Iklan ini

Friday, December 14, 2012

Marathon punya story

Assalamualaikum.....
I know it's been quite awhile since my last update.terlalu banyak perkara berlaku within these two weeks. rasa itu memang ada nak menaip entri,tapi khayalan yang banyak. eh??? merapuuuuuu.

okey, okey.rasanya ini first entry untuk december 2012 aite?? tak sangka dohhhh,dah bulan 12 ghupernyerr.ingatkan baru masuk bulan 11 and ada sebulan lagi cutiiii panjangggggggggggggggggggggggggggggg. 
sudahh cukup cukup sudahhhhh lah kau Lisa Selanie. usah bermimpi di tengah hari yang panas retak ini. cuti panjang tinggal 2 minggu lagi! be ready dengan mental fizikal dan EMOSI yang kuat untuk berperang..eh silap. berjuanggggg dengan tentera-tentera kecikkk yang bakal ucap "Selamat Sejahteraaaaaaaaa cicerrrr".

okey,nak tau sebab ape tak update blog? haaa,meh sini aku bagitau. entri lepas aku dah story kan yang aku akan bercuti di luar bumi kenyalang. yeahh.memang betul-betul outstationnn mak kaww. 1 minggu straight! balik dari seberang laut china selatan,busy pulak dengan acara kawen-kawen. da tu pulak, encek demam menyerangggg. 4 harii okayy.. 4 hariiiii.dan hari inii pulaakkkk, tetiba lak tergerak hati nak upddate.

aku tau,takde orang rindu aku kann? kann kan???? hahahah.lantak uols lah.tak luak pun gaji aku kalau uols x rindu i.. :p 
ok,besokkkk ke outstation lagi sebab acara kawen lagiii.minggu depan pun nak ngadap acara yang sama... hurmmm, bulan disember ni kan, akku dah rasa macam atlet yang lari berganti-ganti untuk acara kawen marathon. ko hader???

ok lah, sebelum aku nak p kemas-kemas beg, nah...layan dulu gamborrrrr cuti-cuti cinta pelangi senja versi 2012.hahahaha..

hari dan malam pertama di melaka. hurmm,ini dah kali ketiga ke melaka.

 artis artissss...

 aku suka gambor ni.macam ada sentimental value pulokkkks. iklan permainan tradisional gitewww.

 yang ini iklan Safi Balqis Perfect 10 untuk Safee Sali. okey,weols bersiar-siar dengan bintang bola sepak hokayyy.percayaaalahhhhhhhhhhhhhhhh.

penat dah seharian bersiar-siar dengan bintang-bintang.
ok.tengok papan tanda,dah boleh agak kan ai kat mana... :)

 cinta teh strawberry.auwww.


ok,dah cukup.nanti2 kita cerita lagi okey :)

ok,baiiiii uols.

Saturday, November 24, 2012

Kerja Keras,Cuti Puas.Hati Karas.

Assalamualaikum.

entri ini bukan sambungan entri lepas. sebab ini entri nak cepat,ringkas dan pantas..

hari ini berakhir tugas berjaga-jaga di sekolah. bila tugas berjaga-jaga di sekolah tamat, makaaaaaa honeymoon pun bermulaa lah. la la la laaaa... 

aku rasa minggu ini,kehidupan aku memang berada di jalanan. asik berada di atas jalan jak.di samping tugas utama,tugas sampingan aku sebok jugak nak rembat. well,sapa tak mau duit kan. rembat jak selagi termampu.

besok pagi sudah ke luar kawasan. hometown keduak! miaw miawww miaw.. 
lusa pagi sudah ke luar bumi kenyalang. arghhh! ndak sabarrr rasanya. mau bebaskan diri dari cerita kerjaaa buat seketika, sebab sepanjang 2 minggu cuti,rasanya aku maseh berlegar-legar lagi di lokasi kerjaya untuk selesaikan mana yang lobang sana-sini. ermm,setakat hari ini, alhamdulillah... moga-moga yang berkenaan puas hati.

kejap tadi baru lepas balik dari kenduri cukur jambul n doa selamat anak sedara berkhatan. kenyaangg gilakkkk.kalau diikut mata ini,mau saja pejam dan terus terdampar depan laptop ini.tak senonoh betul ghuperrr anak dara ini.

okey-okey,memandangkan kiter da nak bercuti,kasi uols tengok gambar berpakaian kerja dulu ya!


ok baiiiiiiiiiiii....

Tuesday, November 20, 2012

Malas la kot.

Assalamualaikum.

Hai hai hai bonzaii.

malas betul nak update entry.tapi entah nape tertaip pulak entry INI. hahahaha. 

layan gambar dulu okey.



ini kira warm-up lah. lain kali,sambung cerita pasal gambar-gambar ini.

nak tido awal.pagi esok harus bergerak ke sibu untuk ambik barang customersss dan kemudian berpeleseran kejap dengan clasmates yang sedang bercuti dan kemudiann kembali ke sekolahh pada tengah harinya. besok shift petang.

ok baiiiii.

Friday, November 16, 2012

No POINT

Salam alaik'

Salam 2 Muharam....

jika BAIK, akan mudah dibuli
jika KEJAM, akan dibenci
jika MALAS, akan dicaci
jika SIMPATI, akan ditindas.
jika RAJIN, akan didengki.

jadi,mana kau mau?


ya, aku pendamkan saja yang aku rasa sekarang. walaupun sedih,perit,geram,parahhh rasa di lulu hati.
biar Tuhan saja yang tahu. Rindu teman rapat itu untuk meluah segala yang terbuku di segenap ruang jiwa.

BAIK KEJAM MALAS SIMPATI RAJIN.

Ya Tuhan, terima kasih atas DINDING KESABARAN yang tinggi ini Kau kurniakan buat aku.

thank you for reading.
Assalamualaikum... tak jawab dosa.kalau jawab;SAYANG.. :)


Cerita Pagi Jumaat Yang Indah Permai (tangan di bahu,mata ke atas)

Assalamualaikum.

panjangnya tajuk entri kan. hoooo yeah! aku di mana di mana di mana di mana??? sepatutnya berada di sekolah untuk BERJAGA . sekarang masih di rumah lagii adoiiinyerr pon.

pagi-pagi semangattt (KONON) bangun lepas tidur balik awal pagii. (ayat apakah ini??) lepas bagi makan kat Chicky, siap tukar-tukar tempat berak dia, then aku breakfast berat pagi ini konon untuk tenaga sepanjang hari di sekolah. 

aku siap dah prepare bekal nasik goreng+ikan masin+telur masin+sambal belacan+rambutann untuk ke sekolah. wahhhhh! meriahh gitu. nak BERJAGA ke nak BERKELAHH?? tapi boleh jer kalau nak BERKELAHHH sambil MEMANCING kat sungai tepi sekolah. ok ok...dah mula melalut. terus ke cerita sebenar!

sedang aku bersemangat kira anak tangga untuk ke bilik konon nak mandi,tetiba hapek ku berbunyik. tengok nama kuar kat skrin, "GB". opsss.. cepat tukar suaraaaa macam orang dah ready nak keluar.hahahaha!

aku:     Helo gb.
gb:       helo nur.kitak jaga ari tok?
aku:     aok gb.
gb:       kitak jaga petang ok.kamek jaga pagi.boleh?kitak ada program waktu petang kah?
aku:     ada gb.kamek nak dating.lamak xtemu dengan buah hati kamek (hahaha..berani ko cakap camni?  
            padahal dalam hati jerkkkkkk. yang sebenarnya aku jawab "ok gb.kol berapa petang kelak?)
gb:       pkul 2 gia lah.
aku:     ok bos.berita paham.roger n out!! (hahahahaha,,boleh??)

separuh perasaan rasa gembira sebab BERJAGA separuh hari.separuh perasaan rasa geram n kecewa sebab dah semangat prepare nasik goreng untuk bawak bekal.hohohohoh...

takpe takperlahhh..tak kesah ponnnnn. pagi ke petang,sama jak. yang penting bukan MALAM!

oklah,nak sambung MANDI! ehhhh?? hahahahaha.. nak merayau kejap ke Sibu.

tataaaatiiitiiiitutuuuuuu..
 



Thursday, November 15, 2012

KELIRU

Assalamualaikum

Salam 1 Muharam 1434H

hari ini hari keempat cuti tak termasuk sabtu ahad hokay. tapi baru 2 hari merasakan nikmat cuti itu kerna bersonang-lenang di rumah sambil makan-makan,baca-baca,main-main,masak-masak.. eh, banyaknya kat ganda??

hari ini tamat untuk nikmat cuti itu untuk sementara sebab besok dah BERJAGA di sekolah. untuk ganti jak. ganti-ganti pun kena buat betul-betul jugak aite? hohhhh. harap besok adalah hari indah!! minggu depan memang turn aku untuk BERJAGA jadi JAGA di sekolah. ko hado?? takdo kan?

ahhh tanak ah citer pasal minggu depan yang HANGAT! minggu depan depan lagi HANGATT sebab nak ke seberang. weeeeee. tak sabor tak sabor tak saborrrrr. cite pasal HANGAT HANGAT ni, minggu depan depan nak pergi ke tempat SEJUK. hahaha!

nak pi bercuti dengan kengkawan kat tempat SEJUK.YEAYYY! sekarang sedang ligat mencari hotel/resort yang sesuai kat Cameron.hihihihih...dah 3 hari dok belek-belek tenet untuk survey lokasi mana nak duduk. dok Tanah Rata ke dok Brinchang? 

*anyone yang penah ke cameron leh suggest takk mane yang more better? hohohoh.... risauuuu ni hotel tak book lagi.tarikh vacation dah nak dekat! 

tq for reading.
HEART! :)

Monday, November 5, 2012

KEJADIAN TAK DIDUGA

Assalamualaikum.

hari ini memang sungguh aku tidak bisa melupakan. eh! tatabahasa dah tunggang terbalik.
panik punya pasal terbawak-bawak sampai ke malam.

Siang tadi pegi Sibu amik puan ibu yang berkursus start jumaat lepas. kebetulan pulak hujan.perasaan waktu pagi masa nak bangun tido memang liat sebab seronok main-main sembunyi dalam selimut.haha!

dipendekkan cerita . masa balik dari sibu,kereta memang banyak.so,aku bawak slow sebab jalan licin lepas hujan. lagipun bawak keta puan ibu, paling laju aku mampu bawak ialah 100km/j.oleh sebab kereta itu besar,dan kami hanya berdua,jadi sememangnya agak kurang best bawak kereta besar dengan speed yang tinggi. tambahan pulak cuaca tak mengizinkan.

selepas beberapa minit lalu simpang nak ke lokasi kerjaya aku, tiba-tiba kereta-kereta (aku rasa ada dalam 3 buah kereta) depan aku stop tetiba.nasib jarak aku dengan kereta depan agak jauh.jadi aku panic bila keta depan stop dan aku buat emergency brake. puan ibu memang dah bising jerit-jerit nama akuuu sebab masa aku tekak pedal brek,kereta kami memang dah rasa ke kiri ke kenan sebab jalan licin. dalam otak aku sempat berfikir "aduhhh.habesss habesssssss dahhh kali ni!!!". dan bila kereta berhenti,aku sempat tengok keta belakang aku (aku tak pasti keta apa,yang pasti HONDA) yang sememangnya ikut rapat di belakang aku sejak lepas tol sibu hampir nak langgar keta kami. fuhhhh.naseb dia sempat elakkk ke kanan dan tetiba keta belakang dia (SAGA) langgar dari belakang! papppppp. hah sudahhhh! aku yang memang dah stop (kereta aku dah kat tengah-tengah jalan), PANICCC! tak tau aku nak buat apa.puan ibu terus keluar tengok keta kami camana.syukur memang langsung tak ada apa-apa..

tapi dua buah kereta kat belakang memang berlanggarlah.keta HONDA ke belah kanan hampir masuk parit.bahagian belakangnya teruk dan plat nombor pecah. pemandunya pulak ada luka sikit di kepala.kesian dia! huhuhu.. tapi dia cool. dia siap tanya aku n mak aku ok kah tak. rupanya dia polis dan orang sabah yang bertugas di ipd sibu! oh emmm. dia kata cedera tu mungkin sebab kena hentak kuat dari belakangg.

yang pemandu saga pulak laki cina.dia macam salahkan aku pulak sebab buat emergency brek.mana aku tak buat emergency brake, lau tak...keta aku langgar 3 buah keta kat depan.teruk ah depan keta SAGA tu. tengok gambar kat bawah. keta HONDA aku tak senmpat nak amek dari jarak dekat sebab panic.

keta-keta depan aku tetiba stop sebab ada HILUX parking kat tepi jalan.pemandunya beli durian.aduhhhhh.dah la kat situ selekoh tajamm! 

masa tunggu polis sampai,aku memang panic gila! nasib aku bukan seorang diri.lau tak,aku pun tak tau nak buat apa dah.boleh nangis dibuatnya sebab aku rasa bersalah buat emergency brake yang menyebabkan kereta2 kat belakang berlanggar!! hmm,tapi kereta HONDA tu memang berjarak dekat dengan aku senanya.nasibb dia boleh elak dari langgar keta aku. bila polis sampai,mintak lesen aku, apa lagi makin nebes. syukurlah polis kata aku tak bersalah sebab aku di depan n keta aku tak apa2. dia suruh aku balik. masa balik,aku tanak drive. puan ibu pulak yang drive.

fuhhh.memang pengalaman jugak lah kejadian itu.boleh jadi pengajaran agar tak ikut terlalu rapat kereta di hadapan.

oklah,esok nak sekolah.jum tido.babaiii.

Thursday, November 1, 2012

PASRAH

Assalamualaikum.

aku pasrah jika aku kehilangannya.
bagaimana untuk aku meluah rasa tika ini kerna aku sendiri tidak bisa merungkai rasa yang bergema di segenap jiwa.

aku merasa telah kehilangan.kau pergi kerna salahku yang mungkin jarang meluang masa buat kau. sejujurnya,aku tak bisa bangun pagi tanpa dengar suara kau yang manja menagih perhatian aku.

Ya Allah,kuatkan aku.ini kali memang terasa kehilangan kerna aku baru hendak mula sayangkan haiwan ini!!!
CHICKY a.k.a anak kucing yang aku jumpa di tengah jalan
:(

Wednesday, October 31, 2012

Need to be busy

hari besok sudah NOVEMBER!
that's mean holiday is coming.....oh yeahh baby,come to mama,come to mama...

sebelum hendak bersukaria-riang-gembira, kita mesti langsaikannnn semuaaaaaa tugas-menugas di lokasi kerja. 
YESS.2 minggu terakhir within this week & next week memang hari sibuk. bukan untuk menyibuk,tapi memang sibuk. 

minggu ini minggu exam.time begini ada ruang sikit masa free yang agak banyak.tapi bukan free sangat hokay sebab masa free itu untuk kemas itu ini menjelang hari-hari kemuncak kegemilangan minggu hadapan.
masa jaga exam pulak,mata akan jadi layu macam ikan puyu sebab tak tau nak buat apa. nak tanda kertas,kertas ambo dah siap tanda isnin lepas.heheheehe...ada orang jelesss u olsssss. nak wat guano.dah subjek ambo subjek pertama setiap kali exam.nassssebbblahh...

minggu depan memang minggu kemuncak.tiga hari berturut-turut acara marathon:-
Selasa - Ceramah Polis & Bomba
Rabu - Sukan sepanjang zaman.Eh,,bukan...sUKAN sepanjang hari.
Khamis - Hari Kecemerlangan (megahnya bunyi.padahal penyampaian sijil & hadiah) hahahahaha!

Jumaat - penghulu segala hari (*_*)


* * *

sekarang sedang bersabar sedari jam 9 tadi untuk key in sppbs. apa punya sistem lah.macam siput sedut. ambo siap boleh download banyak2 lagu sambil jenuh tunggu line ok. baru sempat untuk 6 orang budak. naseb baik budak 120 ORANG JERRRRR!  ehehe ... 12 orang tahun dua, 14 orang tahun 1.

cikgu...cikgu...bertabahlah.....

*YEAYYY...November is coming...... mmuuahh muuahhhh

Tuesday, October 23, 2012

I may....

Salam alaik'

I may fall down but that's not FAILURE.


rasa ini agak perit untuk ditelan dan dikunyah. ya,begitu perit. makan dalam saja.itu yang pasti buat tika ini.

Lot Of Love
-Nur-

Monday, October 22, 2012

Lagu Terima Kasih Cikgu versi melodi Terima Kasih Cinta

Tersedar di dalam jagaku
Sesaat melangkah pergi
Cahaya ilmumu menyuluhku
Menerangi ke cakerawalaku.....

Terima kasih cikgu,atas segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Takkan berulang lagi
Semua...kesalahanku yang pernah menyakitimu..

Tanpamu tiada bererti..
kehidupan aku kini
Cahaya ilmu menyuluhku
Menerangi ke cakerawalaku...

Terima kasih cikgu,atas segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Takkan berulang lagi
Semua...kesalahanku......kesalahanku yang pernah menyakitimu..




* * *

rasanya boleh dak budak-budak bawak lagu niii?? penat jekkk aku reka tak sampai setengah jamm. ko jangannnn.

ok.keja siap.jum bermimpi.

Tentang Rasa Berojak Part 2

Assalamualaikum.

malam tadi tak sempat nak tunai janji (erkk,bukan janji lah sangat kan) nak sambung cerita.

hurm, sekarang memang sedang huru-hura dalam perasaan. macam-macam. berdetak-detik.. perghh. tu diaa. kata ganda pelbagai jenis dah keluar. makin nak cuti,makin berkejaran dengan tugas pulak rasa.

1) minggu depan exam.soklan in process.cepatlahhh exam,sebab nak baca novel supaya tak ngantok jaga budak.

2) PBS yang masih belum habis key in. dengan line internet yang ntah apa-apa,memang bikin panas.bukak menda lain,ok pulak.

3) persembahan hari penyampaian sijil belum setle lagi.tahun lepas,time-time cenggini aku dah ready dengan "move like jagger" we ols! sempat kan buattt,tak perlu bantuan sapa-sapa pon.gagahhh jak. tapi tahun ni,macam tak larat nak kejar dah. sekarang ni pun tengah dok pikir persembahan apa untuk budak tahun 6 tuuu.

 4) haisshh,tak saborrrnya tunggu bulan november.ehehehe.

5) nak apa lagi?????? nak pelempang?? meh sini aku bagiii. (wahhh.main kasar nampak)

* * *

mana ideaaa,cepat la datang weeyyy....kalu ssekarang dibagi peluang main game carik perkataan tersembunyi,kompommmm tak boleh punyaaa sebab tengah serabut. 

ok.jum sambung carik idea!

Sunday, October 21, 2012

Tentang Rasa Berojak Part 1

Salam alaik'

Semalam berangan nak update entri.tapi hampeh sebab aku memang peng awal.tambahan pulak macam-macam penyakit pulak datang melawat.dengan migrain tak sudah-sudah & sakit tulang belakang.

sudah cukup cukup sudahh sampai di sini saja lah encek migrain.tak larat dah.tak larattttt... (tangan di mulut,mata ke atas)

mana tak migrain,pagi semalam mengerah tenaga sehabis-habisnya di lokasi kerjaya sebab tak cukup staff.staff ramai yang kuar berkursus.hurmm,ekceli semalam ada kem pengakap.kebetulan pulak hujan. budak-budak tahun 1 & 2 pulak sibuk main hujan. boss besar belum sampai.geram betul.sanggup harungi ujan sambil bawak senjata (rotann jekkk) semata-mata nak buat ugutan ganas. 

opssss.mata dah tak larat.sambung cerita esok yer!

selamat malam :)


Thursday, October 18, 2012

November November

Ouchhhh...
ndak sabar menunggu kedatangan NOVEMBER yang dirindui!

makin nak ujung OKTOBER,makin sesak rasa detak-detik perasaan.
banyak pulak minit-minit terakhir punya kerja.EH! macam main bola jak yang punya minit-minit terakhir.

apa macam dengan minit-minit terakhir ini?yaa,aku memang manusia minit-minit terakhir.
tapi,bila urusan rasmi punya minit-minit terakhir,aku memang ndak suka.rasa mau bagi pelempang jak.
haiiiyaaa.ganasnya bahasa malam ini.mungkin mewakili perasaan yang ingin mengganas sejak akhir-akhir ini.
rasa mau dipelempang saja yang itu.bikin rosak mata.

minggu ini memang minggu traffic jam.tiap petang punya rencana di luar rumah. ohhh,berjauhan dulu buat seketika dengan tilam dan bantal untuk waktu petang dan hanya kembali pada waktu malam.bahasa apa yang diguna ini? ndak taulah.aku taip saja apa terlintas atau terseberang di pikiran.

bisokk aku punya tugas luar bidang di lokasi kerjaya.anak-anak ada KEM.ohhh,aku suka kerja luar kerna aku bukan seorang puteri lilin.kerja luar yang bisa ketawa-ketawa dengan suara yang lunak,melompat dengan girang sambil merakam memori-memori untuk masa depan.ok,cukup cerita itu.mungkin ada keluangan malam bisok aku akan karang lagi cerita merapu.


lama sudah tidak menggila di depan webcam.hari ini memang gila.ok.cukup untuk gila.kau jangan gila ya?

slmt malam sayang :p

Sunday, October 14, 2012

Are u okey?

"Am i gonna be okay?" I'm not sure either. Just walk through it and you'll know.
 
good nite,dear.
 
 

KOPI ALISA


perghhhhh... 
macam sedap! aku memang penggemarr KOPI.
kopi memang pemberi tenaga sepanjang hari.
wahh,macam promoter jak.

jum,dapatkan KOPI ALISA dengan segeraaa...

*senanyerrr tak tau nak post apa.tetiba teringat kopi. terus cerita tentang kopi :p

Wednesday, October 10, 2012

rinduuu

cik lisa datang lagiiiiiiiiiiiii....
macam rajin nak update entri lagi malam ini. nawaitu malam ni mulia boleh tahan sebab nak key-in SPPBS. 
bukak-bukak jak sistem...dapat notis bagitau pasal last key-in SPPBS ialah 20/11/12/ wowowooo.. 
aku baru key-in separuh jalan..separuh eh?? agak-agak la. boleh tahan simpang siur bukit bukau nak sampai hujung jalan . ok..mestiiii siapkannn b4 cutiiiii....dan bercutimadu. eh??????

ok.cukup cukup sudahhh.nak cerita pasal RINDU. ewah-ewah.JIWANG KARAT NAMPAK!
LOOK,bila aku sebut pasal rindu,mula pikir nak jiwang. weiiii. rindu pun subjektif rite???

tadi berkomen-komen dengan klasmet kat IPBL.alaaa,RINDUUU PULAKKK......
ujong tahun ni pasti ketemu sama mereka di majlis-majlis resepsiii they olssss.
mungkin tak semua,tapi at leastttt JUMPA.

DAH,LAYAN GAMBAR UNTUK LEPAS RINDU.

Tuesday, October 9, 2012

kurus usus = kurusus

fuyoooooooooooo..rasanya lama dah berbelog-belog ni! 
tetiba pulak malam ini hati kuat nak singgah kat sini. bila dah singgah,jari pulak gatal nak menaip entri baru.
baru lah sangat kan.ekceli, BANYAKK GILAA menda nak story-mory kat sini. tapi, macam tak menyempat jak nak menaip malam ni.

maybe NEXT TIME.

sekarang dah tiba bulan-bulan akhir bekerja untuk tahun 2012.bunyi macam best kan kan kannn sebab cuti nak dekat. wow wowww..CUTI! bila cuti datang, aku memang betul-betul bercuti hokay.

TAPI,

bila dah tiba bulan-bulan akhir untuk tahun 2012, macam-macam perlu SIAP. bila tak siap,KO SIAP! hahahaha.. sekarang asek pergi KURUSUS jak. well, macam tak tau kan, bidang pendidikan ni memang tak penah lekang dari transformasi itu ini. so, aku dan kengkawan ni harus pi sana,pi sini berkurusus untuk belajar menda baru,then senang lah nak ngajor budak-budak nanti. 

pi kurusus memang best,sebab boleh bangun dan turun lewat dari umah (*uiii,pemalasnyaa), dapat jumpa kawan lama n kawan baru. tapi kan, yang tak  bestnya, budak-budak kena tinggal kat sekolah ketinggalan pelajaran yang agak boleh tahan jugak. walau tak lama aku pi kursus,but for me sayang jugak beberapa jam yang ditinggalkan. byk p&p boleh setle.


hohohoh.dahla! nak sambung keja.
ok,babaii...


Thursday, September 27, 2012

Kes Biar Betul

ASSALAMUALAIKUM..
salam bulan kesibukan. EHHH?

lama tak update sini. winduuuuu tak..winduuu takkkk??? mintak pelempang betul soalan. 

okey,nak teruskan cerita. memang nak update sebab kes hari ini kat lokasi kerja,.

hari ini,budak2 tahun 1 okey aja.tidak bikin saya naik darah.ehehehehe..awal-awal masok kelas saya dah buat jelingan tajam.jadi,mereka tidak berani nak buat hal.lagipun cuaca di luar agak mendung.mungkin itu faktor perangai mereka elok hari ini.

 

 macam biasa,saya akan bagi mereka latihan menulis...dah siap menulis,warnakan gambar.sambil2 tu,saya berjalan konon2 nak tolong kalau ada they ols ada prob.sambil2 itu,kemas2 kertas dan fail di rak blakang.
SUASANA memang dalam keadaan senyap.jarum jatuh ke lantai pun boleh dengar (menipuuu betull) hahahaha....tapi I LOVEE u lahh my dear kids sebab tak menaikkan darah mummy hari ni! tapi muka saya menten kasi budak2 ni kaw-kaw garang.tak mok senyum.ego betul.haahahaha~

 sedang saya nak angkat fail untuk dibagi kat budak2 ni, tetiba ada benda melompatttt ke shawl saya! OMG.............punyalah jerit saya! budak2 tekejutt n terus pegi dekat sayaaa..
"cikguuu..cikguu..kenapaaa ciikguuu?" ..bibir-bibir si kecil2 itu bertanya.
"ada cicak lompat kat tudung cikgu.terkejut cikgu.nasib tak masok ke dalam baju"... hahhahahaha..jatuh terus EGO!
"mana cikguuuu????" diorang (3 budak laki) teruss sibuk mencari cicak tersebut.konon nak selamatkan cikguuu they ols drpd pengsan! hahahahaha

dapat tangkap! nama pun budak laki kan??bukannya takut dengan binatang2 macam gini. ishh.saya bukan takut.saya cuma geli hokayyy! euuuwwwww.

 comel lah diorang ni! gelabahhh semacam bila dengar cikguuu tetiba menjerit kat blakang.hahahah...
sebagai balasan,saya lepaskan mereka untuk keluar rehat awal hari ni.biasanya,hari RABU,kelas sayalah paling lambat kluar rehat..

THANKS SAYANG2 cikgu yang comel!
cikguuu sayanggg u olssss...


Sunday, September 9, 2012

AHAD-SUNDAY

September DAH!! dan today is SUNDAY! ouchhhhhh.

sememangnya pelbagai perasaan akan muncul bila hari AHAD berkunjung tiba.
pelbagai juga kerja nak disiapkan pada hari AHAD. 
-ANEH!!-

1) rph DONE.
2) laminate label aset
3) check kewpa 2
4) iron pakaian
5) download lagu best
6) lipat pakaian
7) kemas bilit tido!


banyak2 keja, no 1 jerrrrr yang berkaitan dgn P&P. untunglahhh jadi cik** kan? 1 jak tugasss. opssss... 2 & 3 memang tugas smpingan di sekolah. "bahagianya" bermain-main dengan label aset,borang-borang kewpa (tangan di bahu mata ke atas)

heran jugak dengan dirik sendiri,nak tunggu hari AHAD baru nak buat banyak2 kerja sekali.hooooohhhh.

dah dah dahhh...nak basuh baju! naseb x dok hostel lagi kan.kalau x,kena tunggu turn nak g basuh baju n yang paling penting, kena simpan SYILING banyak2....

tadaaaaaaaaaaaa....

Tuesday, August 14, 2012

Yeayy DAPAT DUIT RAYA

sekarang dah masok fasa-fasa terakhir Ramadhan.
SERIUS,aku rasa masih belum cukup sempurna dengan amalan-amalan sepanjang bulan ini.
semoga amalan-amalan ku diterima.


Ya Allah,semoga kami berpeluang untuk ditemukan dengan Ramadhan yang akan datang.
JADI,maka jadilah ia, insyaAllah..

hari ini,DUA perkara telah berlaku terhadap 2 teman aku. DUA perkara berbeda; yang baik dan yang kurang baik.
YANG BAIK,isteri teman sekerja selamat melahirkan bayi kedua mereka mlm ini tadi.alhamdulillah,bertambah seorang lagi umat Adam di dunia ini.kesian tengok si teman ni tergesa-gesa nak balik ke semenanjung bila isteri dah admit hospital. dan malam ni tadi,syukur terima berita yang isteri dah selamat bersalin cahaya mata yg kedua, HERO lagi.... ehehehehe

YANG KURANG BAIK, teman sekerja kemalangan siang td dlm pjalanan untuk menziarah family yg meninggal. kesian....sekeluarga admit hospital. aku terima berita sedih ni pun dalam keadaan mamai.tak sempat nak tanya banyak. semoga mereka baik-baik saja.

ermmm..ada SATU lagi perkara baik! caya tak caya takkkk...aku terima duit raya hari ni! hohohoh..
best kannn?dalam sebok-sebok aku pi tukaq duit kat bank ari ni untuk kasi duit raya,petang td rezeki lah kan dapat duit raya. ko hado??
boleh tahan nilai dio...


oklah,nanti2 update lagi yer.
nak masuk duit lam sampul duit raya!
assalamualaikum.


Monday, August 13, 2012

Ahad yang berbeda.

YA,aku tau.jam ini dah masok hari yang seterusnya iaitu ISNIN.
tapi yang mau aku ceritakan ini ialah hari semalam iaitu AHAD...
AHAD yang berbeda.

kernaaa...

AHAD ini tidak berperasaan yang macam-macam. cuma ada  1 perasaan saja. RILEKS.
AHAD ini tidak membina LP yang gedebakk gedebukk sebab mggu ini budak2 exam.
AHAD ini tidak perlu fikir-fikir banyak tentang apa yg mau diajar mggu ini.
AHAD ini tidak perlu marathon menyiapkan kerja untuk dikemaskini sebelum Isnin menjelma.
AHAD ini tiada perasan yang macam geram dan lemah gemalai bila ISNIN menjelma.
AHAD ini tidak perlu berfikir banyak untuk memilih pakaian yang digunakan untuk 5 hari bekerja sebab JUMAAT dah cuti.
AHAD ini berbeda kerna SAYA telah SHOPPING 2 PASANG WEDGES sekali! hohhohohohohoh!

oklah,perasaan mau tidur lewat malam ini pun berbeda kerna tidur lewat bukan disebabkan marathon kerja,tapi sebab melakukan aktiviti santai.

okey,selamat malam.

AHAD depan pasti BERBEDA kerna Hari Raya... :)

Friday, August 10, 2012

Hadiah Hari Jadi

siang tadi sekitar jam 12 tengah hari:

murid 1: cikgu,saya tau kat mana cikgu beli gelang tu.
aku: kat mana?
murid 1: kat SIBU kan cikgu? kat kedai jual barang-barang  org kayan.
aku: ohhhh.... ini ayah cikgu bagi.
murid 1: bisi' ku medak sari nyak..ndur urang jual gelanggg..nyak aku ka' meli sitik...
murid 2: manah nyak?
murid 1: aokk meh..hmmm,cikgu,ari tu saya nak beli, nak bagi cikgu.tapi ayah saya tak suruh sebab xda duit.
aku: (speechless...hanya mampu tersenyum)
murid 1: saya nak bagi kat cikgu.hadiah harijadi cikgu.
aku: oh ya?awk tau bila harijadi cikgu?
murid 2: bulan ogos,cikguuuu..
murid 1: haaa,ujung bulan ini,cikgu.jadi hadiah untuk cikgu.
aku: ohhh,takpe, kalau awak nak bg hadiah harijadi kat cikgu, ujian minggu depan awk kena dapat A  untuk         subjek cikgu,boleh kan? 
murid 1: appuuu........ 
aku: aikk,tadi nak sangat bagi adiah kat cikgu.awk bagi keputusan yg cemerlang kat cikgu lah.bolehhhh??
murid 1: boleh,cikguuu..

Ya Allah, KAU permudahkan urusan anak-anak didikku menjawab soalan ujian mggu depan. semoga mereka diberkati. 

sedetik perasaan aku tetiba jadi sayu sebab keinginan si anak didik utk beli gelang semata-mata nak kasi kat aku padahal kemampuan si ayah membataskan keinginan itu. rasa mau menitis air mata bila dengar mulut kecil itu petah berkata..hhuhuhuh...

sebagai sifu,aku tak perlukan itu.yang aku mau,kejayaaan mereka dalam kehidupan,itu yang PENTING. 
arghhh, inilah kali pertama air mata menitis mengenangkan anak didik sejak menjadi guru.

sudahlah.ayuh kita lelap.
assalamualaikum.

Tuesday, July 31, 2012

Sangkar Rasa

Wahai sang rasa...
Rasa di mana-mana
Rasa yang bila-bila saja
Rasa yang berjiwa-jiwa
Sentuh saja erat di pintu rasa
Perjalanan rasa...berfasa-fasa
Sang rasa meratah sasa....

Wahai sang rasa...
Mengapa perlu berkata
Entah benar, entah aorta
Mengapa tidak dipendam saja
Jika dipendam pasti tak durhaka
Bila durhaka mula beraja
Maharaja hilang punca kuasa
Maharani entah berkata apa......



*   *   *

ehem ehem..... gimana??? cetusan rasa itu telah kubina masa menunggu MEETING SAMPAI MELTING start tengah hari tadi. hurmm,ekceli,meeting tu kira meeting last minit yang tak disangka.jadi,semasa menunggu untuk start, BOSAN tidak terkata dengan perasaan yang mengantok. mula-mula melukisss..lama-lama jari gatal pulak nak menulis.
Nahhhhh...jadi lah "SANGKAR RASA" seperti yang tertaip di atas.

baek-baek,SANGKAR RASA adalah cetusan rasa yang bermain-main di jiwa raga saat dan masa itu!!!! TAJUK pun "SANGKAR"!! ala-ala penjara gitu. Rasa yang tak mampu diluah,saya hanya mampu memendam.takut bila diluah nanti kang,ada yang tetiba durhaka (biadap) pulakk.

okaylah.nak tido!
esok hari yang panjang di lokasi kerjaya~

Thursday, July 26, 2012

Kad Jemputan Kawen

"Love one another
..and you will be happy.
It's as simple...
.. and as difficult as that

May this day you share

be filled with love and laughter

May all the days ahead

be happy ever after!"
 
 

hurmm,sebenarnya sedang bengong sebab sedang buat kad jemputan kawen. well, ai tak kretip macam diaaaa! dari tadi tak habis mau design menda alah ini. takut hasilnya nanti tak memuaskan.hohohoh..

buah cempedak dalam pagar,
saya budak baru belajar!

memang tak pernah berpengalaman buat kad jemputan kawen.inilah first time u olss! 
rasanya boleh siap malam ini atau tidak??? mata sepet-sepet sudah niii...

oklah,i've to go..
assalamualaikum.
 

Bermain Dengan Perasaan

saat dan tika ini,macam aneh jua rasa yang dimiliki.
tengah-tengah malam begini patut.
mengapa perlu berasa begini?? mau dibuang,tapi jenuh mau membuangnya kerna macam keras sudah.

hahhh sudah! ternampak apa yang mengguris rasa sana-sini. hahahaaha..ketawalah! ketawaaa lagi dan lagiii.
ketawa dalam hati tak sama dengan ketawa di luar. ndak payah disimpati mahu apa pun. empati pun tak usah lah. 
pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku???
nahhh,aku nyanyi lagu Dato' CT. macam x percaya aku nyanyi lagu Dato' CT.

FUHHH..
bila rasa dah berbaur-baurdengan pelbagai aroma,kita pasti menjadi diri yang lain,yang bukan normal seperti kebiasaan. bisa kan? kau tak bisa tak apa. yang penting aku bisa.

sudahla.penatlah bermain perasaan.kadang2 kita manusia perlu jadi HIPOKRIT untuk menjaga perasaan orang lain sebaik yang mungkin sedangkan perasaan kita sendiri bagai dihunus dengan pedang.
MasyaAllah...

semoga aku dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk bermain dengan PERASAAN.

-assalamualaikum-

Sunday, July 22, 2012

Impian di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..
syukur hari ni hari kedua berpuasa. so how? masih bertahankah kalian?
heeheh,kalau tiada sebab musabab yang mengharuskan anda tidak berpuasa,maka teruskanlah ibadah puasa di bulan yang mulia ini.

bila balik kepada tajuk entri kawe malam ini, hurmmm, sebenarnya kawe teringin sangat merasai ibadah puasa  di tanah suci sambil menunaikan umrah. malah,pahala menunaikan umrah dalam bulan Ramdhan sama dengan pahal 1 HAJI. masya-Allah.... memang tak dapat dinafikan, cuaca di tanah suci ketika ini memang tinggi,namun, itulah dugaan dan ujian yang harus ditempuhi.saat itulah kita sebagai hamba diuji dengan pelbagai dugaan.

jap tadi tengok gambar kt fb sorang hamba Allah ni sedang menunaikan umrah di Tanah Suci,terus meluak-luak rasa nak ke sana. ari itu masa umrah (Jun), suhu dah mencecah 40darjah celcius, sekarang apatah lagi..... dalam gambar2 FB itu pun nampak ada jemaah-jemaah yg sedang tawaf menggunakan payung.blh dibayangkan betapa panasssnyaaa di sana...

kawe harap,impian ini akan telaksana jugak nanti insyaAllah.. nak tunggu bulan puasa jatuh dalam cuti sekolah?hohoh..sebab kawe payah nak dpt cuti ni.....huhuhu...
oklah,kawe nak sambung kejeerrr..tertangguh-tangguh dari tadi.oh ya. b4 tu,layan dulu cebisan gambar kembara ke tanah suci bulan lepas.next time ada masa free,kawe wat entri pasal kembara ke tanah suci okey :)
 meh mehhh,makan kurmaa ini :)


selamat malam.
jangan lupa niat puasa :)

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t....
mlm ni dah masok malam pertama untuk berterawih.alhamdulillah... moga solat diterima insyaAllah...

sempena Ramadhan tahun ini, banyak azam baharu yang ingin dicapai.semoga dipermudahkan...semakin meniti usia yang kian bertambah, terasa diri masih terlalu rapuh.maka,dengan kemunculan Ramdahan kali ini, berharap sangat untuk melipatgandakan apa yang patut...
~ yang WAJIB, sudah pasti dilaksanakan ~
~ yang SUNAT, insyaAllah diperbanyakkan ~
~ yang HARUS, sememangnya akan dilakukan ~
~ yang HARAM, memang patut ditinggalkan ~

malam ini before tidur,jangan lupa niat puasa. kalau takut terlupa malam2 yang seterusnya, why not berniat untuk sebulan terus malam ini (ehemmm,peringatan untuk diri sendiri yang kerap confuse dah lafaz niat ke idakk)

bila menjelangnya Ramadhan,teringat pulak satu TANGGAPAN yang pernah terlintas di pikiran pada zaman belasan tahun dahulu. time terawih,biasanya aku prefer terawih di masjid even jauh dari umah.jadi masa keluar dr masjid,nampak beberapa orang yang terkenal dengan kenakalannya sama2 keluar dari masjid. wahhh,terus terlintas di pikiran; "eh,dia pun ada....alhamdulillah...ciri2 suami yang baik!!" kuang kuangggg..JAHAT betul masa tu kan. kesimpulan yang dibuat masa itu ialah "lelaki bujang yang pegi masjid memang bagus dan nampak comel dan boleh lah dipikirkan untuk peringkat seterusnya".

opssssssssssss!

itu dulu hokay! zaman sekolah menengah kan ramai kengkawan satu sekolah yang nakal selalu ganggu kiterrr.tapi bila bln puasa,nampak mereka terawih di masjid, hhilang terus sakit ati. hahahaha..

oklah,cukup dulu ah.berangan tidor awal mlm2 puasa agar tiada bermasalah disiplin ketika bangun sahur.

n'way,SELAMAT BERPUASA untuk u ols dari saya
~ DAYANG NURMALISA ~

Wednesday, July 18, 2012

FACT

sebab lelaki telah diamanahkan untuk memimpin dan membimbing.
maka,jalankanlah amanah itu sebaik yang mungkin.
~assalamualaikum dan selamat malam kesayangan sekalian~

Friday, July 13, 2012

Amalan untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum u ols...
ai mls nk tanye kbr u ols sbb lau ai tanya pon bukannya u olss jwb kan? hahaaa...

pe2 pun,ai doakan korang sihat slalu... mcm ai skrg,ai sedang dlm proses menyembuhkan diri dr demam! yeahhhh...sora pun dah bertukar bah nii...
apa ko ingat dragon ball jak blh betukar? hamba Allah bernama Nurmalisa pun blh brtukar u olsss....
sora  pun dah serak2 ni....malu mau bercakap tauuu...

wahhh..intro dah merepek-repek! okey,tanak buang masa,senanya ai nk share satu doa untuk kaum Hawa b4 nak kuar umah....blh jadikan amalan ya? tak salahkan kalau kita sama2 berkongsi... :)

"Allahu ya'lamu maa tahmilu kullu unthaa wa maa ta ghiidhul arhaamu wa maa tazdaad. wa kullu syai in 'indahuu bimiqdaar"
Maksud: "Allah mengetahui apa yg dikandung oleh setiap perempuan dan apa yg kurang sempurna dlm kandungan itu dan apa yg lebih. Dan segala telah ditetapkan ukuran atau nilaiannya di sisiNya.." (Surah ar-Ra'd:8)

oh yaa....tak lama lagi nk puasa kan?so, anda bersedia? :) sedia tak sedia, kita bakal menghadapinya minggu depan insyaAllah..

mlm ini sepatutnya tido awal sebab pagi esok bawak budak berlalu lintas shell! ohsem dak? partime apa pulak tu...jd trafic eh?haha..
okey, i've to go....
next episode will be continue......


Monday, July 9, 2012

godaan syaitan

assalamualaikum..
masok 2 mggu dah tak update sini.hohohoh..terasa memang ketinggalan masa sudah.
dikejar-kejar pun,memang takkan dapat capai pun masa. even ko cakap ko ON-TIME!

 fuhh,dah mula lah merepek.ari ini,aku jadi macam motivator kepada 6 makhuk kecil. bukannya apa.ini bermula dari satu situasi di mana sorang drpd mereka menguap tak tutup mulut. dengan keadaan hari yang ujan,sejukk,awal pagi pulak tu,dok dengar aku pot pet pot pett pasal KARANGAN (yeahh,tajuk baru hari ini), tetiba pulak dia ni menguap. apa lagi,SOUND terus.

"haippp,apa sal menguap tak tutup mulut?? syaitan senang nak masuk"

haaah,sudahh.aku mula berkuliah.mula2 cerita pasal syaitan suka goda manusia,pastu masok cerita kat mana syaitan suka duduk..alahai...6 makhluk kecil teruja nampak!! 

"syaitan tu jahat kan.jadi,awak suka tak jadi kalah dengan orang jahat??mesti taknak kan?kalau boleh awak nak tembak-tembak syaitan tu kan?"

fuhh,,budak2 siap buat aksi tumbuk-menumbuk bila dengar deretan kata itu keluar dari mulut aku. 

semasa bercakap tentang syaitan,secara tak langsung,aku mula membuat refleksi tentang goadaan-godaan syaitan yang pernah dihadap! sesungguhnya,aku masih lemah dan perlukan bimbingan yang mantap untuk menghadapi dan melawan godaan syaitan! perasaan malas nak bergerak ke jarak yang dekat pun dikira kena hasut dengan syaitan! apatah lagi nak melakukan kejahatan yang memang dah ketara SALAH n DOSANYA. 
Nauzubillah...

cukup dulu malam ini.
assalamualaikum.

Saturday, June 23, 2012

ntah apa-apa.

Assalamualaikum...
hye all!

pe kaabarrr sumerrr?lau sakit cepat2 gi klinik manusia hokay? hohohoh...pe hal intro cam retis jak ni??
hmmm,rasanya memang dah lama tak update encek belog kan? actually, banyak kisah nak aku kongsi kat sini, tapi MASA untuk ke sini memang tiada bahh. aku kan "isteri yang punya anak 10 orang dengan kembar 2 ada 3 kali beranak"! ko hado? jadi,ada tak masa nak update menda ni? memang tak ada!

senanyerrr...aku pun tak tau nak start dari mana. banyak sangat! hmmm, cerita pasal hari ini; aku jadi anak dara yang tak keluar rumah.bukannya apa, dah lama dah sabtu aku tak terisi di rumah.asek berpeleseran di luar jak kan? tambahan pulak, tubuh badan ni agak terasa sakit sebab aku yang dah lama tak bersukan tetiba pulak bersukan petang semalam.

Ya Rabbi..wat i've done?? hohohoh....macam tak tercapai akal jugak kan bak kata Ellyana sebab tetiba nak join pemilihan futsal. dengan tak ada warm up, tekejut beruk kot sendi-sendi dan urat-urat kat tubuh aku ni ha! apa-apa pun,aku puas hati sebab berjaya melunaskan "kegianan" (sorry merosakkan imbuhan apitan) untuk main futsal yang dah 4 tahun ditinggalkan. so,sehari-hari ini mengadap "rajuk" urat-urat dan sendi-sendi kat tubuh. aik, sedangkan urat n sendi pun reti merajuk kan?apatah lagi manusia lemah dan rapuh macam aku.

satu lagi permasalahan aku minggu ini, aku sedang mencari selera makan yang entah ke mana.....bili dipikir balik usaha diet,memang kehilangan selera ini banyak membantu. TAPI kannn... ndak mau jugak begini sebabb gastrik amat mudah menyerang! what say u?? huhhh, manusia macam aku cubalah bersyukur. bila nafsu makan membuak-buak,kemain lagi menahan-nahan rasa nak makan sebab mau kurangkan apa yang patut.sekarang,bila selera dah lari p mana,sebokk nak risau-risau.ko ape hal??? u olss,doakan aku supaya belajar bersyukur ya?kita sama-sama bersyukur dengan apa yang telah kita ada sekarang. Tuhan tau apa yang terbaik!

oklah,rasa nya dah puas mencarut di sini.oh ya,satu lagi telupa nak cerita.haha! ko pehal?sukati aku lah nak cerita,belog aku pon kan?? :p

sekarang kat kepala ada macam2.banyak betol benda yang dipikir. nota KISSM pun belum explore.tadi tengok sikit soklan-soklan kissm yang lepas,terus migrain! hahh sudahhhhhhh..... apa nak buat sekarang?? nak request org tolong picit leh x?hahahaha... rindu pulak kat ex-clasmet bernama Mary Charity.dia pandai atasi migrain sayaaa.

ok.enough for tonite. nak jadi mastercheff pulak sekarang. nasik goreng untuk sahur nanti pun ok kan??
assalamualaikum..

Sunday, May 13, 2012

Layang-layang

kadang-kadang,
aku rasa kau lah layang-layang itu.dan aku yang memegang benangnya. 
kadang-kadang,
aku rasa aku lah layang-layang itu, dan kau sebagai pemainnya.

jadi yang mana sebenarnya kau mau kan? kau sebagai LAYANG-LAYANG atau kau sebagai PEMAIN?

jika AKU SEBAGAI LAYANG-LAYANG, 
hmmm, panjang betul benang yang kau pakai.

dah.cukuplah merepek.
AKU SAYANG KAUU LAH!

Thursday, May 10, 2012

yang terdalam dan mendalam

di hati ini hanya Tuhan yang tahu.
betapa aku merindu.
ndak apalah,sandarkan saja pada kenangan.

erkk, sebenanya saya tak tau apa yang sedang dipikirkan sebab terlalu banyak input masok. sebenarnya saya sedang membikin buku program untuk sambutan hari guru next week. saya gemarkan tugas ini kerna sukati mak bapak saya lah nak merekabentuk warna,corak dan rekaletak buku program ini. ko apahal terasa? haha!

sambil membikin buku program,sambil jugak dengar lagu nasyid.sesuai dengan suasana malam Jumaat.after baca Quran,tak salah kan kita teruskan mood itu dengan mendengar nasyid :)

oklah,saya mau sambung pembikinan ini dengan keadaan yang agak GASTRIK :(
assalamualaikum.

Tuesday, May 8, 2012

Sajak "Oh Cikgu" by Lisa Selanie

Oh cikgu
Kau memberi kami ilmu
Kau berkorban demi muridmu
Tak kira waktu

Dan aku bagai purnama gerhana
Diibarat lautan sepi tiada tempatku mengadu
Wahai cikguku aku kasih selalu
Padamu cikguku sayang
Kucurahkan rasa hati

Ku hargai jasamu selalu
Ku renungkan kalimah yang diberi

Tuhan yang Esa
Ampuni dosa cikgu
Berkati dirinya
Di antara kekasih-kekasihmu

Oh cikgu, kau kasih sejati
Ku taburkan doa untukmu cikgu
Ampunilah dosaku sejak kau mengajarku
Hingga akhir hayatku...

Di saat ini ku perlukan cikgu
Untuk mendidikku selalu.


ehemmm... dalam panas retak di sudut kecil dalam bilik guru tengah hari tadi, dalam kalut-kalut mengejar jam 3 petang untuk kelab kebudayaan,sempat jugak memerah hingga kering idea untuk menulis puisi bagi persembahan hari guru. ekceli, puisi ini diadaptasi daripada lirik lagu Oh Ibu (Exist).  lirik macam kasi Insaf sekejap. hahah.. apa2 pun, enjoyy je lah! puisi ini boleh dilagukan dengan irama Oh Ibu :)

Sunday, May 6, 2012

SENARAI SEMAK

MESTI siap!!

senarai semak tugasan hari ini:
1) RPH Isnin Selasa.
2) GEMM. hmmm.. DEMM!
3) FINAL touch untuk fail2 KSSR
4) review bahan2 untuk soalan exam.
5) isik perut secukupnya
6) update lagu dlm MP3 player untuk didengar semasa membuat kerja di bilik guru supaya berada dlm dunia sendiri.

rasanya cukup kot untuk senarai semak hari ini.jangan jadi GILA kau noks!

Wednesday, May 2, 2012

muak.mual.muntah.

assalamualaikum and hi everyone! 

ari ni da masok hari kedua bulan MEI. hidup sekarang dua karang ni tak habis-habis dengan fail. dari zaman belajar sampai zaman kerjaya,asek-asek dating dengan fail. naik MUAK.MUAL.MUNTAHHH. 

apa ada pada sebuah FAIL?? hanya kerana sebuah fail yang berisi beberapa dokumentasi penting, sorang manusia tak cukup tidur untuk memenuhi FAIL dengan dokumentasi yang perlu. hanya kerna sebuah fail jugak, sorang manusia boleh bergaduh dengan manusia yang lain. hebatttt kan kan kan??
 
 
 hmmm, too much thing to do. kadang-kadang terpikir jugak, aku sekarang berada di ruangan kerjaya yang mana??bukan niat nak mengeluh, tapi saja nak meluah.INGATTT! mengeluh dan meluah bukan 2 perkataan yang sinonim.

selagi mana berbaloi pada apa yang dinantikan
akan selamanya ia menunggu sesuatu yang belum pasti,
datang.
 
-NURMALISA-

Tuesday, May 1, 2012

Yang terindah

 sepanjang 25 tahun bernafas di ruang alam ini, saat itu pasti takkan luput dari memori yang terdalam.
KINABALU,aku pasti akan datang lagi.


menghirup udara malam di TANJUNG ARU pasti aku rindui selalu. yang terindah lokasi luar negeri yang pernah aku hadapi, pasti negeri di bawah bayu :)


AKU PASTI AKAN datang lagi ke sana. entah esok,lusa atau tahun depan??? tapi yang pasti,aku harus datang lagi!!

Monday, April 23, 2012

suatu sudut

mata kasar yang melihat banyak menipu sebenarnya. siapa tak setuju pendapat aku meh sini aku belanja ais krim.hohohoh.

dalam menjalani kehidupan seharian yang gelombang dan arus yang bermacam,pelbagai jenis manusia yang dijumpa. dalam kepelbagaian itu, apa kita melihat mereka dengan pandangan mata kasar? begitu juga mereka,apa mereka melihat kita dengan pandangan mata kasar? dengan pancaindera yang Tuhan bagi adakalanya manusia begitu angkuh dalam memanfaatkannya.

apa guna MATA jika kita tak mampu menggunakannya sebaik mungkin.melihat dengan pandangan luaran tak sama dengan mendalami apa yang tersirat. 

kadang-kadang aku tertewas dengan PERASAAN GERAM dan KECEWA yang tiba-tiba terbit di sudut kecil naluri aku sendiri. dengan patah-patah kata yang terlontar yang mungkin pada mereka tiada apa-apa konotasi negatif NAMUN pada aku,konotasinya cukup berbeda. terlalu murah perasaan SEDIH dalam diri ini kerna mampu kubeli kerap kali perasaan geram dan kecewa berkunjung. 

apa yang dipandang dengan mata kasar harus difikikan semula sebelum melontarkan kata-kata "pujangga" yang punya semantik! 

sebagai refleksi aku sendiri,kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki kini.ada lagi berpuluh juta manusia di dunia yang tidak menikmati apa saja yang kita nikmati hari ini.kita punya keamanan,kita punya wang walau tak berjuta seperti SI KAYA,TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA ADA,BUKAN??????

cukup dulu tinta aku buat petang ini. assalamualaikum.

Sunday, April 22, 2012

Angan-angan bukan Mat Jenin

assalamualaikum.
mula-mula rasa agak janggal dengan layout untuk blogger ni.macam nak taip emel.
maseh belum biasa.mungkin pembaharuan ni dah uat lama.cuma saya baru post entri malam ini.sebab tu agak sakai!!

ahh,intro dah mula keluar tajuk.bila into jer,pasti merapu. jom balik pada tajok entri!

malam ni nak story-mory pasal angan-angan.ehemmm,saya memang kuat berangan.hahaha! AGAK KANTOI di situ. TAPIIIIIIIII,tunggu dulu! jangan gelakkk.tarik balik gelak awak tu. itu TABIAT dahulu kala. tabiat ini selalunya saya buat b4 tido malam. dari zaman sekolah sampai zaman maktab dan awal dunia kerjaya. apa yang dok diangan-angan tu macam-macam ah. antaranya:
1) menyanyi  lagu kegemaran di pentas sebab b4 tidor dengar MP3.
2) memandu sport car dengan laju sambil berlumba dengan laki hensem yang bawak sport car jugak.HOHOHOHOO.
3) memandu sendirian untuk long journey.
4) melancong ke tempat-tempat best.
5) solat di Masjidil Haram :)

okey,banyak lagi senanye.takyalah mention banyak-banyak.cukup lah 5 tu kan? :)

as i said, tabiat ni mase dulu-dulu.sekarang dah tak buat lagi dah.bukan TAKNAK buat,tapi TAK MAMPU nak buat. sebab ape? sebabb malam-malam, tido lewat.memang tak sempat dah nak berangan-angan bagai dah. terjun katil,baca doa,tarik selimut,peluk bushukk.terus PENGSAN! esok pagi bangun memang rushing nak mengejar masa buat itu ini.naseb baik belom ada laki dan anak-anak untuk diuruskan awl pagi.hohohoho!

okey,dah puas berangan???jom TIDO :)

Wednesday, April 11, 2012

Rabu yang berkata-kata sikit

macam lupak pulak hari ini hari RABU.mentang-mentang cuti umum kan.rasa macam AHAD pulak. biasa kalau entri hari rabu, tajuk nya WORDLESS WEDNESDAY. tapi aku nak melanggar hujum tajok (eh,ada ka hukum tajok??) sikit, biorla tajok ada lain pulak kan?

mlm ni aku nak story pasal mengawal amarah mengikut cara aku. kawan aku penah cakap, aku jenis jarang marah . yaa,aku memang tak suka nak marah.kalau aku marah,aaku jenis PENDAM.bahaya kan? aku ni ala-ala gunung berapi gitu. ko hado? aku salu ingat pesanan orang tua-tua, "kalau marah cepat tua". hahaha!! oleh sebab tanak TUA cepat,so aku pendam jak la marah aku.

tapi,sejak dua menjak ini,nafsu amarah makin menjadi-jadi.kadang-kadang,tak boleh nak pendam sebab boleh nampak dari riak muka yang berkerut-kerut menahan nak marah.paling BAHAYA bila cara nak lepaskan marah ialah memandu laju! OMG, tabiat ini sungguh buruk dan tak comel.aku harap tabiat ini dapat dihapuskan dengan segera.

lagi satu,bila aku pendam marah,aku DIAM.malas nak cakap.tapi dalam-dalam diam,siap ketap gigi rapat-rapat.naseb hari-hari aku amek kalsium untuk menguatkan gigi.kaalau tauk,habis patah berterabur gigi asyik kena ketap selalu.

cara lain pulak,aku pasang lagu kuat-kuat kat earfon.bior tak dengar bunyi-bunyi asing selain muzik.masa tu,memang PUAS sangat lah.

baru-baru ini,aku baru jumpa 1 cara nak redakan amarah iaitu dengan melayan karenah-karenah comel 13 0rang anak aku. bila melihat keletah dan berbual dengan mereka,terasa aku kembali ke zaman kanak-kanak.OHHH,INI SUNGGUH OHSEM! walau aku tak secomel mereka,tapi aku rasa perbualan kitorang pasal haiwan,kereta,ANGRY BIRD sungguh comel. teringat lagi awal minggu ini,aku memendam rasa amarah kat somebody yang SENGAL, masok kelas buat muka ketat.tapi bila tengok jak muka si 13 orang itu dengan laporan-laporan comel oleh mereka, terasaaaa hilanggg segala amarah. oh,terapi ini sungguh HEBAT! terasa macam betol-betol ada anak. hohohohohoh..

TAPI,yang paling penting sebenarnya dan yang paling afdal ialah istighfar banyak.buang semua setan-setan yang dok berkhemah kat dalam badan tu ha...

oklah,cukup dulu merapu.till then.
assalamualaikum.

Monday, April 9, 2012

Membina Masa Hadapan.


zaman-zaman sekolah rendah dulu,bila cikgu baru masok kelas atau cikgu praktikum baru nak berkenalan, pasti soalan-soalan seperti NAMA PENUH,NAMA PANGGILAN,HOBI dan CITA-CITA akan ditanya. standard la soklan-soklan cenggitu. yang pasti, aku akan bingung untuk menjawab soalan terakkhir sebab masa kecik,mak aku salu cakap, "dah besar nanti,jadi peguam yerrr".

aku pun tak tau ape lah menatang nama PEGUAM tu.yang aku tau; keje salu bawak fail ke sana ke mari. macam BEST dan SENANG sangat keja tu kan?

so,memang dah set lam kepala hotak untuk tulis PEGUAM kat bahagian cita-cita pada rekod peribadi.lau aku tak silap ingat, kat ruang cita-cita tu ada 3 pilihan cita-cita. pilihan pertama, PEGUAM of coz. yg kedua letak JURUHEBAH RADIO. hurmm,juruhebah la sangat kan?? sebabb masa tu suka dengar radio mak pasang pagi-pagi.selalu imagine yang dirik sendirik sedang bercakap di radio sambil main lagu-lagu kegemaran.tabiat pelik tu maseh terbawa-bawa hingga sekarang bila amek alih tugas belakang tabir jadi juruteknik semasa majlis2 rasmi.angan-angan nak jadi juruhebah radio belum punah lagi hokayyy. pilihan yang ketiga pulak nak jadi AHLI ASTRONOMI. aku minat menda2 angkasa lepas ni.sebab tu dulu masa kelas fizik,sedaya upaya aku belajar dengan gigih untuk menambah ilmu di dada.namun,harapan ku musnah sebab result SPM aku untuk Fizik tak berapa nak comel la.

bila ku tengok-tengok dan ku kenang-kenang balik senarai cita-cita masa kecik, gah semacam jak.tapi DOKTOR dan JURURAWAT tak penah masok list sebab geli ah kat hospital atau klinik. macam ade alergik pulak.that's why bila da sakit yang tak larat sangat-sangat,baru aku melawat klinik.

hurmm, sekarang, CITA-CITA dah jadi CINTA.ko hado?? bukan cinta sayang cintun bagai tu haaaa, CINTA kepada kerjaya sekarang yang tak pernah terpikir dek akal aku. aku harus menyemai CINTA dalam2 kpd KERJAYA aku sekarang walau pada asalnya bukan pilihan. alaaa,senang cerita, macam KAWEN PAKSA gitu..

bila lama-lama dah berkcimpung dalam kerjaya ini, perasaan suka dan sayang tu mula menjalar dan merebak sedikit demi sedikit. buaang kata TIDAK dalam diri aku. huhh, muhasabah diri itu penting.

okey,saya dah puas mencarut. sekarang, masa hadapan baru dirasai dengan sebelah kaki. sebelah kaki lagi, perlahan-lahan kita langkah bersama walau banyak duri ranjau.

babai,esok kerja! jumpa anak-anakk yang 13 orang itu!
assalamualaikum..

eh,tak cayer??meh klikk!!

bestt sangattt