sebelum Isnin menjelma.
AHAD ini tiada perasan yang macam geram dan lemah gemalai bila ISNIN menjelma.
AHAD ini tidak perlu berfikir banyak untuk memilih pakaian yang digunakan untuk 5 hari bekerja sebab JUMAAT dah cuti.
AHAD ini berbeda kerna SAYA telah SHOPPING 2 PASANG WEDGES sekali! hohhohohohohoh!

oklah,perasaan mau tidur lewat malam ini pun berbeda kerna tidur lewat bukan disebabkan marathon kerja,tapi sebab melakukan aktiviti santai.

okey,selamat malam.

AHAD depan pasti BERBEDA kerna Hari Raya... :)

Friday, August 10, 2012

Hadiah Hari Jadi

siang tadi sekitar jam 12 tengah hari:

murid 1: cikgu,saya tau kat mana cikgu beli gelang tu.
aku: kat mana?
murid 1: kat SIBU kan cikgu? kat kedai jual barang-barang  org kayan.
aku: ohhhh.... ini ayah cikgu bagi.
murid 1: bisi' ku medak sari nyak..ndur urang jual gelanggg..nyak aku ka' meli sitik...
murid 2: manah nyak?
murid 1: aokk meh..hmmm,cikgu,ari tu saya nak beli, nak bagi cikgu.tapi ayah saya tak suruh sebab xda duit.
aku: (speechless...hanya mampu tersenyum)
murid 1: saya nak bagi kat cikgu.hadiah harijadi cikgu.
aku: oh ya?awk tau bila harijadi cikgu?
murid 2: bulan ogos,cikguuuu..
murid 1: haaa,ujung bulan ini,cikgu.jadi hadiah untuk cikgu.
aku: ohhh,takpe, kalau awak nak bg hadiah harijadi kat cikgu, ujian minggu depan awk kena dapat A  untuk         subjek cikgu,boleh kan? 
murid 1: appuuu........ 
aku: aikk,tadi nak sangat bagi adiah kat cikgu.awk bagi keputusan yg cemerlang kat cikgu lah.bolehhhh??
murid 1: boleh,cikguuu..

Ya Allah, KAU permudahkan urusan anak-anak didikku menjawab soalan ujian mggu depan. semoga mereka diberkati. 

sedetik perasaan aku tetiba jadi sayu sebab keinginan si anak didik utk beli gelang semata-mata nak kasi kat aku padahal kemampuan si ayah membataskan keinginan itu. rasa mau menitis air mata bila dengar mulut kecil itu petah berkata..hhuhuhuh...

sebagai sifu,aku tak perlukan itu.yang aku mau,kejayaaan mereka dalam kehidupan,itu yang PENTING. 
arghhh, inilah kali pertama air mata menitis mengenangkan anak didik sejak menjadi guru.

sudahlah.ayuh kita lelap.
assalamualaikum.

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt