Iklan ini

Tuesday, December 14, 2010

Tips dan Petua Jerawat

amboi amboi amboii..
kemainn lagi tajok entri.
JERAWATT.
motiff entri??
tgh geram dgn jerawat yg menempel-nempel kt muka.
rujuk gbr di atas.
di pipi n kt dagu,beberapa butir jrawat sedang bersuka ria berhimpun.


bersempena dgn dgn kegeraman itu,maka terhasillah entri ini.
utk readers yg bmasalah spt ai,blh rujuk entri ini.ceh,mcm la muka akuuu licin gilak.

Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut. Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri (mmg aku kurang yakin bila jerawat menggilaaaa)


Punca jerawat.

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an (ohh ya,aku masih awl 20-an,that's la byk jrawat.ccehh,prasan muda)
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan (mak aku tkda jrawat pun.)
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 (aku tk mkn pil perancang)
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit (pakaian ketat?woww,cmanaa bleh bkaitan tu.x phm aku)
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah (mcm aku selalu)
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap (tiap ari buat)
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain (aku alah pd belacan..huhu..dats y jarand da mkn sambal blacan)
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih (skrg mana da tertekan lagi,dh hbs blaja kan....letih pun tak)
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak(ohh,mungkin yg ini antara penyebab jadi kt aku)
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka (ini tiada kaitan,kt umah pun aku main ikat jak rambut,klu tk pon aku siap letak klip byk2 tk bg rmbut depan jatuh)
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic" (yg ni aku nk carik)
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam (salu dibuat)
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum (so,jgn on lampu.biar bergelap demi wajah berseri tanpa jerawat!!ahaha)
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut (tp klu dah geram,aku buat jugakkkk)


aku paling bencik jerawat kt tepi mata n area2 situ.rasa ku nk korek n buang terus!

alahaiii...jerawattt...!!

*entri kali ini berunsur kesihatan.part time jadi pakar kesihatan dulu ya.sementara tggu kerja.lgpun skrg tgh mengalami kegatalan d muka akibat jerawat gilaa.so,pura2 jadi pakar kesihatan utk m'gembirakan ati.padahalll HAMPEEHHH.by da way,tido lewat juak punca jerawat.but da prob is lates ni aku mslh gilak nk tdo awal.gilaa.ok,sekian terimak kaseh kerna membaca.

1 comment:

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt