Iklan ini

Tuesday, November 29, 2011

ringkas,cepat dan tangkas.


assalamualaikum u ols.
lame tak bersiaran sejak ai outstation hari tu.sejak 20 menjak guna BB,memang jarang bawak encek lappy ke outstation.semuanya di hujung jarik KONON.
argh,kata nak RINGKAS,CEPAT dan TANGKAS.

jum,percepatkannn jari menaip!

semalam baru balik dari outstation dengan hati yang agak bengkak sikit sebab HARIMAU MUDA kecundang.nasebb baik tak bertahann sampai habis perlawanan sebab kepala suda berat.lagipun semalam nak kayoh encek neo within 6 hours.harus safe energy.

ok,ENOUGH with cerita outstation.ada masa,ai share story masa outstation.sekarang nak bersiap untuk acara hari ini.masehh messy lagi nihhhhhh.
:p

Thursday, November 24, 2011

soalan comel (agak-agakla)

assalamualaikum.
semalam dapat surat di lokasi kerjaya.jadi,balik rumah terus on9 memandangkan internet boleh tahan laju.

menda alah ni sebenarnya berkaitan dengan kerjaya ambo sekarang.so,ape yang ai ambo perlu buat ialah jawab soklan-soklan yang disediakan dalam tu.macam jawab soklan kuiz gitu.
time-time cuti cenggini,ambo memang malas nak membaca ayat-ayat skema.so,ambo main bantaii jawab jer.

sedang ambo seronok dengan adegan tembak menembak jawapan,,nampak pulok soklan seperti kat bawah.

agak-agak kan,ambo klik jawapan yang mano?hahhaha.... yang PALING TAK TAHAN tu, "mengamalkan pemakanan yang seimbang". untuk ciri "sentiasa bertenaga", ambo memang bertenaga selalu sebab telan kacip fatimah tiap pagii. kalau tak bertenaga,camane nak berlawan dengan budak kuang ajorr yang tetiba blah dari kelasss nak balik umah.nasebb bek ada kacip fatimah :p


seterusnya,untuk soklan kat atas. ciri yang terakhir "mampu mengawal emosi". okey,ambo kadang-kadang memang tak boleh nak kawal emosi ni haaaa. biase laa,darah muda :p


tersenyum sorang ambo masa jawab soklan-soklan exam ni ha.dah habis jawab soklan,terus tengok result.oklaa jugak padahal seronok wat adegan tembak menembak.


oklah,malam ni nak tido awal.sebab esok memandu jauh.mak jemah outstation lagi!
kali ni lama sikit. within 4 days.so,selama mak jemah outstation,dont naughty2 u olsss..
sayang kalian.
-malisa-

edisi khas tengah malam

salam alaik'

TENGAH MALAM ke?padahal dah jam 2.20pagi (ekot jam laptop).
pelik betol mata ni buat hal.merajuk ke hapa sebab HARIMAU MUDA tadi kalah dengan pak arab tu?eheeh....ok ok,lupakan kisah sedih 3 jam yang lepas.

tadi dok sebok blogwalking,tetiba jumpa dua blog milik novelis. hurm,ternyata life they ols macam orang biase2....tapi lau baca they ols punya nukilan,fuyooooooooooooooo magicc!! wa tabikkk springgg lu wooooo.

dan tetiba rasa nak bercita-cita ingin menjadi seorang NOVELIS BERJAYA.ko mampuuu? ehh,jap2! pada tahap umur aku yang dah "15" tahun ni,boleh lagi ke simpan cita-cita? :p
okey,sebenanya aku memang minat jugak la dengan dunia penulisan ni ha.dulu pun penah jugak ekot bengkel penulisan time blaja,tapi dek kesibukan menelaah KONON *wink,aku kurang masa untuk menulis. hanya 1 cerpen remaja pernah aku siapkan. lau tak silap aku, tajuknya "ROTI CANAI vs PIZZA". amacamm,sodappp tak menu cerpen haku?

lepas ni,aku nak mula mengaktifkan diri dalam dunia penulisan.bukan semata-mata nak kejar keglamoran,tapi kepuasan diri itu yang penting.cehhh,ayat skema dah keluar.

ok,take care.gud nite.hug and kiss untuk u olss...salam sayang,MALISA.

Wednesday, November 23, 2011

Aku Pun Tak Tau.

assalamualaikum.

lama dah tak bersua kan?seminggu dah kita tak bersiaran,rindu tak?? (perrghhhh,bajet artisss sangat). well, selama tak bersiaran ni,banyak betol input yang ai dapat.tak kira lah berpaedah ke tak kan.yang penting ada input.

hari ini, 23 November 2011 tepat 5 ari dah ai bercuti,TAPI rasanya ai belum menikmati cuti itu sepenuhnya sebab ke sana ke mari ke luar dan ke dalam kawasan jajahan.KONON turun padang untuk melawat rakyat jelata.syukurlah,semuanya maseh mampu berlari ke sana ke mari dan menyanyi dengan riang gembira. harapan ai sangat tinggi agar pagi nanti (sbb skrg dah tengah malam), ai akan menikmati cuti itu sebaik yang mungkin.

sebenarnya ai pun tak tau pe motif entri malam ini.macam takde idea.tapi masa tengah memandu,banyak pulak idea.begitu jugak ketika sedang melipat pakaian,mencurah-curah pulak input masok,tak kurang juga ketika menyapu sampah dan debu-debu cinta di lantai rumah,idea untuk dimasokkan ke dalam belog macam BANYAK.tapi,bila dah dok mencongak kat depan skrin laptop,tetiba ZERO.kelu tidak tertaip.EHHHH,macam jatoh cinta pulak.bila jauh,berani;macam2 idea nak cakap,bila berdepan;malu...tak tau nak cakap ape.
arghhhhhhhhh,merepek jakkkkk.
(tak sedar dah masok TIGA PERENGGAN entri kosong ditaip)

tapi takper,ai akan cuba sedaya upaya perah keringat untuk update entri sebanyak yang mungkin.nama pun CUTI,so ada la tu kot masa-masa keemasan untuk meng-hap-det entri encek belog.

sebut pasal CUTI kan,benda pertama yang dok melompat-lompat kat kepala ialah TIDUR.konon berkesempatan nak bangun lewat sikit daripada biasa,TAPIII dah masok 3 hari bekerja ni,ai asek bangun awal jak.kena pegi ke lokasi kerjaya untuk urusan-urusan yang boleh tahan penting jugaklah. dalam sebok-sebok di lokasi kerjaya,ai sempatttttttttttttt jerrrrrr amik gambar.
nahhh,amekkk kauuu!

lama tak post depan webcam. asik guna kamera hapek jer,ye tak?


pose laa kau mak jemah oii.


ok lah,mata ai belom ngantok sena nyerrr.plan nak blogwalking.ok,jom!
n'way, terima kaseh sebab sudi baca entri yang ai sendiri pun tak tau yang mane 1 isi-isi pentingnya :p

Wednesday, November 16, 2011

esok bertukar kerjaya


jangan gelabah baca tajok entri yer cik adik manis dan hensem sekalian.
ai tetap cik lisa yang dulu,cuma ada yang berbeda dikit siang esok.

agak berdebar jugak jiwa malam ini kerna dua perkara menarik akan berlaku esok:

1) keputusan UPSR

2) persembahan protege buat pertama kali dibimbing oleh cik lisa (agakkk anehh mendengar cik lisa melatih budak menari)


dan esok juga kerjaya mengandam akan muncul.selepas mengandam,kerjaya technician menyusul pula.namun sebentar cuma kerna kerjaya jurugambar tetap dan berpencen mengambil alih untuk tempoh yang agak lama.dalam sedang (ehh,betol ke ayatttt??) berasmara dengan kerjaya jurugambar,mungkin kerjaya JAGA turut menyemak.dah tu pulak,kerjaya waitress nak jugakkkk muncul....

hohohohohohohoh...kerjaya yang pelbagai dalam satu harii. AKU ADA??yess, MEMANG AKU ADA.


demikianlah sorotan perjalanan kerjaya yang bakal berlaku pada 17 november 2011 dalam diari cik nurmalisa.
sekian,terima kasih.
jumpa lagi di lain hari.



*ok,sila sambung balik kerja-kerja bermuka buku anda,kerja-kerja chating bersama buah ati (ehh,tetibaa), kerjaa-kerja menelaah pelajaran.

Friday, November 11, 2011

outstation lagik.


assalamualaikum.

sedANG mencuri masa peribadi untuk mengupdate entri ini.saja mau luah sini.nama pun belog sendiri.bukan blog pak ali.
ehhhhh,apaaa daaaa,macam pantun pulak.

esok outstation lagi.kali ini tak jauh.ke langKAWI jak.tapi,maseh berada di luar kawasan bukan? outstation kali ini tak perlu bawak wedges and heels kau yang 3 inci setengah tu.yang perlu kau bawak ialah sport shoes! oh no.ndak boleh bah aku pakai kasut dulu.kaki ini maseh belom mahu bekerjasama untuk memakai sebarang kasut. LAGI SATU,outstation kali ini ndak perlu bawak baju2 yang cantek n jeans.cukuplah dengan tracksuit dan jaket.

balik dari outstation nanti,misi untuk PINK PANTHER dan MOVE LIKE JAGGER akan diteruskan sehingga hari kemuncak projek.ini percubaan pertama aku.hopefully semuanya berjalan dengan lancar. dua tiga hari ini asyik melaksanaakan misi-misi itu jak sampaikann rakan sekerja tegor nampak muka aku macam kurang rehat.kadang2 time makan pun nampak macam berpikir.dikatakan seperti MEMIKIRKAN SOAL MASA DEPAN lagaknya.

omaigod..MEMANG! memikirkan masa depan yang gilang gemilang.
oklah,stop for now.mata sudah memberi isyarat untuk rehatt.
harus difahami isyarat itu.
good nite all.
LOVE.HUG.

Tuesday, November 8, 2011

My Aidiladha'11


Assalamualaikum.. :)

rasa syukur tahun ini kerna kembali beraya haji bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

raya haji tahun ini juga terasa kelainannya berbanding yang pernah kawe lalui sebelum ini.
KELAINAN yang nyata,memanglah,sahabat baik kawe si ANGELINA JOLIE beraya bersama.

dan 1 lagi KELAINANnya..ehemmm... :p
biasanya pagi aidiladha,lepas solat sunat,kami 1 family akan bergerak terus ke umah mak anjang sebab ada wat kenduri sikit.tp tahun ni kami tak pergi terus lepas solat sunat sebab ada special GUEST datang beraya.okey,kawe terima dengan hati terbuka u olssss..

oklah,dalam sebok-sebok beraya,sempat jugak photoshoot dengan kanak-kanak rebina.
layankan ajelah gambar-gambar kat bawah yer.





buruknyer ruper aku melompat!! nampak sangat berat :p






aidiladha kali ini ai berjubah,u olssss sebab dah kurus.hahaha.ok ok.ai tipu!!
ok la,thanks kepada jurugambar yang semakin mahir mewarnai bidang fotografi.

ma'asalamah.

Monday, November 7, 2011

"baju matured", ko ada??

tiga hari cuti memang CUTII BEBENO la kawe. hurmm,tapi pasal CUTI tu,next time la kawe ceritaaa okey.ni nak cerita pasal sekembalinya kawe dari memanjakan diri petang tadi.

mom: lamak x jumpa ko.
me: hahha,baru jak semalam.
mom: ko pakey baju ya nampak matured.
me: hahh??MATURED???wat u mean mom??hahahahaha
mom: yalaa,bila ko pakai baju ya,ko nampak matured.
me: then,baju-baju yang ku pakai before tuk sik nampak matured??hahaa..macam remajaaa
kah???? :p
mom: maksud mak,nampak macam orang dah bkerja bahhh..
me: oooooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhh (tua gilak kah rupa aku pakey baju tok??)


hurm,baju yang dimaksudkan tu berkaler putih dan bercorak sikit.kawe pun tak tau tang manaaa yang menampakkan kawe matured bile pakai baju tu.kawe pun tak sempat nak bergambarr dengan "baju matured" tu.
yang ado,cuma gambar nerd ni jo.ready nak blah dari otel yang takda LIF dan membuatkan kawe sesat carik tangga nak naikk.
agak bulat du situ kan?hahahaha.ABAIKAN.



after 50minutes,kawe sampaiii la ghumah.maseh de beg lagi,tangkap gambor jap!!

alamakkkkkk,esok KEJOOOO daaa.jum TIDO.
mat malammm.

Saturday, November 5, 2011

cik-cik kesayangan.

gembira hari ini kerna mula bercuti PANJANG. r u sure CUTI PANJANG?? panjangg la kan sebab lebih sehari daripada biasa.

ok,sempena dengan hari raya bakal menjelma, kesempatan ini aku nak ucap salam aidiladha kepada semua yang mengikuti perkembangan blog ini secara langsung dan diam-diam.
perghhhh kasi ucapan ala-ala pemenang anugerah gitu.ko ingat ko artis ke cik lisa???

di hari baik bulan baik ini,sesama kita menginsafi pengorbanan yang telah insan-insan tersayang lakukan kepada kita.

hurmm,teringat pulak saat-saat menyambut malam aidiladha tanpa insan-insan penting (mak bapak) di sisi.first tahun 2007,sekembali aku dari SEBERANG,kebetulan mak saudara kembali ke rahmatullah pada hari yang sama membuatkan mak dan bapak harus segera pulang ke kampung halaman.saat melangkah ke rumah,takbir raya mula bergema.sayu jak rasa hati.dok sengsorang kat rumah di malam raya :(

second; tahun lepas which is my final year kt IPBL.raya aidiladha berjauhan dari mak dan bapak.syukurlah kerna maksu dok kat kuching.tak lah terasa sangat kesayuan itu kerna kesayuan diisi dengan acara-acara makan makanan sedap.

ok,tahun ini kembali berpeluang beraya bersama mak dan bapak.ALHAMDULILLAH...

oh ya! bercakap tentang insan-insankesayangan especially masa kt IPBL dulu memang tak larat korang nak baca entri ni kan sebab mungkin akan berjela-jela.so,cerita satu-persatu dulu.

tu dia,dah konvo dah diaaaa..... let's intro..my bestie kat IPBL. her name is CINDY n kadang-kadang aku panggil ANGELINA JOLIE.banyak perkara dikongsi bersama termasok jejaka-jejaka yang diminati! ehhhhh??? :p



ekceli,aku nak story satu persatu pasal cik-cik kesayangan ku seperti dalam foto di bawah ini,tapi macam MALAS pulak.takut korang muntah baca entri berjela-jela.so,next time aku share pulak pasal yang lain,k.

almost every payday,aku dan ANGELINA JOLIE ni berjoli bersama.hahaha! masa tu,memang tak hengatt dunia u olssss sebab sebok bergosip sebab lama tak ketemuan.

esok,aku nak pegi amik si ANGELINA JOLIE ni bawak balik umah.b4 that,berjoli dulu di Sibu.
kempiskan mana-mana yang patut dikempiskan.

that's all.nak sambung buat kerja SKEMA dulu bak kata encek kama*.supaya esok boleh berjoli dan berjimba dengan penuh riang seperti kanak-kanak rebina.

Tuesday, November 1, 2011

Hai NOVEMBER


malas nk cakap banyak.layankan ajer gambor2 ni.mata mak jemah cam bermasalah jak malam ni.macam ade something yang menghalang pndangan mak jemah ni.alahaiiii..

tengok skrin lappy cam payah.takkan mak jemah rabun?????

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt