Iklan ini

Monday, December 12, 2011

Pendahuluan.

assalamualaikum.
lama tak bersua. rindu tak? (rasa retisss)
ekceli, 4 hari vacation langsung tak terasa.rasa mau mau mauuuuu lagiii.
entri kali ni belum masok isi-isi penting lagi.baru pendahuluan.

ok, semalam tepat jam 9.30 malam selamat mendarat di Lapangan Terbang Sibu.alhamdulillah...
beratnya rasa hati mahu meninggalkan negeri di bawah bayu,namun apakan daya,aku harus kembali ke bumi kenyalang.ndak apa, lain kali aku akan datang lagi ya SAYANG!


sekian dulu.esok kalau terluang,akan teruskan ceritera di bayu
:)


Wednesday, December 7, 2011

Bzzz


assalamualaikum.
malam ini sepatutnya tido awal sebab esok nak bercuti ke luar negeri.INGAT, baca betol-betol.ke luar NEGERI.bukan luar NEGARA.

beg macam dah penoh,apa lagi mau disumbat???
lama da tak buat aktiviti packing.
mata pulak macam merajok ndak mau tidur awal ni ah!
ndak bulih begini bah.
eh,apa hal tukar dialek??

ok,jumpa lagi next entri u olsss dengan foto-foto vacation
:)

Tuesday, December 6, 2011

Hari Service.


assalamualaikum.

beberapa hari ini dilalui dengan rasa KECEWA dan agak GERAM sebab line broadband kat kampong ai tetiba meragam.memang GERAM memuncakkk sampaikan nak tukar wilayah broadband kepada wilayah yang satu lagi.. (hurmmm,sedang membuat pertimbangan)

sekarang sedang on9 di lokasi kerjaya sebab kat sini broadband tak pulak meragam.KEJAM betol menate berok ni wehhhhh! memandangkan ada urusan2 rasmi yang memerlukan internet,maka dengan rasa berat hati jugak untuk keluar rumah hari ini demi menagih simpati internet di lokasi kerja. oooo tedahhh!

ari ni nak story pasal aktiviti jumaat lepas.ari tu nak update entri,tapi tak boleh lantaran internet buek hal nonggggg. pagi jumaat yang mulia pegi service encek neo.first time buat sendirian berhad sebab biasa ayah yang temankan.okey,kena BERDIKARI.kalau service je takla lama sangat.ni sebabb alarm kunci buek hal hari kamis tu...tu yang lama bebenorr ai di situ.nasebb bek cik bespren, iaitu Ayu temankan ai.hampir 3 jam menunggu di situ.sedang bertabah menunggu,tetiba sorang abg JPJ datang nak service keta jugak.
perbualan antara kami:-

JPJ: sapa mpun keta ya? kitakk?
ai: aok.kmk lah.
JPJ: apa sakitnya?demamm?
ai: demam pintu.
JPJ: eeeeeee.bagus owhh.sesuaiiii lah pakey orang dara kereta ya.mun dah nikah sik dapat hoooo.. NICE..
ai: aok,nang maseh dara bahh...hhahahahahah


KESIMPULAN: encek neo memang sesuaii gilakk bagi yang maseh single belom beranak pinak.


* * * * *

lepas abis servis keta,time untuk servis perut pulak. EH DELIGHT jadi pilihan.

* * * * *

seterusnya,kereta dan perut dah siap diservis, tiba pula acara men-servis muka.ko ada? sememangnya tujuan asal hari itu adalah untuk pegi FACIAL.dua minggu dah tak pegi.mane tak tumbuh 2 3 bijik jerawat jahanam kat muka.tak sabor-sabor nak ke Nelly Face & Beauty Centre.
di situ,memang berair mata sebab lame dah tak kena cucuk jerawat besar.rasa macam pegi 1st time facial dulu.tapi sabor-saborr cik lisa.demi kelicinan wajah,bertabahh sungguh menahan kepedihan dipicit jerawat.cik ayu di sebelah pun ape kurangnya.dua-dua bertabahh.


* * * * *


tamat acara facial jam 4 petang.cik ayu kata HARI MASIH AWAL.tetiba rasa nak pegi urut refleksiologi.teruss pergi ke pusat refleksiologi yang biasa kami nampak tapi tak penah nak singgah.mula-mula masok ku pusat itu,rasa macam agak jakun sebabb memang TAK PERNAH melibatkan diri.biasa urut dengan orang kampung jer. kebetulan pulak pekerja-pekerja kat situ dari CHINA dan PHILIPINE, alahaii payah bebenorr nak berkomunikasi. cakap ENGLISH pun diorang sikit-sikit jak paham.cakap MELAYU lagi lahhh dek nonn oiii.yang diorang tau "PANASSSSS" sebab mase diorang soh letak kaki dalam bekas air tu,kejutannn betol sebab air tu panas.otometik kaki ai naikk.then,pekerja CHINA tu tanya "panassss?"... jawab main angguk jer. komunikasi bukan lisan amat berguna pada masa itu.

spend 1 hour kat situ.ngantokk n rilexx masa kena massage.kebetulan pulak ujan.ai dan cik ayu sembang guna bahasa sendiri,pekerja CHINA dua orang tu pun sembang guna bahasa diorang.rasa macam ayam dengan itik jer.len kali,nak buat massage leher n kepala pulak ahhh.



ari tu tak sempat nak amik gambar sebab lupa nak charge BB yang sememangnya dah low.adoiii makkcikkk,muda2 dah PELUPA eh.

berdoa sangat agar broadband tidak meragam lagi sekembalinya ai ke rumah.
ok DONE.

Friday, December 2, 2011

Nama Masuk Mimpi,ok la tu.

assalamualaikum.
entri ni sajer nak kongsi.
bak kata orang,sharing is caring kan???

ok, malam semalam tido nyenyak walau lampu bilik terlupa nak off.konon nak habiskan novel,tapi HAMPEH.sedar-sedar dari lena,tengok jam dah pukul 3 pagi.terus off lampu then sambong tido balik.

dalam tidur ku bermimpi (cewahh macam lirik lagu pulakkk kauuuu). yer,aku tak mimpi orangnya.tapi ku mimpi namanya.pelik,tetiba MUNCUL dalam mimpi.

hurmmm,wahai encek punya nama yang muncul dalam mimpi,selamat berkenalan.dah jumpa ari tu kan,tapi tak sempat say hye hye jom pi THAI.

:p

Thursday, December 1, 2011

outstation tanpa disangka.

*entri kali ini sarat dengan gambar.kalau tanak tengok,g klik X kat atas sana.PEACE.


assalamualaikum.
kelassssss lah u olssss.
petang semalam ke "swan city" untuk bercuti separuh hari 1 malam di hotel tepi sungai rejang.
percutian ini pun tak dirancang sangat,jap rasa nak pegi,jap rasa tanak.alaaaa,bukan selalu dok otel tepi sungai kan??
ok,lepasss siapkan tugasan2 puan ibu yang dia pesan b4 g kursus,terus siap2 dan kayuh encek neo ke swan city.



malam tadi bersiar-siar dengan puan-puan guru besar.tapi tak lama sebab gerimiss mengundang.jadi balik hotel dengan segera.perasaan nak balik hotel memang tak sabar sebab konon nak sambung make-up belog ni haaaaa.padahalllll, HAMPEH!

dok kat tengah bandaraya,tapi line internet lembap.mungkin sebab angin sepoi-sepoi language dari sungai rejang kot :p

jadi,plan tido awal sambil nak habiskan sisa-sisa novel untuk dibaca.pagi ini bangun agak awal.memandangkan sedang cuti solat,nak bangun lewat sikit.tapi,tetiba dapat panggilan hangit dari big boss tanya pasal kerja.terpaksa berpura-pura dah bangun tidur lamaaaa,padahal baru bangun.


sePAGIan dihabiskan di bilik berhawa-hiwi dingin.memang merancang untuk keluar ke sana ke mari untuk jumpa classmet (orang Sibu), tapi macam MALAS sebab maseh seronok berlegar-legar di katil dengan aman.tapi sempat jugak jengah ke tingkap melihat pemandangan sungai rejang.

nahhh,amek kawwww.


pemandangan dari tingkat 4 pada jam 8 pagi.


ade kolam renang kat tingkat 3.bawah kolam renang ada gym pulak.waktu malam,memang leh nampak jelasss abang body ketak2 sedang berpendidikan jasmani dengan objek2 besi kat situ macam mlm semalam! hahaha,sampai2 je ai kat bilik otel,sebok je selak langsir,terkejutt nengok abang2 tu sedang bersenam kat gym sebab ari tu masa hantar puan-puan guru besar ke sini,tak nampak pun gym.

ok,stop cite sal gym.kite pegi ker citer seterusnya.


pagi ni memang dok melangok kat depan laptop.walau internet macam sang kura-kura jantan yang tak comel,ai pun tetap gigih untuk on9 SAMBILLLLLL

buat kerja yang menghasilkan hasil-hasil seperti di bawah..



wajah c00l sebab SEJUK GILER.


biasa sangat pakai shawl kemas-kemasan gitu *KONONNN* , why not kali ni versi shawl messy2 gitu.

agak tembam di situ.sebok berkaca mata entah tetiba.





ok,citer dah habesssss.kitorang check out jam 1 tengah hari tadi.
on da way,memang lagu slam "gerimis mengundang" betoll lah.


sekian,terima kaseh kerna membaca.lain kali baca lagi ekk??
-salam sayang u olsss-

Tuesday, November 29, 2011

ringkas,cepat dan tangkas.


assalamualaikum u ols.
lame tak bersiaran sejak ai outstation hari tu.sejak 20 menjak guna BB,memang jarang bawak encek lappy ke outstation.semuanya di hujung jarik KONON.
argh,kata nak RINGKAS,CEPAT dan TANGKAS.

jum,percepatkannn jari menaip!

semalam baru balik dari outstation dengan hati yang agak bengkak sikit sebab HARIMAU MUDA kecundang.nasebb baik tak bertahann sampai habis perlawanan sebab kepala suda berat.lagipun semalam nak kayoh encek neo within 6 hours.harus safe energy.

ok,ENOUGH with cerita outstation.ada masa,ai share story masa outstation.sekarang nak bersiap untuk acara hari ini.masehh messy lagi nihhhhhh.
:p

Thursday, November 24, 2011

soalan comel (agak-agakla)

assalamualaikum.
semalam dapat surat di lokasi kerjaya.jadi,balik rumah terus on9 memandangkan internet boleh tahan laju.

menda alah ni sebenarnya berkaitan dengan kerjaya ambo sekarang.so,ape yang ai ambo perlu buat ialah jawab soklan-soklan yang disediakan dalam tu.macam jawab soklan kuiz gitu.
time-time cuti cenggini,ambo memang malas nak membaca ayat-ayat skema.so,ambo main bantaii jawab jer.

sedang ambo seronok dengan adegan tembak menembak jawapan,,nampak pulok soklan seperti kat bawah.

agak-agak kan,ambo klik jawapan yang mano?hahhaha.... yang PALING TAK TAHAN tu, "mengamalkan pemakanan yang seimbang". untuk ciri "sentiasa bertenaga", ambo memang bertenaga selalu sebab telan kacip fatimah tiap pagii. kalau tak bertenaga,camane nak berlawan dengan budak kuang ajorr yang tetiba blah dari kelasss nak balik umah.nasebb bek ada kacip fatimah :p


seterusnya,untuk soklan kat atas. ciri yang terakhir "mampu mengawal emosi". okey,ambo kadang-kadang memang tak boleh nak kawal emosi ni haaaa. biase laa,darah muda :p


tersenyum sorang ambo masa jawab soklan-soklan exam ni ha.dah habis jawab soklan,terus tengok result.oklaa jugak padahal seronok wat adegan tembak menembak.


oklah,malam ni nak tido awal.sebab esok memandu jauh.mak jemah outstation lagi!
kali ni lama sikit. within 4 days.so,selama mak jemah outstation,dont naughty2 u olsss..
sayang kalian.
-malisa-

edisi khas tengah malam

salam alaik'

TENGAH MALAM ke?padahal dah jam 2.20pagi (ekot jam laptop).
pelik betol mata ni buat hal.merajuk ke hapa sebab HARIMAU MUDA tadi kalah dengan pak arab tu?eheeh....ok ok,lupakan kisah sedih 3 jam yang lepas.

tadi dok sebok blogwalking,tetiba jumpa dua blog milik novelis. hurm,ternyata life they ols macam orang biase2....tapi lau baca they ols punya nukilan,fuyooooooooooooooo magicc!! wa tabikkk springgg lu wooooo.

dan tetiba rasa nak bercita-cita ingin menjadi seorang NOVELIS BERJAYA.ko mampuuu? ehh,jap2! pada tahap umur aku yang dah "15" tahun ni,boleh lagi ke simpan cita-cita? :p
okey,sebenanya aku memang minat jugak la dengan dunia penulisan ni ha.dulu pun penah jugak ekot bengkel penulisan time blaja,tapi dek kesibukan menelaah KONON *wink,aku kurang masa untuk menulis. hanya 1 cerpen remaja pernah aku siapkan. lau tak silap aku, tajuknya "ROTI CANAI vs PIZZA". amacamm,sodappp tak menu cerpen haku?

lepas ni,aku nak mula mengaktifkan diri dalam dunia penulisan.bukan semata-mata nak kejar keglamoran,tapi kepuasan diri itu yang penting.cehhh,ayat skema dah keluar.

ok,take care.gud nite.hug and kiss untuk u olss...salam sayang,MALISA.

Wednesday, November 23, 2011

Aku Pun Tak Tau.

assalamualaikum.

lama dah tak bersua kan?seminggu dah kita tak bersiaran,rindu tak?? (perrghhhh,bajet artisss sangat). well, selama tak bersiaran ni,banyak betol input yang ai dapat.tak kira lah berpaedah ke tak kan.yang penting ada input.

hari ini, 23 November 2011 tepat 5 ari dah ai bercuti,TAPI rasanya ai belum menikmati cuti itu sepenuhnya sebab ke sana ke mari ke luar dan ke dalam kawasan jajahan.KONON turun padang untuk melawat rakyat jelata.syukurlah,semuanya maseh mampu berlari ke sana ke mari dan menyanyi dengan riang gembira. harapan ai sangat tinggi agar pagi nanti (sbb skrg dah tengah malam), ai akan menikmati cuti itu sebaik yang mungkin.

sebenarnya ai pun tak tau pe motif entri malam ini.macam takde idea.tapi masa tengah memandu,banyak pulak idea.begitu jugak ketika sedang melipat pakaian,mencurah-curah pulak input masok,tak kurang juga ketika menyapu sampah dan debu-debu cinta di lantai rumah,idea untuk dimasokkan ke dalam belog macam BANYAK.tapi,bila dah dok mencongak kat depan skrin laptop,tetiba ZERO.kelu tidak tertaip.EHHHH,macam jatoh cinta pulak.bila jauh,berani;macam2 idea nak cakap,bila berdepan;malu...tak tau nak cakap ape.
arghhhhhhhhh,merepek jakkkkk.
(tak sedar dah masok TIGA PERENGGAN entri kosong ditaip)

tapi takper,ai akan cuba sedaya upaya perah keringat untuk update entri sebanyak yang mungkin.nama pun CUTI,so ada la tu kot masa-masa keemasan untuk meng-hap-det entri encek belog.

sebut pasal CUTI kan,benda pertama yang dok melompat-lompat kat kepala ialah TIDUR.konon berkesempatan nak bangun lewat sikit daripada biasa,TAPIII dah masok 3 hari bekerja ni,ai asek bangun awal jak.kena pegi ke lokasi kerjaya untuk urusan-urusan yang boleh tahan penting jugaklah. dalam sebok-sebok di lokasi kerjaya,ai sempatttttttttttttt jerrrrrr amik gambar.
nahhh,amekkk kauuu!

lama tak post depan webcam. asik guna kamera hapek jer,ye tak?


pose laa kau mak jemah oii.


ok lah,mata ai belom ngantok sena nyerrr.plan nak blogwalking.ok,jom!
n'way, terima kaseh sebab sudi baca entri yang ai sendiri pun tak tau yang mane 1 isi-isi pentingnya :p

Wednesday, November 16, 2011

esok bertukar kerjaya


jangan gelabah baca tajok entri yer cik adik manis dan hensem sekalian.
ai tetap cik lisa yang dulu,cuma ada yang berbeda dikit siang esok.

agak berdebar jugak jiwa malam ini kerna dua perkara menarik akan berlaku esok:

1) keputusan UPSR

2) persembahan protege buat pertama kali dibimbing oleh cik lisa (agakkk anehh mendengar cik lisa melatih budak menari)


dan esok juga kerjaya mengandam akan muncul.selepas mengandam,kerjaya technician menyusul pula.namun sebentar cuma kerna kerjaya jurugambar tetap dan berpencen mengambil alih untuk tempoh yang agak lama.dalam sedang (ehh,betol ke ayatttt??) berasmara dengan kerjaya jurugambar,mungkin kerjaya JAGA turut menyemak.dah tu pulak,kerjaya waitress nak jugakkkk muncul....

hohohohohohohoh...kerjaya yang pelbagai dalam satu harii. AKU ADA??yess, MEMANG AKU ADA.


demikianlah sorotan perjalanan kerjaya yang bakal berlaku pada 17 november 2011 dalam diari cik nurmalisa.
sekian,terima kasih.
jumpa lagi di lain hari.



*ok,sila sambung balik kerja-kerja bermuka buku anda,kerja-kerja chating bersama buah ati (ehh,tetibaa), kerjaa-kerja menelaah pelajaran.

Friday, November 11, 2011

outstation lagik.


assalamualaikum.

sedANG mencuri masa peribadi untuk mengupdate entri ini.saja mau luah sini.nama pun belog sendiri.bukan blog pak ali.
ehhhhh,apaaa daaaa,macam pantun pulak.

esok outstation lagi.kali ini tak jauh.ke langKAWI jak.tapi,maseh berada di luar kawasan bukan? outstation kali ini tak perlu bawak wedges and heels kau yang 3 inci setengah tu.yang perlu kau bawak ialah sport shoes! oh no.ndak boleh bah aku pakai kasut dulu.kaki ini maseh belom mahu bekerjasama untuk memakai sebarang kasut. LAGI SATU,outstation kali ini ndak perlu bawak baju2 yang cantek n jeans.cukuplah dengan tracksuit dan jaket.

balik dari outstation nanti,misi untuk PINK PANTHER dan MOVE LIKE JAGGER akan diteruskan sehingga hari kemuncak projek.ini percubaan pertama aku.hopefully semuanya berjalan dengan lancar. dua tiga hari ini asyik melaksanaakan misi-misi itu jak sampaikann rakan sekerja tegor nampak muka aku macam kurang rehat.kadang2 time makan pun nampak macam berpikir.dikatakan seperti MEMIKIRKAN SOAL MASA DEPAN lagaknya.

omaigod..MEMANG! memikirkan masa depan yang gilang gemilang.
oklah,stop for now.mata sudah memberi isyarat untuk rehatt.
harus difahami isyarat itu.
good nite all.
LOVE.HUG.

Tuesday, November 8, 2011

My Aidiladha'11


Assalamualaikum.. :)

rasa syukur tahun ini kerna kembali beraya haji bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

raya haji tahun ini juga terasa kelainannya berbanding yang pernah kawe lalui sebelum ini.
KELAINAN yang nyata,memanglah,sahabat baik kawe si ANGELINA JOLIE beraya bersama.

dan 1 lagi KELAINANnya..ehemmm... :p
biasanya pagi aidiladha,lepas solat sunat,kami 1 family akan bergerak terus ke umah mak anjang sebab ada wat kenduri sikit.tp tahun ni kami tak pergi terus lepas solat sunat sebab ada special GUEST datang beraya.okey,kawe terima dengan hati terbuka u olssss..

oklah,dalam sebok-sebok beraya,sempat jugak photoshoot dengan kanak-kanak rebina.
layankan ajelah gambar-gambar kat bawah yer.





buruknyer ruper aku melompat!! nampak sangat berat :p






aidiladha kali ini ai berjubah,u olssss sebab dah kurus.hahaha.ok ok.ai tipu!!
ok la,thanks kepada jurugambar yang semakin mahir mewarnai bidang fotografi.

ma'asalamah.

Monday, November 7, 2011

"baju matured", ko ada??

tiga hari cuti memang CUTII BEBENO la kawe. hurmm,tapi pasal CUTI tu,next time la kawe ceritaaa okey.ni nak cerita pasal sekembalinya kawe dari memanjakan diri petang tadi.

mom: lamak x jumpa ko.
me: hahha,baru jak semalam.
mom: ko pakey baju ya nampak matured.
me: hahh??MATURED???wat u mean mom??hahahahaha
mom: yalaa,bila ko pakai baju ya,ko nampak matured.
me: then,baju-baju yang ku pakai before tuk sik nampak matured??hahaa..macam remajaaa
kah???? :p
mom: maksud mak,nampak macam orang dah bkerja bahhh..
me: oooooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhh (tua gilak kah rupa aku pakey baju tok??)


hurm,baju yang dimaksudkan tu berkaler putih dan bercorak sikit.kawe pun tak tau tang manaaa yang menampakkan kawe matured bile pakai baju tu.kawe pun tak sempat nak bergambarr dengan "baju matured" tu.
yang ado,cuma gambar nerd ni jo.ready nak blah dari otel yang takda LIF dan membuatkan kawe sesat carik tangga nak naikk.
agak bulat du situ kan?hahahaha.ABAIKAN.



after 50minutes,kawe sampaiii la ghumah.maseh de beg lagi,tangkap gambor jap!!

alamakkkkkk,esok KEJOOOO daaa.jum TIDO.
mat malammm.

Saturday, November 5, 2011

cik-cik kesayangan.

gembira hari ini kerna mula bercuti PANJANG. r u sure CUTI PANJANG?? panjangg la kan sebab lebih sehari daripada biasa.

ok,sempena dengan hari raya bakal menjelma, kesempatan ini aku nak ucap salam aidiladha kepada semua yang mengikuti perkembangan blog ini secara langsung dan diam-diam.
perghhhh kasi ucapan ala-ala pemenang anugerah gitu.ko ingat ko artis ke cik lisa???

di hari baik bulan baik ini,sesama kita menginsafi pengorbanan yang telah insan-insan tersayang lakukan kepada kita.

hurmm,teringat pulak saat-saat menyambut malam aidiladha tanpa insan-insan penting (mak bapak) di sisi.first tahun 2007,sekembali aku dari SEBERANG,kebetulan mak saudara kembali ke rahmatullah pada hari yang sama membuatkan mak dan bapak harus segera pulang ke kampung halaman.saat melangkah ke rumah,takbir raya mula bergema.sayu jak rasa hati.dok sengsorang kat rumah di malam raya :(

second; tahun lepas which is my final year kt IPBL.raya aidiladha berjauhan dari mak dan bapak.syukurlah kerna maksu dok kat kuching.tak lah terasa sangat kesayuan itu kerna kesayuan diisi dengan acara-acara makan makanan sedap.

ok,tahun ini kembali berpeluang beraya bersama mak dan bapak.ALHAMDULILLAH...

oh ya! bercakap tentang insan-insankesayangan especially masa kt IPBL dulu memang tak larat korang nak baca entri ni kan sebab mungkin akan berjela-jela.so,cerita satu-persatu dulu.

tu dia,dah konvo dah diaaaa..... let's intro..my bestie kat IPBL. her name is CINDY n kadang-kadang aku panggil ANGELINA JOLIE.banyak perkara dikongsi bersama termasok jejaka-jejaka yang diminati! ehhhhh??? :p



ekceli,aku nak story satu persatu pasal cik-cik kesayangan ku seperti dalam foto di bawah ini,tapi macam MALAS pulak.takut korang muntah baca entri berjela-jela.so,next time aku share pulak pasal yang lain,k.

almost every payday,aku dan ANGELINA JOLIE ni berjoli bersama.hahaha! masa tu,memang tak hengatt dunia u olssss sebab sebok bergosip sebab lama tak ketemuan.

esok,aku nak pegi amik si ANGELINA JOLIE ni bawak balik umah.b4 that,berjoli dulu di Sibu.
kempiskan mana-mana yang patut dikempiskan.

that's all.nak sambung buat kerja SKEMA dulu bak kata encek kama*.supaya esok boleh berjoli dan berjimba dengan penuh riang seperti kanak-kanak rebina.

Tuesday, November 1, 2011

Hai NOVEMBER


malas nk cakap banyak.layankan ajer gambor2 ni.mata mak jemah cam bermasalah jak malam ni.macam ade something yang menghalang pndangan mak jemah ni.alahaiiii..

tengok skrin lappy cam payah.takkan mak jemah rabun?????

Monday, October 31, 2011

bukan LUPA,tapi TAK INGAT.


erm..banyak kejadian peliks berlaku kat cik lisa ari ini.
makin betambah umur,makin betambah jugak penyakit LUPA.
ehemm, bukannya LUPA,tapi TAK INGAT.

ekceli,ari ini ari memerah otak dan memuntahkan ilmu2 yang dipelajari bagi anak2 murid.
memandangkan banyak jugak paper aku diuji hari ini,maka aku memang dah siap2 kemas masok beg malam tdi.

tapi,ntah cemana la pulakkkkk 1 paperrr tertinggal.sib bek aku sedar masa rehat.
alahaiiiii,tepaksa la kayuhhhh balik umahhh.penattt dennn kayuh tau.dalam2 kayuh tu pun jumpa encek-encik n akak polis sedang wat roadblock.sib baik tak tahan aku.cam tauk2 jak aku nak cepat kan.


ok...SETLE masalah kertas exam tertinggal.....



time nak balik tengah ari pulak,sedang syok2 dengar lagu "Price Tag" sambil berkayuh balik,tersedarrr pulakkk 1 fail PENTING tak dibawa balik! alahaiii,tepaksa melanggar undang2 jalan raya sikit (adik-adik,jangan tiru aksi ini) kat trafic light.well,takde tempat nak buat pusingan U.so,TERPAKSA jugak buat gerakan segitiga bermuda di lampu isyarat.. (hurmm,lantak ahh korang paham ke tak maksud SEGITIGA BERMUDA aku tu)


menci tol la ari ni semua benda nak lupa.sib baikk MAKAN tak lupa.
insan bernama NURMALISA takkan pernah lupa untuk makan.

hahahahahaha...............


hurmmm, masalah2 lupa ini mungkin disebabkan oleh menda di bawah
:p


hahaha..SYEGEH!!

senanyerrrr,sekarang sedang bekerja keras sampai beku menanda kertas periksa budak2.
manyakk tol.

cukup merapu. g sambung wat keja CEPATTTTTTTTTTTT!
ok,babaiiii.
assalamualaikum.

Saturday, October 29, 2011

rinduuuu okeyyyyyy?


rindu tau takkk??? perghhhhhh,tajok entri tak boleh blahhhh! yelahhh,aku rindu...
mauuu tak rinduuu nak berbelog mcm dulu.hampir tiap ari update dgn story yg pelbagai.


TAPI


sekarangg tak lagi.
urusan kejar mengejar dateline begitu rancak berlaku.
alahaai,macam wartawan pulak ada DATELINE.
hurm,DOKTOR ada DATELINE tak??
ade kot.DATELINE untuk bedah pesakit.
:)


ok,sekarang sedang berada di HOMETOWN KEDUA.
perasaan sekarang agak gembira sebab esok boleh acara marathon membeli dan membelah.
tapi adakalanya perasaan sekarang berasa GERAM sebab sedang buat kerja.

ok dah dah mencarut pasal kerja.
nak bersuka ria pun hilang mood.

babaiiiii u olsssss!
assalamualaikum.


Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday la sangatt kan.

memanggg entri ini tak tercapai akalku nak kasi cerita panjang2.
layan gambar jaklah orait?
nak crita2 tapi tak mampu sebab trafic jammm kat hotak sekarang ni.
byk btul dateline yang nak kena kejarr.seperti biasa,MAK JEMAH aktifkan camera di mana-mana sajaaa

termasuklah di saat menunggu lampu isyarat bertukar menjadi HIJAU.ko ada??


ok,jum tidoo!

sebelum tu....nak wish VERY HAPPY DIWALI kepada yang menyambutnya

:)


Tuesday, October 18, 2011

Kata Kekunci Hari Ini

wohooooo....... kata kekunci yang telah diakses hari ini.

paling atas - aikkk,sapa tu??? hhahahahaha....lucu tol carik blog "cikgu bla bla bla..."
no 2 - lau taip "amoi seksi",jumpa pulak link blog CHICKYLISA SUKASUKA ni yer.hahahaha...


ok.daa..layan muvi dulu.

Monday, October 17, 2011

Kelar Leher,Perut & Belakang Baby

dengan tertulisnya tajuk entri pun kalian dah boleh agak kan apa isi entri aku mlm ni.
sememangnya aku SEDIH dan SEBAK bila mendengar dan menonon berita sebegini rupa.
memang dunia dah nak akhir zaman.maksiat dan pembunuhan sesama makhluk makin berleluasa.

kepada yang berkenaan diharap akn mndapat hukuman yg setimpal dgn kesilapan yang telah dilakukan.dan sememangnya umum sedia makluman balasan atau hukuman akhirat pasti lebih azab.
SUBHANALLAH...

ni aku amek sket komen2 umum tentang kes ini.
baby yg baru lahir kurang dari 24 jam.means bila ditolak ditambah didarab, baby ni pasti telah berada dalam kandungan ibu sejak bln january atau february lepas. awal-awal taun semester persekolahan lagi dah kau bikin maksiat ye dik?? tak ingat mak ayah ke dik??tak ingat cikgu?? yang penting, tak ingat Tuhan ke dik? umo baru 16 tahun je dik oi...

apa2 pun,kes-kes spt ini boleh dijadikan iktibar buat adik-adik yang masih berpakaian seragam sekolah di luar sana.jangan ingat SERONOK dan SEDAP je dik,ingat la AKIBAT dek keseronokan u ols tu dik.

ok.dahla yer u ols.mak jemah ni berceramah pulak 2 mlm ni ha.
kasi peringat sendiri jugak ler kan kan??
mintak dijauhkan lah semua tu.

Sunday, October 16, 2011

kegigihan,kelaparan,keMANTOLan.

TUMPANG LALU JAP.....




buat masa ini,KEGIGIHAN dalam kadar yang tinggi amat diperlukan demi melunaskan urusan-urusan kerajaan yang dituntut setiap akhir semester.
oh ya?? panjangnya mukadimah. yess,ai perlu GIGIH membina soalan-soalan untuk anak-anak bangsa yang dahagakan ilmu (perghhh,ayat tak tahan langsung).

pembinaan soalan-soalan menggunakan batu marmar,kayu yang bernilai tinggi,tidak dilupa pelan yang mantap.

dalam KEGIGIHAN yang sedang diproses oleh aliran darah-darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan,entah kenapa,otak menghantar maklumat bahwa KELAPARAN sedang menjerit-jerit!!

memanggg patut pun.sebentar tadi hanya menjamah sedikit rezeki perut di ruang makan.oleh itu,gambar di bawah sebagai peneman di kala KEGIGIHAN dan KELAPARAN sedang berkahwin.EHHHH??eh jom sambong kerja.jangan sampai KEMANTOLAN tiba.kelak idea musnah.

Van Jenazah Hadiah Buat Pesalah Yang Melakukn Maksiat

Subhanallah...
Maksiat makin menjadi-jadi sejak 2 menjak ini.tak kira tua,muda,yang dah jadi datuk kepada cucu yang berlonggok-longgok pun terlibat dengan MAKSIAT.

baru disiarkan dalam berita sebentar tadi, 8 pasangan yang terdiri daripada pelajar2 IPT dan jugak warga asing ditangkap khalwat kerna melakukan maksiat di HOTEL BAJET.

pelajar2 IPT ni lah makin selalu terlibat dengan menda2 yang tak elok ni.SEDIH aku dengar. kita sebagai warga muda seharusnya menghindari menda2 yang boleh mendatangkan binasa kepada diri dan USAH DILUPA,nama baik keluarga terutamanya IBU BAPA.

boleh kau bayangkan bila MAK dan BAPAK kau terima panggilan dari pihak JAIS bagitau yang kau baru dicekup di hotel sebab berdua-duaan dengan keadaan yang mencurigakan??tak ke patah hati diorang??

aku bukan lah nak kata aku baik sangat kan,tipu lah kalau aku kata aku ni sempurna sangat,cuma aku nak ajak u olss sama2 beringat yang kita ni bukannya hidup selama-lamanya kat dunia ini.Tuhan boleh cabut nyawa kita bila-bila ye dik non....

aku setuju dengan cara diorg bagi kaunseling kat 8 pasangan ni tadi.letak keranda jenazah kat depan diorang untuk dijadikan objek kaunseling haa.biaqq bagi peringat sikit dengan kematian.

ok,mak jemah nak sambung wat keja.
sory lah kata2 mak jemah malam ni agak pedas sikit.
-assalamualaikum-


Saturday, October 15, 2011

Wajah Baharu


opsss,sory nak menyemakkk jap.




hurm,nampak tak??nampakk tak menda baharu?
hahah,mlm ni ai terlebih hormon RAJIN nak pegi mekap kan encek belog.saje nak buang masa yang BANYAK SANGAT FREE.

ko ada MASA FREE YANG BANYAK??takda kan.ai sorang jer ader.
ok ai tipu.MASA FREE AI tak BANYAK.

usah merepek lagi.
jum,tido.nak mimpi REMY ISHAK lagi.


Friday, October 14, 2011

Berkongsi Perasaan


perasaan yang indah harus dikongsi dengan yang berkenaan walau sedetik cuma.
walau sesaat saja perasaan aneh mengalir bersama darah-darah beroksigen ke seluruh badan,kau harus terima dengan REDHA.



siapa kita untuk menidakkan rasa yang indah walaupun aneh itu kerna semuanya sudah tertulis untuk kita.

bukan selalu kan rasa indah itu hadir?? mungkin hanya sekelip mata kau berkelip,perasaan itu akan berlalu pergi. jadi, apa kau tunggu lagi?



NIKMATILAH dengan penuh kegembiraan :p


perasaan untuk dua hati itu membuatkan detak jantung yang mengalirkan darah-darah beroksigen ini makin laju.

ok.dah.cukup melalut.

-assalamualaikum-

Thursday, October 13, 2011

u olss perasan x?

assalamualaikum..

perasan tak entri2 ai agak berkurangan since jun till now. bila aku kira-kira tambah,tolak,darab,bahagi dengan peratus,mod,median dan purata, transformasi (cewahhh,ayat tak tahan) ini berlaku sejak jawatan2 ku d tempat kerja sudah berubah. that's mean,sejak memegang jawatan2 yang boleh tahan berat berkilo-kilo itu,aku makin kurang menambah entry di encek belog.

hurmm,bukannya apa,aku memang ada singgah di encek belog setiap hari,tapi lantaran tugas-tugas lain yang lebih penting,aku dahulukan mana yang penting lerrr kan?? ye tak?
apa guna kerajaan BAGI BONUS kalau prestasi kerja HAMPEH?
ehhh,melalut! cepat kembali ke pangkal jalan.

sekarang memang sedang berlumba-lumba untuk menyiapkan soklan2 periksa.keja CIKGU sekarang tak setengah hari lagi ye adik2. kalau boleh,keja cikgu memang 24 hours.sebab adakalanya terpaksa ye menunggu hingga jam 2 3 pagi untuk "berada di atas garisan" (online) sbb nk kejar line intenet yang laju untuk key in markah,key in data or watever yang berkaitan.

so,jangan la pot pet sana-sini kata GURU adalah anak emas kerajaan sebab BAJET 2012 lebih2kan guru. HELLO.... kita semua dapat hak yang sama.apa lah yang nak direbutkan dengan nikmat dunia,semuanya milik Allah.
bersyukurlah dengan apa yang ada (insaf sket mlm ni)


dah dah dahh...banyak pulak melalut kat sini.kang ada pulak yang pegi serang aku.lantak ahh,belog aku kan.

nak sambung kerja membina soalan menggunakan batu marmar mahal.

SORRY,nak menyelit kejap :p

Friday, October 7, 2011

hobi lama yang tak dibuat.

bila duduk sorang2 begini,begitu mudah untuk terkenangkan sesuatu sperti sesuatu yg manis (eceeehhh), yang sedeh, yang ganas, yang PELIK.aku teringatkan 1 hobi ku yang dh lama aku tak buat.


hurmm,dulu zaman2 masih belajar;b4 tdo mlm,aku WAJIB dengar lagu; tak kisah la guna mp3 player or hp.bila dengar lagu,rasa seronok sangat sebab boleh berangan diri sndiri sedang menyanyikan lagu kegemaran di pentas TAZA (audotarium kt ipg batu lintang). tak kisah la lagu apa,aku layannn jak.

sampaikan penah 1 masa tu,hp aku rosak,so,pnjam hp encek ayah yang tkde mp3.huhuhuhuh...so,cara aku nk atasi mslh nk dgr lagu b4 tido ialah dgn memasang lagu pd laptop smpi pagi.tp aku kecikkan volume la takut cik rumet takleh tdo.means kedudukan laptop tu memang DEKATTT sangat dgn telinga aku.bahaya sungguhh!

TAPI



sejak dah bergelar sebagai PEKERJA KERAJAAN ni,hobi itu dah tak ku amalkan lagi. why???
sebab kadang2 TERTIDO di kusyen tanpa sengaja,kadang2 tido terusssss tanpa ada perasaan untuk mendengar lagu sebab mengantuk sangat.


so,sekarang tetiba pulak aku berperasaan untuk mengembalikan hobi itu.TAPI, the prob is, aku mmg dah jarang nk update lagu dlm hp. dan jugak,aku mmg tak boleh nak salu dgr lagu kt hp sbb skrg guna BB.salu on9 fesbuk.so,bateri mudah low.


JADI


aku tengah berpikir-pikir untuk membeli sesutu bagi melunaskan keinginan terhadap hobi lama ku ini (ayat apa aku pakai ni??).
aku rasa nk beli menda alah ni.



yang kt bawah ni lagi best.touch screen gitu.ala2 hp pulak.

hurm..simpan angan2 dulu sampai bulan 11.hahaha...bln 11 boleh senyum LEBAR.
bulan 12 pun sama..
Alhamdulillah... :)

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt